Bab 4

0 0 0
                                    

"Nanti ada masa datang lagi," kata Umairah.

"Insyaallah, akak rajin rajin la datang sini juga," balas Qaireen. Umairah memeluk tubuh adik angkatnya sebelum pelukan dirungkaikan oleh Umairah sendiri.

"Ibu, adik pergi dulu ye, assalamualaikum." Qaireen bersalam dengan Puan Yasmine sebelum dia memboloskan diri ke dalam kereta. Tenang Qaireen memandu keluar dari pekarangan rumah banglo keluarga angkatnya.

Qaireen menekan sedikit pedal untuk menambah kelajuan. Keretanya berhenti di kedai makan. Jam tangan dikerling sekilas. Pukul 1:15. Kira-kira pukul 3 lebih baru dia sampai dekat rumah. Qaireen turun dari kereta. Langkah dibuka berjalan masuk ke dalam kedai.

Belum sempat dia duduk, seorang pelayan sudah bertanya.

"Cik nak order apa?"

Boleh sabar tak gumam Qaireen dalam hati.

"Nasi Ayam dengan Air Laici." Qaireen mengeluarkan telefonnya. Sementara menunggu makanan dia sampai bolehlah dia melayari YouTube.

"Jemput makan." Pelayan itu meletakkan pinggan berisi Nasi Ayam dan gelas berisi Air Laici.

Qaireen mematikan telefonnya sebelum menjamu selera. Satu suapan ke satu suapan sehingga la nasi habis. Qaireen bangun dari kerusi. Mahu membasuh tangan. Seusai berbuat demikian, Qaireen kembali ke meja tempat dia makan tadi. Dia habiskan air yang tersisa lalu pergi ke kauter.

"Semua 10 ringgit." Qaireen mengeluarkan 10 ringgit dari poket seluarnya.

Qaireen berjalan ke kereta kesayangannya. Dia terus masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju. Tangan yang memegang streng kereta bergetar hebat. Selama dia hidup 20 tahun tak pernah lagi tangan dia bergetar setara ini. Qaireen terus memandu sehingga dia tiba di rumah.

"Assalamualaikum," laung Qaireen dari luar. Pintu utama dibuka. Kaki menapak masuk ke dalam rumah.

Qaireen terus naik ke tingkat atas. Pintu biliknya ditolak. Jasmine yang sedang mengeringkan rambut terkejut dengan kehadiran dia.

"Reen kenapa ni?" tanya Jasmine. Tangan Qaireen yang bergetar dipegang.

"Dia datang balik Min," kata Qaireen. Jasmine sudah tahu siapa 'dia' yang dimaksudkan Qaireen. Terus dia memeluk tubuh Qaireen.

Aku ada Reen

Mi Bailarina


"Jom, kita kena latihan dulu sebelum esok," ajak Naura. Esok dah kena busking. Semua berdiri di tempat yang disusun dan memandang cermin satah besar di depan.

Setelah latihan menari, tes menyanyi pula. Ni belum jadi idol lagi. Pelatih yang akan memeriksa suara masing-masing. Kerana semua sudah siap, jadi semua dibenarkan pulang.Semua pandang Naura. Sebab harini semua tumpang kereta Naura.

Naura berjalan keluar dari ruangan berlatih dan menuju tingkat paling bawah iaitu tempat dia letak kereta. Semua hairan.

"Lambat aku tinggal," laung Naura di tangga. Semua bergegas turun ke tingkat bawah. Enjin kereta dihidupkan apabila semua sudah masuk kereta. Hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari KZR Entertaiment ke rumah mereka.

"Semua pergi mandi lepastu turun makan. Siapa lambat tak boleh makan." Kalau yang lain sibuk pergi mandi, dia sibuk memasak.

"Min aku masuk dulu." Qaireen terus berlari anak ke bilik mandi. Jasmine hanya menggeleng kepala melihat kelakuan kawannya yang termuda. Jasmine turun kembali ke bawah.

"Min, kau dah mandi ke?" tanya Naura yang sedang memasak.

"Tak lagi, Qaireen tengah mandi, sementara tunggu dia mandi baik aku tolong kau masak." Jasmine membuka peti ais. Tomato diambil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mi Bailarina [OG]Where stories live. Discover now