"ABANG, tolong tengokkan Aisar dengan Aisy ni sekejap. Mawar nak angkat baju dekat ampaian."
Dengar saja suara Mawar melaung bergegas aku menghalang isteri aku keluar dari rumah. Rintik hujan makin menghentam lantai bumi. Aku yang sayangkan Mawar memang tak akan bagi dia keluar mengangkat pakaian kami di ampaian luar dalam keadaan hujan begini. Aku tidak ingin Mawar sakit.
"Biar abang yang angkat. Sayang jaga Aisar dengan Aisy.."
"Bawa bakul ni sekali."
Bakul yang dihulurkan Mawar aku ambil. Terus aku keluar mengangkat pakaian-pakaian yang sudah kering tapi sudah kembali lembab akibat tumpahan air hujan itu lantas dicampak masuk kedalam bakul. Sudah siap mengangkat, aku asingkan pakaian yang basah dan kering tanpa disuruh.
Seringkali menolong Mawar melakukan kerja-kerja rumah, aku sudah tidak kekok lagi. Rumah yang kami huni ini tidak ada pembantu. Bukan aku yang kedekut mahu mengambil pembantu rumah tapi Mawar yang tidak mahu. Isteri kesayangan aku itu mahu melakukan segalanya sendiri.
Kadang-kala aku kesian juga dengan Mawar. Ke sana ke mari membuat semuanya sendiri. Bila aku cadangkan agar mengambil pembantu rumah, dia tetap bertegas tidak mahu. Jadi untuk meringankan bebannya, aku yang turun tangan membantu.
Ditambah dua orang hero kami juga sudah semakin aktif semenjak tahu berjalan. Si kembar itu saja sudah memenatkan Mawar apalagi bila semua kerja rumah terbeban dibahunya seorang saja.
Sebagai suami yang bertimbang rasa aku dengan lapang hati membantu tanpa disuruh.
Hidup berumahtangga ini kena seimbang. Jika melihat isteri kepenatan, jangan berat tangan nak membantu. Seboleh-bolehnya aku cuba buat Mawar tidak merasa lelah. Cuma bab masak-memasak saja aku kurang jaguh. Memang selalu Mawar saja yang akan memasak. Dia tidak akan bagi aku sentuh apa-apa kerana takut aku akan menghanguskan dapurnya.
Agaknya Mawar masih dihantui kenangan bertahun-tahun dahulu. Saat aku buat pandai memasak di dapur kerana Mawar tidak mahu memasak untuk aku lagi.
"Dua hero abang dah tidur?"
Mawar yang baru keluar setelah tadi mahu menidurkan dua orang anak kami kembali semula kesisi aku. Dia labuhkan duduk disebelah aku yang sedang melipat baju.
"Dah.."
Mawar ambil baju yang mahu aku lipat. Dia masukkan semula kedalam bakul. Tubuhnya dimajukan sehingga separuh badannya tenggelam kedalam pelukan aku. Dia lingkarkan lengan aku ke pinggang, mengarahkan aku supaya memeluknya.
Aku senyum kecil. Mawar mahu bermanja dengan aku rupanya. Dengan hati yang senang aku memeluk pinggangnya. Kepalanya semakin terbenam diceruk leher aku.
Bertahun-tahun dulu kami tidak berkesempatan menghabiskan masa begini. Aku menyesali waktu yang terbuang sia-sia dulu. Jika sejak awal aku menerima Mawar sebagai isteri, sudah tentu kebahagian kami sudah hampir sedekad berlalu.
Kami sama-sama melihat rinai hujan diluar melalui cermin kaca. Hujan semakin lebat. Suasana menjadi semakin sejuk dan aku sangat menyukai keheningan yang terjadi diantara kami ditemani bunyi hujan yang berderaian turun.
Mawar masih bernyawa dibawah rangkulan aku. Dia bernafas dengan baik. Kami menikmati ketenangan dengan menbungkam mulut masing-masing. Isteri aku diam tak bersuara, begitu juga aku yang ikut melayan sepi sambil melihat ke luar rumah.
Mawar menggeliat kecil. Dia dongakkan kepala menatap aku. Seketika bibirnya yang lembut menyentuh bawah rahang aku. Dia tersenyum kecil apabila tatap kami kembali menyatu.
"Apa yang abang fikir?" tanyanya yang buat aku semakin menundukkan wajah kebawah. Ulas bibirnya aku cium lembut. Cuba menggantikan keinginan hati aku yang mahu dilayan olehnya.
"Cuma fikir macam mana nak bahagiakan bidadari abang dan dua hero kita yang makin membesar." jawab aku seraya mengalihkan wajah keatas semula.
"Bidadari abang tu Mawar kan?"
Aku picingkan mata mendengar pertanyaan Mawar. Dia bukannya tidak tahu tak ada bidadari lain yang akan aku sebut selain dia, isteri tersayang aku. Mengapa tiba-tiba muncul soalan yang buat aku tersinggung.
"Sayang nak uji abang?"
"Mawar ni macam bidadari ke? Bila abang selalu sebut bidadari, Mawar jadi terfikir betul ke Mawar ni bidadari abang? Abang tengoklah isteri abang ni, dah tua.."
Mawar tunjukkan tangannya yang tidak tegang lagi didepan wajah aku. Dia memang sudah tidak muda lagi. Namun dimata aku isteri yang sudah mengandungkan tiga orang anak aku ini masih sangat muda. Aku tidak pernah melihatnya tua.
"Isteri abang tak tua. Bidadari tak pernah tua. Bidadari sentiasa muda. Dimata abang sayang bidadari. Dan bidadari abang tak kan pernah menua di pandangan mata abang."
"Nasib baik Mawar tak ada diabetes."
Dahi aku mengerut.
"Mulut abang manis sangat." sambungnya yang buat aku ketawa mengekek.
"Sayang kan selalu try."
"Try apa?"
"Mulut manis abang."
Mawar bulatkan mata. Pinggang aku dicubit sehingga punggung aku terangkat keatas. Bisanya cubitan Mawar memang buat aku mengaduh sakit.
"Cakap lagi benda mengarut macam tu. Tak elok kalau Aisar dan Aisy dengar abang cakap macam ni."
"Anak kita tidur sayang. Kalau Aisar dan Aisy dengar, mereka pun tak faham apa-apa lagi."
Jemari ketam Mawar kembali mencubit sisi pinggang aku. Kemudian dia benamkan wajahnya kedada aku semula. Kami saling berpelukan lagi. Saling merenung pandang ke luar.
Hujan yang masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti itu membuat suasana dicengkam mendung. Waktu petang hari ini terasa lebih damai dari hari sebelumnya. Perasaan damai yang aku rasakan bagai disiram air suci mendengar bicara lembut Mawar yang menyentuh jiwa aku.
"Abang tahu tak.. Mawar tak pernah sangka kita akan bahagia macam ni. Mawar ingat Mawar akan bersendirian sampai tua. Tapi sekarang Mawar dah ada dua orang anak. Ada suami yang cintakan Mawar juga. Rasanya nikmat ni dah cukup bagi Mawar. Mawar tak nak minta apa-apa lagi. Mawar bimbang kalau Mawar tamak Mawar akan kehilangan apa yang Mawar ada sekarang.."
Aku diam membisu. Sekarang aku yang mula tamak. Aku yang mula serakah mahukan lebih. Aku yang mula meminta sesuatu yang belum tentu dimakbulkan Tuhan. Apakah meminta agar kehidupan kami diperpanjang adalah sebuah dosa?
Tidak bolehkah jika aku menginginkan agar kami berdua dapat hidup sampai seratus tahun?
"Abang, Mawar bahagia sekarang. Mawar bahagia jadi isteri abang. Mawar bahagia dapat lahirkan anak-anak untuk abang. Mawar tak kan dapat rasakan bahagia yang abang janjikan ini kalau dulu Mawar tak berikan abang peluang untuk kita bersama. Mawar sedar salah abang dulu bukan asbab untuk Mawar jatuhkan hukuman pada abang. Allah ada cara tersendiri untuk sedarkan abang. Bila Mawar serahkan segalanya pada Allah, abang lah bukti nyata dari kekuasaan Allah yang Mawar nampak. Abang dah berubah. Abang bukan lagi suami yang Mawar pernah kenal dulu. Abang memang Ashraff Rafael, tapi abang Ashraff Rafael yang sangat baik.." dagu aku dielus lembut.
Mawar tersenyum dibawah wajah aku. Senyum dia teramat menawan. Senyum seorang bidadari memang sentiasa berseri-seri. Senyum ini buat aku tersungkur. Senyum seorang isteri yang aku taruh redha disepanjang hidupnya. Senyum paling tenang dan paling indah untuk aku.
"Abang cintakan bidadari abang.." Dahinya aku kucup dalam. Cinta aku pada Mawar semakin mekar dari hari ke hari.
"Abang pernah bersumpah abang akan bahagiakan sayang. Abang pernah berjanji abang tak akan sia-siakan sayang. Abang selalu berdoa jodoh abang hanya sayang seorang saja. Abang harap abang mampu bahagiakan sayang lebih lama."
"Mawar pun akan bahagiakan abang."
Mawar selalu buat aku bahagia. Kehadirannya saja sudah membahagiakan aku. Tiada yang aku minta selain dia dan anak-anak kami. Aku sayangkan keluarga kami. Sayang aku sayang sampai mati.
Betapa berharganya keluarga bagi aku saat ini.
YOU ARE READING
Khilaf Ashraff Rafael
Storie d'amoreMenyesalnya seorang lelaki.. Kembalinya seorang isteri membuka lembaran baru dalam hidup seorang suami yang dihuni dosa silam. Bagi Ashraff Rafael, lelaki yang diuji dengan sesal menggila akibat kehilangan isteri membuat dia takut kehilangan si iste...