Setelah sudah pulang ke rumah, aku pun pergi mandi terus. Seronok aku bermain dengan Alisha hari ini.
Nasib tak kantoi dengan suaminya Fitri. Sempat aku nak melarikan diri dengan menggunakan kuasa aku.
Baru teringat sesuatu. Sewaktu di penjara, aku meminta pertolongan atuk aku untuk dapatkan kuasa.
Tetapi orang yang berikan kuasa pada waktu itu adalah nenek aku, Permaisuri Suraya.
Aku nampak bayangan dia di dalam bilik penjara itu. Pelik sebab itulah kali pertama dia menolong aku.
Padahal dia yang sumpah aku sampai merana begini. Tetapi kenapa dia juga yang tolong aku.
Lagipun sekarang ni aku dapat rasakan kuasa yang sangat kuat di dalam diri aku ini.
Bandingkan dengan kuasa atuk aku, kuasa nenek aku lagi kuat dan hebat. Rasanya dia benar² mahu aku menanggalkan sumpahan ini.
Sambil berfikir tentangnya, aku pun sudah habis mandi. Baru teringat yang aku takde pakaian lain.
Tadi Alisha kata nak bagi Fitri punya tetapi tak sempat pula sebab terlalu sibuk memuaskan nafsu.
Jadi terpaksalah aku pakai gown Hello Kitty yang sama. Lagipun aku duduk dalam rumah je pun.
Patutnya nak keluar pergi mencari mangsa. Tetapi aku rasa masih tidak selamat lagi pada waktu begini.
Disebabkan takde apa² aktiviti yang seronok, aku pun pergi ke dapur untuk mencari makanan.
Kebetulan ada satu bungkusan nasi ayam di atas meja makan yang dilekat sticky note padanya.
Ia bertulis "I'm sorry...". Rasanya Miss Dracula yang belikan makanan untuk aku.
Mungkin dia hantar masa aku sibuk bermesra dengan Alisha kot.Hmm... Aku tak tahu nak react apa.
Dalam 7 hari lagi dia akan jadi isteri orang. Walaupun harinya sudah dekat, bagi aku masih lama lagi.
Sebab aku percaya yang aku boleh mencari 4 orang mangsa terakhir aku sebelum 7 hari tersebut.
Kalau tak, memang dialah mangsa aku yang ke 100. Hahaha! Jahatnya aku. Hmm.
Perasaan aku terhadap Miss Dracula memang tulus dan aku benar-benar sudah mula mencintainya.
Lagipun rasa seperti ada sebuah kuasa luar yang agak kuat, cuba menyatukan kami berdua.
Namun aku tak dapat menemui kuasa dan rahsianya itu. Biarlah apa yang nak berlaku pun.
Aku tetap fokus pada menanggalkan sumpahan aku ini. Sebelum itu, aku nak fokus perut aku dulu.
Lapar. Jadi aku pun makanlah nasi ayam yang Miss Dracula belikan itu.
Bosannya hidup aku ni...Disebabkan memang takde apa² aktiviti yang seronok, aku duduk tengok movie je kat TV.
Sedang aku menonton TV, tiba-tiba aku dengar bunyi kereta parking di depan rumah.
Rasanya Miss Dracula sudah balik selepas dating dan shopping bersama tunangnya Iman.
Namun aku buat tak tahu sahaja dan teruskan menonton TV seperti takde apa-apa berlaku.
Vijay : Oi! Abu!
Terkejut aku apabila dengar suara orang lelaki. Terus aku menoleh ke belakang. Rupanya ia adalah Vijay.
Abu Bakar : Kau rupanya! Terkejut aku dengar suara laki!
Vijay : Jom! Ikut aku!
Abu Bakar : Pergi mana?
YOU ARE READING
1 Sumpahan ✵ 100 Mangsa
RomanceKisah perjuangan Abu Bakar⸙ᰰ Abu Bakar merupakan seorang youtuber yang membuat video seram dan juga hantu. Sewaktu Abu buat penerokaan di sebuah hutan, dia terjumpa seorang ahli sihir dan disumpah olehnya. Abu yang berusia 25 tahun, terus berubah m...