Khilaf Ashraff Rafael ( 3 )

449 32 3
                                    

HARI ini Mawar mengadu pada aku dia pening kepala. Bila aku dengar aduannya itu, terus aku pulang kerumah dari tempat kerja. Sebaik saja sampai aku lihat Mawar sedang terbaring atas sofa sambil memerhati dua orang anak kami bermain permainan mereka.

Wajah aku bertukar risau apabila melihat sendiri muka pucat Mawar.

Aku hampiri Mawar. Dahinya aku kucup lalu aku angkat tubuhnya menyandar di dada aku.

"Kenapa baru cakap sayang sakit.." kalau pagi tadi Mawar mengatakan dia sedang sakit sudah tentu aku tidak akan pergi ke tempat kerja.

"Mawar cuma sakit kepala. Tak tahu kenapa tapi kepala ni berpusing-pusing tak nak hilang." kata Mawar sembari melukis satu senyum halus kepada aku.

Dia masih boleh tersenyum dalam keadaan begini, sementara aku sudah separuh mati bimbangkan keadaan dia yang tengah kesakitan.

"Kita ke hospital. Abang tak boleh tengok sayang sakit macam ni. Abang risau." Tubuhnya yang mahu aku cempung dihalang.

"Mawar dah telan ubat tadi." beritahunya tanpa aku tanya.

"Abang tetap masih risau kalau tak tahu apa sakit yang sayang alami sekarang ni. Jangan buat abang makin takut."

"Abang nak takut apa. Mawar cuma pening kepala saja."

Mawar tidak tahu aku paling takut jika dia mengadu sakit. Fikiran aku akan melayang kearah benda-benda buruk. Aku tidak siap kehilangan isteri aku. Aku takut jika ketakutan aku ini bakal membuat aku kehilangan Mawar. Aku tidak mahu menjadi suami yang gagal untuk kali kedua.

Cukuplah dulu aku endahkan kesakitan Mawar tanpa hati nurani. Rela menambah sakit diatas rasa sakit.

"Pening kepala ada banyak punca sayang. Abang takut sebab dalam kepala abang asyik fikir sayang akan tinggalkan abang lebih dulu. Abang takut.." tiba-tiba saja airmata aku menitik jatuh. Sebak menggamit perasaan tanpa dapat aku tegah.

Mawar seharusnya tahu sesayang apa aku padanya, secinta apa aku dengannya sehingga bertubi-tubi rasa takut itu menghentam jiwa aku.

"Mawar tak akan tinggalkan abang tanpa izin Allah."

Kerana itu. Kerana hanya izin Allah yang akan buat kami terpisah. Aku tidak tahu sampai bila DIA sudi pinjamkan Mawar pada aku. Mungkin hanya beberapa jam atau mungkin beberapa hari. Tidak mustahil juga beberapa minggu atau beberapa bulan. Aku diserang takut menggila.

"Kita ke hospital."

Tegas suara yang aku lantunkan tapi Mawar tetap menggeleng. Dia mengesat titik air mata yang membasahi kelopak mata aku.

"Abang jaga Aisar dan Aisy. Mawar nak tidur. Asar nanti abang kejutkan Mawar. Kita berjemaah sama-sama."

Aku akur dengan kedegilan Mawar. Dia tidak mahu ke hospital, terpaksa aku turuti walaupun berat hati. Tubuhnya aku cempung. Aku bawa isteri aku berehat didalam bilik kami.

Sebelum keluar menemani kedua anak kami, aku masih diusik perasaan bimbang. Mawar pucat. Aku tidak pernah melihat dia sepucat ini. Dia sentiasa ceria. Melihat dia tak bertenaga begini menambah kegelisahan direlung hati terdalam aku.

"Sekejap lagi abang masuk temankan sayang. Abang tidurkan hero-hero kita dulu. Sayang berehat ya.."

Mawar angguk dan terus pejamkan matanya rapat-rapat.

Lama juga aku merenung Mawar yang sedang diulit lena. Nafasnya masih teratur dengan baik.

**

AKU masuk semula kedalam bilik selepas menidurkan si kembar yang merengek mahukan mama mereka. Aisar dan Aisy memang rapat dengan Mawar. Malah, kedekatan mereka kadang kala buat aku cemburu dengan anak sendiri.

Tapi Mawar tahu dengan tanggungjawabnya sebagai isteri dan Ibu untuk anak-anak kami. Biarpun dia terpaksa menguruskan dua hero kami, dia tetap tidak lupa menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri aku.

Mawar masih tidur ketika aku masuk kedalam bilik kami. Dia masih terlelap dengan nyenyak. Jika aku tidak melihat dada Mawar yang berombak naik turun, aku pasti sudah berfikir buruk kerana isteri aku bukan jenis tidur mati.

Mendekati tempat Mawar berbaring, aku labuhkan ciuman kasih didahinya. Anak rambut Mawar yang berjuntai jatuh diselit kebelakang telinga. Diam-diam aku amati wajah isteri aku yang semakin hari semakin menggetarkan dada aku.

Dia isteri yang baik. Kebaikan yang aku berikan padanya sekarang tidak sebanding dengan kebaikan yang dia  berikan pada aku sampai aku dapat bergelar papa. Aku masih ingat betapa kuatnya Mawar melahirkan anak-anak untuk aku. Dia bertarung nyawa dalam keadaan dia sendiri tengah lemah.

Kata apa lagi yang mampu aku ucap selain mengatakan dia seorang wanita yang sangat kuat.

"Cepat sembuh bidadari syurga abang.." pipinya aku kucup sayang. Mungkin kerana terganggu, kelopak mata Mawar terbuka perlahan-lahan.

Mawar merintih kecil sambil memegang sisi kepalanya. Aku mula diselimuti risau lagi. Dengan cepat aku gantikan tangan Mawar memegang kepalanya.

"Pening sayang masih tak hilang lagi?" Kepalanya aku picit lembut. Tubuh aku sudah jatuh terduduk di sampingnya.

"Dah hilang sikit."

Aku pandang Mawar seakan percaya tak percaya. Aku tahu Mawar tidak mahu aku risau sebab itu dia kata begitu.

"Sayang jangan tipu abang. Kalau sakit cakap sakit. Sayang tak boleh paksa diri sihat kalau dah sakit macam ni." Aku sedikit keraskan nada suara.

"Mawar dah sihat, abang.." Dia cuba ukir senyum untuk buat aku percaya.

"Aisar dan Aisy mana?"

Aku mengeluh kecil. Mawar sengaja mengalihkan topik supaya aku tak mendesaknya ke hospital lagi.

"Abang dah tidurkan mereka berdua. Sayang jangan risau. Hari ini biar abang yang uruskan Aisar dan Aisy. Sayang berehat saja."

"Boleh ke abang uruskan mereka tanpa Mawar? Anak-anak abang makin aktif. Tak menang tangan abang nanti nak jaga mereka berdua."

Mawar mungkin risau kerana sebelum ini aku selalu menjaga dua hero kami dengan bantuannya. Tapi kini bila dia sakit, aku tak akan tergamak mahu menyuruhnya menjaga anak-anak kami. Mawar perlu berehat supaya tubuhnya kembali sihat seperti sediakala.

"Abang papa mereka mestilah abang boleh jaga anak-anak abang. Sayang tak payah fikir pasal anak-anak. Abang nak sayang sembuh. Biar nanti sayang boleh gantikan abang jaga anak-anak kita pula."

"Mawar dah sihat bang.." Dia tetap mahu aku percaya.

"Not yet. Muka sayang masih pucat. Sayang tak sihat lagi."

"Menyesal Mawar call abang tadi. Kalau Mawar tahu macam ni cara abang jaga Mawar, baik Mawar tak payah cakap."

"Sayang jangan protes. Abang buat semua ni untuk kebaikan sayang juga.  Badan sayang masih lemah. Selagi sayang tak sihat abang tak kan bagi sayang jaga Aisar dan Aisy."

"Mawar bukan sakit kronik sampai abang layan Mawar macam ni. Mawar sakit kepala je. Itu pun abang nak risau berlebihan."

"Sakit tetap sakit. No debate." Aku tutup mulut Mawar dengan nada yang kedengaran tegas di telinganya.

Wajah Mawar cemberut. Dia belakangkan aku. Tidur secara mengiring. Namun tak lama kerana baru beberapa saat dia belakangkan aku, tubuhnya kembali semula menghadap kearah aku.

Aku ikut naik keatas katil, berbaring di sebelahnya. Badannya aku sauk masuk kedalam pelukan. Mawar tidak meronta. Dia balas memeluk pinggang lebar aku.

"Lepas asar nanti abang bawa sayang ke hospital."

"Klinik je."

"Okay, klinik."

Sepanjang menunggu asar aku hanya memeluk tubuh Mawar saja.

Khilaf Ashraff RafaelWhere stories live. Discover now