13

2 0 0
                                    


╰┈➤ Aira tersenyum puas, hatinya melonjak kegembiraan melihat keraguan yang mulai menghantui Muneera. Rasa kepuasan mengalir dalam dirinya, menyedari bahawa rancangannya untuk memecah belahkan Mikael dan Muneera sedang berjalan dengan lancar. Dia sudah merasakan aroma kemenangan itu semakin hampir. Dengan langkah perlahan, Aira mengundur diri ke belakang, membiarkan Muneera terperangkap dalam pemikirannya sendiri.

Di dalam kelas, Muneera berusaha menumpukan perhatian kepada pelajaran, tetapi kata-kata Haris terus berlegar dalam fikirannya. Setiap kali dia melihat Mikael, hatinya berdebar-debar. Dia ingin mempercayai Mikael sepenuhnya, tetapi keraguan yang ditanam oleh Haris membuatkan fikirannya tidak tenang. Adakah Mikael benar-benar lelaki yang dia inginkan? Atau adakah ada sesuatu yang lebih dalam diri Mikael yang masih tersembunyi?

Mikael, di sisi lain, merasakan perbezaan dalam cara Muneera berinteraksi dengannya. Dia perasan bahawa Muneera lebih diam dan kelihatan berfikir mendalam setiap kali mereka berbincang. Rasa bimbang menyelinap masuk ke dalam fikirannya. "Apa yang sebenarnya berlaku?" Dia bertanya dalam hati. "Ada  sesuatu ke yang membuatkan Muneera ragu-ragu dengan aku?"

Hari-hari berlalu, dan Aira serta Haris terus menerus memanipulasi keadaan. Mereka sering mencari peluang untuk menambah racun dalam fikiran Muneera. Haris, dengan pertanyaan yang menyentuh tentang masa lalu Mikael, seringkali menjadikannya bahan bualan di kalangan rakan-rakan. Dalam satu sesi rehat, dia mula bercerita kepada rakan-rakannya tentang keburukan Mikael yang kononnya pernah dituduh melakukan sesuatu yang tidak baik di sekolah lamanya.

"Mikael tu, kau tahu kan? Dia dulu pernah terlibat dalam kes disiplin. Aku dengar, dia ni tak sebaik yang orang fikir," Haris memulakan, disertai dengan gelak tawa rakan-rakannya. "Orang nampak dia hensem dan pandai, tapi siapa tahu di sebalik tu ada masalah yang lebih besar."

"Aku tak percaya, Haris. Dia nampak baik je," salah seorang pelajar menyanggah, tetapi Haris dengan cepat membalas, "Itulah dia. Nampak baik, tapi siapa tahu dalam hati ada niat jahat?"

Aira, yang mendengar dari jauh, berasa puas melihat Haris berjaya menaburkan benih kebencian. Dia tahu semua ini akan memberi impak besar kepada Muneera. Senyuman sinis terukir di wajahnya apabila melihat rakan-rakan Haris semakin terpengaruh dengan kata-katanya.

"Kalau Muneera tahu semua ni, mungkin dia akan fikir dua kali untuk bersama Mikael," Aira berbisik kepada dirinya sendiri.

Keesokan harinya, ketika Muneera berjalan di koridor sekolah, dia berjumpa dengan Haris. Rasa curiga yang ditanam semakin mendalam. Haris menyapa dengan senyuman, tetapi Muneera tidak dapat merasakan keikhlasan di sebalik senyuman itu.

"Muneera, kau dengar tak tentang Mikael?" Haris bertanya, berusaha memulakan perbualan.

Muneera yang mulai meraguinya hanya mengangguk, "Ya, kenapa?"

"Aku cuma nak kau berhati-hati. Kadang-kadang, orang yang kita percayai tu bukanlah seperti yang kita sangka," Haris menjawab, wajahnya tampak penuh perhatian, seolah-olah dia benar-benar peduli.

Muneera merasa tertekan. Dia tidak ingin berfikir negatif tentang Mikael, tetapi kata-kata Haris menembusi hatinya. "Aku akan ingat," balasnya dengan nada dingin, berusaha untuk tidak menunjukkan bahawa kata-katanya memberi kesan yang mendalam.

Haris tersenyum puas, berasa gembira melihat Muneera berasa tidak selesa. Dia tahu dia telah melakukan kerosakan yang cukup besar. Dalam hatinya, dia bertekad untuk terus memisahkan mereka. Dia tidak akan membiarkan Mikael memiliki Muneera, terutamanya setelah apa yang dia anggap sebagai pengkhianatan.

Aira dan Haris kini beroperasi seperti pasukan yang sempurna. Setiap langkah mereka dilaksanakan dengan penuh strategi, menyebarkan keraguan di antara Muneera dan Mikael. Rancangan mereka semakin mendalam, dan Aira merasakan tekanan yang meningkat pada Muneera setiap hari. Dia berasa puas melihat betapa Muneera tertekan dan tidak yakin dengan perasaannya sendiri.

"Ini baru permulaan," Aira berbisik kepada dirinya sendiri, merancang langkah seterusnya. Dia tahu, setelah menghancurkan hubungan mereka, dia akan dapat menarik Mikael ke dalam pelukannya sendiri. Dia berhasrat untuk menjadi pusat perhatian di kalangan pelajar, dan dengan Muneera di luar gambaran, dia percaya itu tidak akan menjadi masalah.

Mikael, yang tidak menyedari apa yang sedang berlaku, berusaha untuk mendekati Muneera. Dia berasakan bahawa sesuatu yang tidak kena sedang berlaku antara mereka. Dia ingin bertanya, tetapi takut jika soalan-soalan itu akan membuatkan Muneera semakin menjauh. "Asal dengan Muneera?" Dia berfikir sambil memerhatikan Muneera dari jauh, menunggu masa yang tepat untuk mendekatinya.

Di dalam hati Muneera, perang batin sedang berlaku. Dia ingin mempercayai Mikael, tetapi setiap kali teringatkan kata-kata Haris dan Aira, keraguan itu kembali menguasai fikirannya. Adakah Mikael benar-benar lelaki yang baik? Atau adakah dia sedang ditipu oleh penampilan luar yang sempurna?

Satu perkara pasti, Aira dan Haris telah berjaya menanam benih kebimbangan yang sukar untuk dihapuskan. Dan dengan setiap langkah yang diambil, hubungan antara Muneera dan Mikael semakin rapuh. Muneera berasa semakin terasing, seolah-olah terperangkap dalam labirin tanpa jalan keluar, dan dia tidak tahu siapa yang patut dipercayai.

Silent Battles, Hidden LoveWhere stories live. Discover now