"KAU OKAY?" soal Fathan berhati-hati. Sengaja Fathan datang ke rumah lelaki itu memandangkan kebelakangan ini Iffat semakin menyendiri."Cinta aku tak akan berbalas sampai bila-bila Fat. Kisah aku dan dia sudah terhenti tanpa sempat aku mulakan." Perlahan sahaja Iffat berkata-kata dengan renungan yang memandang lurus ke hadapan.
"Iffat ..."
"Funny right? Cinta aku terputus tanpa sempat aku buat apa-apa." Iffat menunduk, sedikit menyesali segala yang terjadi. Dia tak sempat meluahkan perasaannya pada Mayesa. Dia tak juga sempat membahagiakan gadis itu.
Mereka baru sahaja menyelesaikan segala masalah yang berlaku dan belum sempat Iffat hendak meraikan dengan Mayesa, gadis itu terlebih dahulu sudah pulang ke pangkuan Rabb.
"Keep strong bro. You need it." Bahu Iffat ditepuk oleh Fathan.
Lelaki itu hanya membalas secara non-verbal sahaja. Nafas ditarik sebelum dilepaskan sedikit demi sedikit. Kemudian, Iffat merenung ke hadapan.
Teruntuk Heidi Mayesa ...
Rehatlah sepuasnya di sana.
Dunia ini terlalu memenatkan untuk awak, biarlah tempat abadi itu menjadi tempat rehat ternyaman awak. Nama awak yang telah terpahat kemas di dalam jantung saya takkan sesekali saya padam. Pergilah dengan tenang dan gembiralah di sana. Saya akan sentiasa mendoakan awak.
Salam sayang,
Iffat Khazin.
Di dalam kitab Al-Quran : "Di manapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh. Jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan ; "Ini dari sisi Allah", dan jika mereka ditimpa suatu keburukan, mereka mengatakan ; "Ini dari engkau (Muhammad)." Katakanlah ; "Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu (orang-orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan (sedikitpun)?" [4:78]
~Tamat~
YOU ARE READING
IFFAT MAYESA [C]
Historia CortaSHORT STORY . . . "Cinta aku terputus tanpa sempat aku buat apa-apa."