3

2 0 0
                                    


╰┈➤ Berapa hari kemudian...

Selepas pengakuan Mikael, Muneera merasa dunia di sekelilingnya berubah. Walaupun Mikael tidak memaksa jawapan, Muneera tahu dia perlu membuat keputusan. Hubungan mereka tidak lagi sama. Setiap kali mereka bersua muka, ada sesuatu yang tak terungkap — sesuatu yang lebih berat daripada sebelum ini. Namun, Muneera masih belum bersedia. Dia tak pasti jika hatinya juga mahu ke arah yang sama.

Pada pagi Isnin, suasana sekolah seperti biasa: bising dengan gelak tawa pelajar, bunyi loceng yang berdering, dan hiruk-pikuk kelas yang bermula. Namun bagi Muneera, hari ini terasa lebih janggal. Dia cuba berlagak normal, tetapi dalam hati, ada perasaan yang menghimpit. Perasaan yang belum pernah dia hadapi sebelum ini.

"Ara, kau okay ke?" tanya Dina ketika mereka duduk di bangku kantin selepas kelas pertama.

Muneera terkejut seketika, namun dia cepat-cepat senyum. "Okay je, Dina. Kenapa?"

"Kau nampak lain. Macam kau ada benda nak cakap, tapi kau pendam. Biasanya kau tak macam ni," jawab Dina sambil menyuap nasi lemak ke mulutnya.

Muneera termenung seketika. Dina betul. Biasanya dia terbuka dengan perasaannya, tapi kali ini dia rasa sukar. Mungkin kerana dia sendiri tak tahu apa yang dirasakannya.

"Entahlah, Dina. Aku... aku cuma ada banyak benda dalam kepala sekarang," jawab Muneera sambil menggigit bibir.

Dina mengangkat kening, jelas tertarik dengan topik ini. "Benda pasal Mikael ke?"

Muneera tergelak kecil, walaupun dia tahu Dina mungkin tak main-main. "Kau ni suka sangat spekulasi. Tapi... ya, maybe sikit."

"Apa yang jadi?" Dina menyoal lebih lanjut, nada suaranya penuh rasa ingin tahu.

Muneera menghela nafas panjang sebelum menjawab. "Dia cakap dia suka aku."

Dina terdiam seketika, mulutnya separuh terbuka. "WHAT?! Mikael confess kat kau? Serious?"

Muneera mengangguk perlahan, matanya tunduk ke arah meja. "Yeah, serious. Tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku tak pernah fikir pasal benda ni sebelum ni. Aku... confused, Dina."

Dina menelan nasinya cepat-cepat, seperti tak sabar untuk mendengar lebih banyak. "Okay, Ara, dengar sini. Pertama sekali, ini berita besar! Kau kena appreciate yang Mikael berani confess. Bukan semua lelaki berani buat macam tu."

"Ya, aku tahu," Muneera mengeluh kecil, "tapi masalahnya, aku tak pernah fikir nak ada relationship sekarang. Aku fokus kat pelajaran, Dina. Plus, aku tak nak benda ni ganggu persahabatan kita."

Dina mengangguk perlahan, memahami kebimbangan Muneera. "Aku faham. Tapi kau tak boleh selamanya lari dari benda macam ni. Eventually, kau kena decide. Kau suka dia tak?"

Soalan itu membuatkan Muneera terdiam. Suka? Dia tak pasti. Mikael memang baik. Dia selesa bila bersama lelaki itu, dan dia rasa selamat. Tapi adakah itu cukup untuk membentuk sesuatu yang lebih daripada kawan?

"Aku tak tahu, Dina," akhirnya Muneera bersuara. "Aku rasa mungkin aku suka dia... tapi aku tak yakin. Aku takut kalau aku buat keputusan sekarang, nanti aku menyesal."

Dina mengangguk lagi, kali ini lebih perlahan. "Itu normal, Ara. Tak salah untuk rasa takut. Tapi kau kena dengar hati kau. Kalau kau tak ready, kau tak ready. Jangan paksa diri."

Muneera mengangguk, bersyukur kerana Dina sentiasa memahami situasinya. Tapi dia masih belum pasti bagaimana mahu bergerak ke depan. Dia tahu satu hari nanti dia perlu berdepan dengan Mikael dan beritahu perasaannya yang sebenar.

Silent Battles, Hidden LoveWhere stories live. Discover now