Qaireen menuruni tangga ke tingkat bawah. Harini dia kena pergi university, biasanya kelas online je.
"Reen pergi university ke harini?" tanya Jasmine yang tadi menonton televisyen.
"Yep, bila audisi untuk jadi idol?" soal Qaireen.
"Tak tahu lagi, nanti dia cakap balik. Ramai orang masa nak hantar borang haritu, lebih kurang 100 orang beratur,"
"Banyak pesaing," gurau Qaireen. "Aku pergi dulu ye." Qaireen terus memboloskan diri ke dalam Kereta Lamborghini Ravueltor.
Mi Bailarina
Kaizen berjalan masuk ke dalam bangunan KZR Entertaiment. Pejabat abangnya dituju. Kenapalah buat pejabat abangnya di tingkat atas sekali, malasnya nak naik lif. Kaizen masuk ke dalam lif VIP menggunakan password tertentu. Kaki menapak keluar dari lif. Lalu pergi pejabat abangnya.
"Masuk," laung suara garau dari dalam pejabat.
Tenang Kaizen masuk ke dalam pejabat Zeno.
"Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba datang kenapa?" tanya Zeno. Sedikit terkejut melihat kehadiran adiknya.
"Saja," jawab Kaizen. Kerusi di kosong di depan abangnya diduduk.
"Aku akan kerja bawah kau semula," ujar Kaizen tiba-tiba. Zeno yang tengah minum kopi tersedak mendengarnya.
"Betul ke?" tanya Zeno meminta kepastian.
"Ye,"
"Kenapa tiba-tiba?"
"Entahlah,"
"Masuk bila?"
"Nanti audisi pertama mula," jawab Kaizen.
"Ikut kaulah, kalau tiada apa-apa boleh keluar." Zeno kembali memandang komputernya yang bercahaya. Kaizen keluar dari pejabat Zeno. Sebelum keluar dia meletakkan sekeping kertas di atas meja abangnya.
Zeno pandang kerusi kosong yang tadi diduduk oleh adiknya. Di hujung mejanya ada sekeping kertas. Zeno ambil lalu dibaca.
passoword lif tu tak tukar-tukar lagi ke? birthday sendiri je, menyampah
-K41-Mi Bailarina
Jam tangan dikerling sekilas. Laju kaki melangkah ke tempat kereta. Qaireen terus masuk ke dalam perut kereta. Harini ada satu kelas saja, selebihnya online. Kereta yang dipandu Qaireen bergerak laju di atas jalan raya.
Setelah letak keretanya di dalam garage yang disediakan. Qaireen menapak masuk ke dalam rumah. Kunci kereta disangkut di tepi pintu utama. Qaireen naik tangga ke tingkat atas untuk ke bilik tidurnya bersama Jasmine. Bilik mandi dituju, mahu membersihkan diri. Selepas ini dia kena pergi berlatih menari pula.
Selepas menunaikan solat Zohor, Qaireen mengambil telefonnya yang berada di atas katil. Nombor Jasmine didail.
"Assalamualaikum Min, tolong cakap dekat pelatih yang aku datang harini tapi lambat sikit," kata Qaireen melalui telefon.
"Okay." Belum sempat Qaireen membalas Jasmine menutup panggilan. Telekung yang tadi digunakan dilipat dan diletakkan di dalam almari.
YOU ARE READING
Mi Bailarina [OG]
FantasyQaireen Adel bercita-cita ingin menjadi idol, namun Karina iaitu mamanya tidak membenarkan dia untuk menjadi idol sehingga dia dihalau keluar rumah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hidup Qaireen tiada hala tuju sehingga sepasang sua...