Prolouge

6 1 0
                                    

╰┈➤Hujan lebat mencurah-curah dari langit kelabu, mencipta suasana yang suram di tengah kota yang tidak pernah tidur. Bunyi deruan kereta dan hon yang berterusan mengisi udara, tetapi bagi Muneera Zahra, semua itu tidak lebih dari latar belakang yang membosankan. Dia berdiri di luar hospital, menggigil kesejukan, sambil memandang ke arah jalan yang dipenuhi air hujan. Minda dan hatinya terperangkap dalam satu dilema-dia seorang doktor, tetapi siapa yang akan menyelamatkan hatinya?

Hari-harinya dipenuhi dengan tanggungjawab yang berat. Dia bekerja tanpa henti, merawat pesakit yang datang dengan pelbagai kisah dan penyakit. Namun, dalam diam, Zahra menyimpan luka yang dalam. Setiap kali dia menolong pesakit, ada satu suara dalam dirinya yang bertanya, "Siapa yang akan menolong aku, disaat aku memerlukan pertolongan?"

Bila menjelang waktu petang, saat pesakit semakin berkurangan, Zahra melangkah ke kafeteria untuk berehat. Suasana di situ hangat dengan senyuman dan gelak tawa, tetapi hatinya tetap kosong. Dia memesan secawan kopi dan duduk di satu sudut, cuba melupakan seketika kesedihan yang membelenggu. Ketika dia meneguk kopi panas itu, fikirannya melayang jauh, memikirkan semua yang telah terjadi dalam hidupnya.

Di satu sudut bandar yang sama, Mikael Yusuf Raziq duduk di kafe lain, memerhatikan gelagat orang di sekelilingnya. Dia adalah lelaki yang kelihatan tenang, tetapi di dalamnya bergelora dengan pelbagai emosi. Bayangan masa lalu terus menghantuinya-kehilangan, kesilapan, dan rasa bersalah. "Hidup aku macam neraka, ya Allah," keluhnya sambil meneguk kopi yang hampir dingin. Dia masih ingat bagaimana hidupnya hancur ketika ayahnya terlibat dalam skandal yang memalukan keluarga. "Kenapa semua ni berlaku? Kenapa aku kena tanggung semua ni?" Dia menatap cermin di dalam tandas, melihat wajahnya yang penuh dengan kesedihan dan keraguan.

Mikael tidak pernah bercinta, tidak selepas kejadian yang merobek hatinya. Dia lebih suka menyendiri, menghindari hubungan yang akan membawa kepada pengkhianatan. Namun, di dalam hatinya, dia menginginkan seseorang-seseorang yang dapat memahami dan menerima semua kegelapan dalam hidupnya. Dalam kebisingan kafe, dia merasakan satu kelainan. Seolah-olah ada seseorang yang memanggil namanya, tetapi siapa?

●~●~●~●~●●~●~●~●~●●~●~●~●~

Beberapa hari kemudian, Zahra sedang bertugas ketika dia menerima panggilan kecemasan dari bilik kecemasan. "Doc, datang cepat! Ada kes kemalangan!" Suara jururawat penuh dengan ketegangan membuatkan Zahra berlari menuju ke arah tempat kejadian. "Okay, on the way!" Dia melangkah dengan pantas, hatinya berdegup kencang.

Di dalam bilik kecemasan, Zahra melihat seorang jejaka yang terbaring di atas katil, wajahnya pucat dan matanya terpejam. "Apa yang berlaku?" Dia segera memeriksa keadaannya. "Kemalangan ringan, doc. Tapi dia tak sedarkan diri!" jelas jururawat.

Zahra memandang wajah jejaka itu dengan penuh rasa ingin tahu dan keprihatinan. " Encik, bangun! Encik ada rasa sakit kat mana mana tak?" Panggilnya lembut. Selepas beberapa ketika, jejaka itu membuka matanya, mereka saling berpandangan. Ada sesuatu yang aneh dalam tatapan itu-sebuah ikatan yang tidak dapat dijelaskan. Terdapat beberapa koyakan besar di baju celoreng jejaka itu.  "Aih bukan biasa askar masuk hospital tentera ka? Macam mana boleh tersesat sorang kat sini ni." bisik jururawatyang bernama Aryana disebelahnya. "Betul jugak apa yang Yana cakap. Lagisatu kenapa aku rasa macam pernah nampak eh mamat ni? Familiar betul muka dia ni, tapi kat mana?" bisik Zahra didalam hatinya. Selepas selesai tugasnya merawat pesakit itu, Zahra membuka langkah untuk pergi.


●~●~●~●~●●~●~●~●~●●~●~●~●~●

Mereka tahu bahawa cinta mereka akan diuji, tetapi mereka juga sedar bahawa mereka tidak boleh mengalah. Dalam saat-saat yang paling gelap, mereka berpegang pada janji-cinta itu akan menjadi cahaya yang membimbing mereka melalui kegelapan. Perjuangan mereka baru bermula. Ketika cabaran datang menimpa, mereka berdua harus mencari jalan untuk mempertahankan cinta yang telah mereka bina. Apakah mereka akan berjaya? Atau adakah egelapan masa lalu akan memisahkan mereka?

Kisah tentang dua jiwa yang terjerat dalam perjuangan masing-masing, tetapi bersama-sama, mereka berusaha untuk menemukan jalan pulang ke hati masing-masing. Cinta dan harapan akan diuji dalam pelbagai cara, tetapi mereka bertekad untuk menghadapi segala halangan demi satu sama lain.

Dengan setiap langkah, mereka belajar bahawa cinta bukan sahaja tentang kebahagiaan-ia juga tentang kesedihan, perjuangan, dan pengorbanan. Dan dalam setiap detik yang berlalu, mereka berjanji untuk tidak pernah menyerah, walaupun dunia seakan-akan menentang mereka.

" Bersama kita kuat, sayang " bisik hati Zahra, dengan harapan yang menyala-nyala di dalam hatinya.

Akan tetapi, perjalanan mereka adalah satu perjalanan yang panjang dan penuh liku. Adakah mereka bersedia untuk berdepan dengan apa jua yang akan datang? Cinta mereka mungkin tersembunyi di sebalik pelbagai rintangan, tetapi di dalam jiwa mereka, ada satu keyakinan-cinta yang sejati akan selalu menemukan jalannya.

Silent Battles, Hidden LoveWhere stories live. Discover now