BAB 5 🔥

7 1 0
                                    


Bummm.

PINTU bilik wad diterajang kuat hingga terhempas ke lantai. Langsir basah yang berada di lantai itu dikerling sekilas sebelum pandangan ditebarkan ke sekeliling.

Tiada.

Tetapi keadaan bilik ini lebih baik dari bilik-bilik yang lain. Disebabkan terdapat langsir yang berada dekat di bawah pintu tadi, pasti gadis itu ada dalam sini juga. Tak tunggu lama, Iffat terus membuka pintu bilik air.

Jumpa.

Seorang gadis yang berada di dalam bath tub terus didekati.

"Hey, wake up."

Dengan lemah, Mayesa membuka matanya. Susuk lelaki yang dijumpai beberapa hari yang lepas dipandang dengan tubir mata yang bergenang. Tanpa kata, jemari menggengam hujung lengan si lelaki.

Tangan kurus itu dilihat sekejap sebelum Iffat leraikan penuh cermat. Jaket ditanggalkan dari badan sebelum lelaki itu letakkan di atas tubuh basah si gadis. Mayesa dicepung dan setelah itu, Iffat pantas menuju ke rooftop hospital.

Kehangatan yang menerpa Mayesa membuatkan kelopak matanya automatik dipejam rapat. Kepalanya sudah terlentok di bahu Iffat dengan nafas yang lemah.

Sampai sahaja lelaki itu di tingkat paling atas, kelihatan sebuah helikopter sedang menunggunya di ruang helipad. Kaki laju sahaja menuju ke sana.

"Siapa dia?" soalan pertama yang dilontar oleh Zihni setelah dia melihat satu susuk asing berada dalam pelukan rakannya.

"Manusia." Iffat yang baru sahaja masuk ke dalam badan helikopter jawab dengan sindiran. Sempat dia menjeling ke arah Zihni sesaat sebelum Iffat melabuhkan duduk di sebelah Fathan. Nafas panjang dihela.

Pintu helikopter ditutup dengan kuat sebelum Zihni pandang Iffat.

"You got to be kidding me. Anak siapa kau culik ni woii!" Meninggi nada Zihni. Tahira memejamkan mata manakala Fathan pula terus tutup telinganya dek frekuensi tinggi itu masuk ke dalam gegendang telinga. Manakala Iffat hanya beri riak muka malasnya sahaja.

Tetapi seseorang yang tidak terbiasa dengan hal itu terkejut teruk. Mayesa menyembunyikan wajahnya di leher Iffat manakala tangan kurusnya pula menggengam baju milik si lelaki dengan kuat. Rentak jantung si gadis sudah berdetak laju bagai baru selesai berlari sekaligus membuatkan badannya menggeletar kecil.

Iffat yang perasan akan hal itu tundukkan wajah sekejap untuk memeriksa Mayesa.

"Wey kau-"

"Shut up." Keras Iffat memberi amaran pada si rakan. Terus terkunci mulut Zihni melihat balasan tersebut. Wajah Mayesa yang berpeluh membuatkan Iffat tak senang duduk, sepertinya dia risau dengan keadaan gadis itu. Natijahnya, belakang badan Mayesa ditepuk perlahan.

Fathan dan Tahira saling berpandangan sebelum akhirnya Fathan menghela nafas.

"Iffat ..." tegurnya dengan nada biasa.

"Later." Balas Iffat sebelum Fathan sambung apa yang dia hendak katakan. "I will explain everything to you. But not now. I am promise."

Fathan mengukir satu senyuman sebelum mengangguk.

"Sure, if you want so. We will wait, then." Di akhir ayat itu, sempat Fathan beri satu isyarat pada Zihni agar jangan berkata apa-apa lagi. Mood Iffat sekarang tak stabil, jadi Fathan tidak mahu ambil risiko jika Iffat mengamuk dalam helikopter. Elok-elok mereka sampai ke rumah dengan selamat tiba-tiba bertukar destinasi pula ke hospital. Siapa susah?

Jaket yang hampir terlucut itu dibetulkan. Iffat sandarkan badan ke belakangan tetapi pegangannya pada tubuh lemah Mayesa masih kukuh. Riak wajahnya sama sahaja seperti biasa tetapi tiada siapa pun tahu bahawa terdapat gelojak yang bergelora di jiwa lelaki itu. Tidak dapat tidak, dia memejamkan matanya rapat.

IFFAT MAYESA [C]Where stories live. Discover now