6

1 0 0
                                    


╰┈➤ Hari demi hari berlalu, dan Muneera dan Mikael semakin akrab. Mereka sering menghabiskan waktu bersama selepas sekolah, menjelajahi tempat-tempat menarik di sekitar bandar. Muneera merasakan kegembiraan baru dalam hidupnya, tetapi di sebalik kebahagiaan itu, ada juga keraguan yang mencuit hatinya. Dia sering terfikir adakah keputusan untuk membuka hatinya kepada Mikael adalah pilihan yang tepat.


Di sekolah...

Suatu pagi, ketika Muneera sedang bersiap di kelas, Dina datang menghampirinya dengan wajah yang bersemangat. "Ara, kau tahu tak? Aku dengar ada anual dinner yang diadakan oleh kelab pelajar minggu depan!"

Muneera mengerutkan dahi. "Anual Dinner? Kenapa?"

Dina tersenyum lebar. "Ini adalah peluang untuk semua pelajar berkumpul dan berkenalan. Aku fikir kita boleh pergi! Kau boleh ajak Mikael sekali."

Muneera berasa teruja dengan idea itu, tetapi hatinya berdebar-debar. "Tapi... apa yang akan jadi jika orang lain juga ajak dia? Aku tak nak cemburu lagi."

Dina menepuk bahunya. "Kau harus percaya diri! Kalau Mikael betul-betul suka kau, dia akan tetap bersama dengan kau. Jomlah, kita ajak member meber lain juga!"

Ketika Muneera memikirkan tentang majlis itu, perasaannya bercampur baur. Dia ingin pergi dan berasa lebih dekat dengan Mikael, tetapi cemburunya terhadap Aira masih membelenggu dirinya.

Hari majlis makan malam...

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Muneera mengenakan gaun sederhana tetapi anggun, dengan harapan dapat menarik perhatian Mikael. Dia berasa berdebar ketika melihat Mikael tiba dengan kemeja putih dan seluar gelap, kelihatan segak dan menawan.

"Wow, kau nampak cantik, Ara!" puji Mikael, dan Muneera merasakan hatinya berbunga-bunga.

"Terima kasih! Kau pun nampak hebat!" balas Muneera dengan senyuman.

Mereka mengambil tempat di meja yang sudah disediakan, dan suasana di sekeliling mereka ceria dengan gelak tawa dan muzik. Namun, dalam hati Muneera, ada sedikit ketegangan. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Ketika mereka duduk, Aira yang duduk di sebelah Mikael menyelubungi mereka dengan semangat. "Kita semua kena main permainan! Setiap orang kena cakap satu rahsia. Siapa yang tak nak join, kenalah belanja!"

Mikael ketawa. "Okay, aku suka cabaran ini! Siapa nak mulakan?"

Satu per satu, rakan-rakan mereka berkongsi rahsia, mencipta suasana yang penuh dengan gelak tawa. Ketika tiba giliran Muneera, dia berasa serba salah. "Hmm... rahsia aku? Aku suka... makan ais krim coklat setiap hari!" Dia cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenarnya lebih dalam.

Mikael memandangnya dengan senyuman. "Itu bukan rahsia sangat, Ara! Aku nak tahu lebih banyak tentang kau."

Ketika permainan berlanjutan, Muneera perasan Aira selalu cuba berada dekat dengan Mikael. Setiap kali Aira ketawa, Muneera merasakan hatinya bergetar. Dia bertekad untuk tidak membiarkan perasaan cemburu itu menguasai dirinya.

Setelah permainan...

Mikael menepuk bahu Muneera. "Kau okay ke? Aku rasa kau nampak sedikit risau."

Muneera tersenyum lemah. "Ya, aku okay. Cuma sedikit letih."

Mikael mengangguk, tetapi wajahnya menunjukkan kerisauan. "Kalau ada apa-apa, cakap je. Aku sedia mendengar."

Muneera berasa hangat di dalam hati, tetapi dia masih tidak pasti. "Mikael, ada sesuatu yang aku ingin cakap."

Mikael memandangnya dengan serius. "Apa dia? Kau boleh cakap dengan aku."

Muneera teragak-agak. "Aku... aku suka kau, tetapi aku takut. Aku tak mahu kehilangan kau jika kita mula bercinta."

Mikael menggenggam tangan Muneera dengan lembut. "Kau tak akan kehilangan aku, Ara. Aku janji."

Mereka berdua saling memandang, dan saat itu terasa sangat istimewa. Muneera tahu dia tidak boleh terus bersembunyi di sebalik ketakutan.

**

Malam itu di rumah...

Muneera pulang dengan perasaan bercampur baur. Di satu sisi, dia berasa bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama Mikael, tetapi di sisi lain, perasaannya terhadap Aira tidak dapat dipadamkan. Dia mengambil buku catatan dan mula menulis.

"Aku bertekad untuk berdepan dengan perasaanku. Cinta bukanlah tentang memiliki, tetapi tentang memberi dan menerima. Mungkin ada jalan untuk kita berdua."

Keesokan harinya...

Di sekolah, Muneera berusaha untuk bersikap positif. Dia menemui Dina dan menceritakan segalanya. "Dina, aku rasa aku perlu bercakap dengan Mikael tentang Aira. Aku tak nak dia terjebak dalam situasi ini."

Dina mengangguk. "Itu langkah yang bijak, Ara. Kalau kau tak rcakap, semua ini hanya akan menjadi masalah yang lebih besar. Jom, kita jumpa dia lepas sekolah!"

Ketika loceng sekolah berbunyi, Muneera berasa berdebar-debar. Dia dan Nabila mencari Mikael di luar sekolah. Setelah mencarinya, mereka akhirnya menjumpainya sedang berbual dengan Aira.

"Eh, Mikael!" panggil Nabila. "Kami nak bercakap dengan kau sekejap."

Mikael tersenyum dan mengangguk. "Sure, apa yang terjadi?"

Muneera berasa sedikit gugup, tetapi dia tahu dia perlu bersuara. "Mikael, aku ada sesuatu yang ingin aku beritahu kau tentang Aira."

Mikael memandang Muneera dengan serius. "Apa dia? Kau ada masalah ke?"

Muneera menarik nafas. "Tidak, bukan masalah. Cuma, aku rasa Aira selalu cuba mendekati kau. Aku tak nak kau tertekan dengan situasi ini."

Mikael mengerutkan dahi. "Ara, aku dan Aira cuma kawan. Kau tak perlu risau. Aku lebih suka menghabiskan masa dengan kau."

Perkataan itu membuatkan Muneera berasa lega. Namun, dia masih perlu memastikan semuanya jelas. "Mikael, jika ada apa-apa yang membuat kau tidak selesa, cakaplah. Aku tak mahu ada perkara yang mengganggu hubungan kita."

Mikael tersenyum lembut. "Jangan risau, Ara. Aku akan selalu berterus terang dengan kau. Kau adalah yang paling penting bagi aku."

Setelah perbualan itu, Muneera berasa lebih yakin. Dia dan Mikael semakin rapat, tetapi dia tahu dia perlu terus berusaha untuk mengatasi cemburunya.

Hari demi hari berlalu...

Mikael dan Muneera terus meluangkan masa bersama, menjelajahi hobi baru dan memperdalam perasaan mereka. Mereka bergabung dalam kelab seni dan mula mengikuti kelas seni bersama. Muneera merasakan dia semakin jatuh hati kepada Mikael, dan itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk belajar dan mencipta karya seni.

Di kelas seni...

Mikael memandang Muneera yang sedang melukis dengan penuh konsentrasi. "Kau ada bakat besar dalam seni, Ara. Kenapa kau tak pernah cakap pasal ni sebelum ini?"

Muneera tersenyum, sedikit malu. "Aku suka melukis sejak kecil, tapi aku tak pernah berani tunjukkan pada orang lain."

Mikael menghampiri Muneera dan melihat lukisan di kanvas. "Cantik gilaa weyy! Kau sepatutnya tunjuk pada semua orang. Aku yakin diorang sukaa!"

Muneera merasa bersemangat mendengar kata-kata pujian Mikael. "Terima kasih, Mikael."

Setelah sesi seni berakhir, mereka berdua duduk di bangku di luar sekolah, menikmati pemandangan. Muneera merasakan kehadiran Mikael yang tenang membuatkan hatinya berasa selamat.

"Aku bercadang untuk tolong Cikgu Faz mengadakan pameran seni di sekolah bulan depan. Kau nak join jadi sebahagian daripada pameran tu?" tanya Mikael.

Muneera terkejut. "Event? Wowowowow, i'm not ready for that!"

Mikael tersenyum. "Kau perlu bersedia. Kau punya bakat, dan orang lain perlu tahu tentangnya."

Muneera berasa terharu dan berfikir panjang. "Okay, aku akan cuba. Tapi, apa yang kau nak tunjukkan?"

Mikael memandang Muneera dengan senyuman....

Silent Battles, Hidden LoveWhere stories live. Discover now