Petikan dari diari aku

1 1 0
                                    


22 / 10 / 24

....
Aku terkejut dengan berita tu, aku terkejut sangat sampai aku makan sandwich telur berteman dengan air mata. Mata-mata memandang, keliru? Risau? "Sedap sangat ke sandwich tu sampai nangis?"

Jawapannya, tak. Aku cuma terkejut dengan berita tu sampai aku punya otak proses untuk decide menangis waktu tu, bertemankan rasa sakit dan rasa macam dibetray.

Aku makan sandwich aku sampai habis (tinggal kulit), jasad aku kat situ tapi minda aku kat melayang-layang seolah terbang ke tempat lain. Hiba sungguh perasaan tu, sampai bila orang tanya kenapa. Aku jadi kelu nak meluah, sakit yang aku rasa tu terpahat sangat sampai aku jadi blank.

Bermulalah semuanya bermain difikiran aku,
"cikgu tinggalkan aku juga ke? Macam dorang?"

Dalam masa yang sama aku cuba positif, "oh mungkin cikgu kena naik petang sebab itu yang ditakdirkan kot"

Aku yang keliru kena bersangka baik dengan allah punya takdir, aku tahu selagi aku bersangka baik mungkin suatu hari Allah kurniakan aku sesuatu yang lebih baik. Amin.

Berbalik kepada perasaan aku, aku rasa lemah macam sayap aku patah. Walaupun sekarang okay, tapi rasa terkejut dari berita tu sangat terkesan kat diri aku.

Mungkin ini part of the takdir yang Allah tulis untuk aku, aku kena hadap dan sabar.

Waktu balik, aku jumpa cikgu tu dan aku small talk. Alhamdullilah, cikgu baik-baik sahaja. Walaupun aku hampir mengeluarkan air mata tika bicara. Sebaik sempat tahan.

Liku-liku kehidupan aku memang macamni, aku bersabar dan sabar dan sabar. Aku tahu Allah ada hal yang terbaik untuk aku. Aku tahu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ruang kosongWhere stories live. Discover now