Prolog

14 7 0
                                    

"Mama tak setuju kamu nak jadi idol." Bantah keras Karina kepada anak perempuannya.

"Mama ni kenapa? tu cita-cita Reen dari kecil lagi." Qaireen berdiri tegak dihapan mamanya. Mata mamanya dipandang lama.

"Jadi idol tu benda tak berfaedah, baik kamu sambung belajar," Karina mengalih pandangannya ke arah lain daripada melihat anaknya.

"Mama, tolong lah jangan halang Reen," rayu Qaireen. Sedikit pun dia tidak berganjak dari tempatnya. Tajam matanya memandang mamanya.

"Kalau kamu nak sangat jadi idol, okay mama bagi tapi ..." Karina menoleh kebelakang. Qaireen bertentang mata dengannya.

"Kamu keluar dari rumah ni." Sambung Karina seraya pergi ke tingkat atas.

"Kenapa mama buat macam ni," mata Qaireen mula berkaca. Terduduk Qaireen.

Karina turun ke tingkat bawah yang menempatkan anaknya. Serta bagasi besar.

"Keluar sekarang kamu." Karina mengheret Qaireen hingga ke muka pintu. Qaireen menggeleng kepalanya sambil menangis. Bagasi besar tadi di campak ke luar.

"Reen tiada tempat dah nak pergi, tolong lah mama." Rayu Qaireen sambil memegang kaki mamanya. Karina menghentak kakinya membuatkan Qaireen lepas dari memegang kakinya. Pintu rumah ditutup rapat dari dalam dan dikunci. Qaireen mengetuk pintu berkali-kali namun hampa, mamanya tidak buka pintu.

Qaireen mengambil bagasinya yang dicampak dan mengheret. Perlahan Qaireem berjalan keluar dari pekarangan rumah. Kini dia sudah tidak tahu mahu ke mana.

Mi Bailarina [OG]Where stories live. Discover now