11

2 0 0
                                    


╰┈➤  Tanpa  mereka sedari ada yang memerhati mereka dari jauh dengan senyuman sinis di bibirnya. Mata hazelnya yang tajam tidak lepas dari meneliti ketegangan yang terjadi antara Haris, Muneera, dan Mikael. Dia tahu, Haris mempunyai perasaan terhadap Muneera. Dan yang lebih dia pasti, perasaan itu tidak pernah pudar. Apa yang berlaku tadi di depan mata Aira adalah peluang yang dia tunggu-tunggu. Konflik. Perbalahan. Itu semua adalah benih yang dia harapkan akan tumbuh menjadi perpecahan di antara Mikael dan Muneera.

"Interesting... Ara, Ara~ Kau tak tahu betapa senangnya kerja aku sekarang ni, dengan adanya Haris." Suara Aira Farisha berbisik lembut pada dirinya sendiri, tapi nadanya penuh dengan sindiran. Dia menyusupkan ketawa kecil, penuh dengan dendam yang tersembunyi, sebelum menutup mulutnya dengan tangan seolah-olah cuba menyembunyikan kegembiraan yang jahat.

Sudah lama Aira menyimpan perasaan terhadap Mikael. Sejak hari pertama Mikael melangkah masuk ke kelas mereka, dia sudah terpikat. Tetapi, bagi Mikael, Aira hanyalah rakan sekelas biasa. Dia tidak pernah menyedari pandangan penuh harapan yang Aira lemparkan setiap kali mereka berada dekat. Setiap perbualan kecil antara mereka yang bagi Aira bermakna, tidak pernah diingati oleh Mikael. Dan itu yang paling menyakitkan Aira.

Dan kini, Muneera. Muneera yang tiba-tiba menjadi keutamaan dalam hidup Mikael. Hubungan mereka berkembang dengan pantas, sehingga membuatkan Aira merasa tersisih dan terluka. Dia pernah cuba mendekati Mikael, namun Mikael selalu sibuk dengan Muneera. Ini menambahkan lagi bara dendam dalam hatinya. Bagi Aira, ini bukan sekadar tentang Mikael yang tidak melihatnya, tetapi juga tentang Muneera yang, tanpa disedari, telah mengambil semua perhatian Mikael daripadanya.

"Tak lama lagi, Mikael... Kau akan tahu macam mana rasanya hilang sesuatu yang kau sayang," bisik Aira dengan nada penuh kepastian. Dia memandang ke arah Mikael dengan pandangan penuh maksud, sementara mereka bertiga masih dalam ketegangan yang semakin mendalam. Bagi Aira, ini adalah masa yang tepat untuk bertindak.

Di dalam kepala Aira, dia mula merangka pelan. Dia tahu Haris adalah kunci kepada rancangannya. Haris sudah jelas menyimpan perasaan dendam terhadap Mikael, dan dia yakin bahawa dia boleh menggunakan perasaan itu untuk keuntungannya. Jika Haris menjadi alat untuk menghancurkan hubungan Mikael dan Muneera, dia sendiri tidak perlu kotorkan tangannya. Yang perlu dia lakukan hanyalah menanam benih-benih keraguan dan kemarahan dalam hati Haris, dan selebihnya akan berlaku dengan sendirinya.

Aira mula bergerak dari tempatnya berdiri. Langkahnya tenang, penuh keyakinan. Dia mendekati Haris yang sedang duduk seorang diri, jelas sedang berperang dengan perasaannya. Dia tahu ini adalah waktu yang tepat untuk menyemarakkan lagi api di dalam hati lelaki itu.

"Haris," Aira memanggil dengan nada lembut, sambil berdiri di sebelahnya.

Haris mengangkat wajahnya, sedikit terkejut melihat Aira muncul. "Aira? Kau buat apa kat sini?"

Aira mengukir senyuman kecil. "Aku tengok je... tengok drama yang kau, Mikael, dan Muneera lakonkan tadi." Katanya dengan sedikit nada sindiran.

Haris mengerutkan dahi, tidak begitu senang dengan apa yang Aira katakan. "Apa maksud kau?"

"Aku tahu kau tak puas hati dengan apa yang berlaku tadi," Aira menyambung, sambil mengambil tempat duduk di sebelah Haris. "Kau ingat aku tak perasan? Kau suka Muneera, tapi Mikael rampas dia dari kau. Betul tak?"

Haris terdiam. Pandangan matanya jelas menunjukkan betapa terlukanya dia, dan betapa dia cuba menahan diri daripada melepaskan kemarahan itu. Tapi Aira tahu, dia sudah hampir berjaya.

"Aku cuma nak kau tahu, aku ada di pihak kau, Haris," Aira berkata sambil memandang Haris dengan mata penuh maksud. "Aku pun tak suka tengok diorang berdua macam tu. Mikael... dia bukanlah sebaik yang kau sangka."

Silent Battles, Hidden LoveWhere stories live. Discover now