"KESAYANGAN papa, Aisar dan Aisy.. jangan ganggu mama sayang. Mama tengah rehat tu.." tegur aku pada si kembar yang mula buat perangai menyentuh badan Mawar.
Mungkin mereka berdua mahu mengejutkan Mawar yang sedang tidur. Rindu agaknya pada sang mama yang tidak ada tenaga melayan mereka bermain selama dua hari ini.
Ditegur begitu bukannya mendengar kata, dua bayi yang berusia dua tahun setengah itu tetap duduk dan menepuk-nepuk badan Mawar.
Aku yang mahu mengambil Aisar dan Aisy terpaksa hurungkan niat bila melihat Mawar sudah membuka kelopak matanya.
"Mama dah angun.." Aisar dengan nadanya yang pelat menepuk-nepuk tubuh Mawar. Aku segera mengangkat tubuh Aisar dan Aisy lantas kedua-duanya didudukkan atas riba aku.
"Jangan ganggu mama. Kan tadi papa dah cakap nak tengok mama boleh, tapi jangan ganggu mama nak berehat." gumam aku pada Aisar dan Aisy.
"Mama dah angun. Esar nak mama." Aisar meronta kecil diatas riba aku. Tangan chubbynya tergapai-gapai mahu turun memeluk tubuh Mawar. Sedangkan Aisy hanya duduk sambil melihat kearah kembarnya yang merengek.
"Bagi Aisar kat Mawar abang.." suara kecil Mawar kedengaran tak bertenaga. Aku tidak terus berikan Aisar padanya. Mawar masih tidak sihat. Kata doktor Mawar perlu banyakkan berehat. Badannya letih kerana itu dia jatuh sakit begini.
"Aisar biar abang jaga."
Aisar menangis ketika aku jauhkan tubuhnya dari Mawar. Tangisnya kian kuat bilamana aku memujuknya agar berhenti menangis. Tak berselang minit Aisy pula menangis dalam dukungan aku. Si kembar ini seperti merancang agenda tersendiri untuk meluluhkan hati aku supaya mereka dapat mendekati Mawar.
"Abang, bagi anak-anak dekat Mawar. Teruk mereka menangis tu." Mawar sudah menyandarkan tubuh dikepala katil. Tatapnya menyentuh kearah aku dan anak-anak kami.
"Sayang kena rehat. Anak-anak biar abang yang jaga." Aku tetap berdegil tidak mahu menyerahkan dua hero kami pada Mawar. Dari cara Mawar bercakap saja aku tahu dia masih tak sihat lagi.
"Dah menangis macam tu macam mana abang nak jaga diorang. Bagi dekat Mawar sekejap. Lepas diorang dah senyap abang ambil semula."
Teriakan Aisar dan Aisy semakin menguat. Aku juga tidak dapat memujuk mereka. Hendak tidak hendak terpaksa aku menyerahkan mereka kepada Mawar.
Baru saja aku alihkan ke pangkuan Mawar, dua-duanya berhenti menangis secara serentak. Nyaris saja aku mati kutu melihat keletah mereka yang berubah dalam sekelip mata.
"Pandai mereka gula-gulakan abang. Tadi menangis bagai nak rak sekarang terus senyap bila dengan sayang."
Mawar kerling aku dengan kerlingannya yang lembut. Aku duduk di sebelahnya, memeluk bahunya dari tepi.
Tiba-tiba saja Aisar yang memang sedikit nakal dari Aisy itu duduk diatas perut Mawar diikuti oleh Aisy yang selalu mengikut apa saja yang Aisar lakukan.
"Ya Allah.. jangan nakal-nakal. Mama tengah sakit ni." Aku keraskan nada suara melarang Aisar dan Aisy dari terus menghenjut perut Mawar.
"Tak apa abang. Mawar dah tak sakit."
"Aisar, Aisy.. duduk sayang. Jangan nakal. Papa marah tu." ujar Mawar pada si kembar. Aisy menurut manakala Aisar tetap tak mendengar kata.
"Esar, uduk. Papa ayah tu." Aisy menarik-narik baju Aisar agar kembarnya duduk seperti dia disebelah Mawar.
"Good boys.." Mawar tersenyum manis sambil mengusap kepala Aisar dan Aisy. Aku mula lega melihat kedua-duanya sudah tak nakal lagi.
"Papa ayah. Esar akut.."
YOU ARE READING
Khilaf Ashraff Rafael
Lãng mạnMenyesalnya seorang lelaki.. Kembalinya seorang isteri membuka lembaran baru dalam hidup seorang suami yang dihuni dosa silam. Bagi Ashraff Rafael, lelaki yang diuji dengan sesal menggila akibat kehilangan isteri membuat dia takut kehilangan si iste...