BAB 08

43 7 0
                                    

"Sudahlah, janganlah menangis. Bukannya abang tak balik pun." Syafiq bersuara lembut kepada Bunga yang duduk di birai katil, matanya memerhati abang sulungnya yang sedang berkemas.

"Ala, Bunga ni bukan nangis sebab rindu abang... Dia takut nak pergi rumah Mak Long." Fakhrul mencelah dengan senyuman nakal.

Bunga mengetap bibir geram, lalu mencubit lengan abang bongsunya sekilas.

"Aduh! Sakitlah. Abang, tengok Bunga ni." Fakhrul merungut, memandang Syafiq seolah-olah mengharapkan pembelaan.

Syafiq tertawa kecil, cepat-cepat memegang tangan Bunga agar dia tidak meneruskan cubitan itu.

"Jangan macam tu dengan abang." tegurnya lembut. Bunga memuncungkan bibir.

"Nanti Bunga rindu abang macam mana?" Rengeknya manja. Fakhrul sudah membuat muka meluat, manakala Zambri hanya tersenyum kecil memerhatikan gelagat dua adiknya.

"Nanti abang kirim surat cinta untuk Bunga." Syafiq bergurau sambil tersenyum, cuba menceriakan Bunga.

Bunga pantas menggeleng kepala.

"Tak nak surat, Bunga nak abang!"

"Ish, kau ni mengada-ngada! Meh sini, biar aku hantar kau balik ke tempat asal kau... Tong sampah." usik Fakhrul sambil menarik tangan Bunga.

"Eeee, abang! Tengoklah dia ni!" Bunga terus menangis teresak-esak. Air mata yang cuba ditahan akhirnya tumpah juga dek gurauan kasar Fakhrul.

Fakhrul ketawa terbahak-bahak melihat dua abangnya cuba memujuk Bunga yang kini teresak-esak tak ingat dunia.

"Fakhrul, janganlah buat adik macam tu." Syafiq menegur dengan lirikan tajam.

"Asyik nak buat dia nangis je, nanti dia dah kat rumah Mak Long, sunyi lah hidup kau." Zambri menyampuk sambil tersenyum sinis.

Fakhrul terdiam, perlahan-lahan memandang wajah Bunga yang masih dalam pelukan Zambri. Bunga menjelir lidah, diiringi tangisnya yang kini berbaur sindiran 'padan muka kau!'

Fakhrul menjeling, malas mahu memperpanjangkan keadaan. Kalau diusik lebih, makin menjadi tangisan budak tu nanti.


---



"Dah lama ke kenal Althea?" Tanya Maya dingin. Khairul jadi serba salah, tak tentu arah berhadapan dengan gadis itu yang garangnya seperti harimau, macam nak terkam dia saja.

"Saya orang pertama yang Fatima jumpa masa di uni. I'm her best friend." Khairul tersenyum lebar, sedangkan Althea yang menjadi orang tengah ketika itu hanya diam. Tak terfikir langsung yang lelaki ceria seperti Khairul boleh bertembung dengan perempuan sedingin Maya.

Maya mendecit kecil, bibirnya terukir sinis.

"Fatima, Fatima. Panggil Althea aje lah, senang." Ujarnya kasar, seolah-olah tak selesa mendengar nama kedua Althea disebut.

"Apa salahnya saya panggil dia Fatima? Itu kan nama dia juga. Lagipun, it was a great name borne by a great woman, Puteri bongsu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam." Khairul menjawab penuh yakin.

Maya menjeling ke samping, seraya mengambil gelas di hadapannya lalu meneguk air sekilas, jelas menunjukkan dia rimas berbual dengan Khairul.

"Aku nak keluar dulu. Kalau mama kau dah sampai, call aku."

Maya berdiri dan mencapai beg tangannya, bersiap untuk pergi.

Althea terpinga-pinga. Maya baru saja datang, punggung pun tak sempat panas lagi. Hilang mood sangat ke bila bercakap dengan Khairul?

"Cepatnya nak balik." kata Althea, serba salah. Maya menarik nafas panjang.

"Tak selesa lah ada orang baru... Bye, see you." Ucapnya pendek sebelum melangkah keluar.

Althea termenung panjang melihat pintu yang tertutup rapat. Haruman Maya masih berlegar di ruangan itu, tetapi kelibatnya sudah hilang secepat kilat.

"Kenapa dengan dia tu? Mood swing je dari tadi." Aneh Khairul.

Althea memandang sekilas sebelum bersandar ke sofa. Nafasnya dihela perlahan, menunjukkan dia sudah lelah menjelaskan tentang Maya.

"Dia memang macam tu. Harap awak tak ambil hati." kata Althea ringkas.

Khairul mengangguk faham, sebelum pandangan penuh risau dialihkan pada Althea.

"Cuba angkat lengan baju awak, nak tengok." Pinta Khairul perlahan. Althea menggeleng, enggan.

Khairul menjeling dengan wajah tegasnya.

"Angkat je lah, bukannya saya nak apa-apa pun. Saya risau keadaan awak." Ulangnya sekali lagi. Althea akhirnya mengalah, lalu menarik lengan bajunya hingga menampakkan kulit yang penuh dengan ruam kemerahan. Khairul menelan air liur, makin gerun melihat penyakit yang dihadapi Althea.

"Makin banyak ni. Awak minum ubat ikut masa tak?" Tanyanya, penuh risau.

"Mestilah ikut masa. Tak hidu ke bau mulut saya ni dah bau ubat-ubatan? Saya sendiri pun pening." keluhnya.

Khairul menggeleng kepala, pasrah. Dia menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan sebotol krim.

"Ni ubat saya dapat dari farmasi tempat saya kerja. Baik untuk ruam macam ni. Pakai consistent, insyaAllah sembuh." katanya sambil tersenyum, matanya merenung wajah lesu Althea.

"Terima kasih. Sejak kenal awak, saya rasa macam banyak menyusahkan awak je." kata Althea sambil ketawa kecil untuk meredakan kekok di antara mereka, tanganya menyambut krim itu.

"Saya tak tolong ikhlas, tau." Khairul berpeluk tubuh, bibirnya tersenyum kecil.

Althea menoleh dengan wajah hairan.

"Maksud awak?"

"Balaslah perasaan saya. Ingat saya suka ke main kejar-kejar macam ni?"

Kata-kata itu mengundang tawa di bibir Althea. Merah wajahnya menahan malu. Lelaki ini tak pernah lelah memujuknya agar cintanya diterima.

"Khai, saya dah cakap... Saya dah ada someone." Jawab Althea jujur, tak mahu memberi harapan palsu pada Khairul. Baginya, berterus terang lebih baik daripada menjaga hati lelaki itu.

Khairul mendengus halus.

"Perempuan, selagi belum berkahwin, dia ada hak untuk memilih, tau? I told you, selagi Syafiq belum jabat tangan ayah awak depan tok kadi, jangan yakin sangat yang dia akan jadi suami awak. Hati orang boleh berubah."

Pedas kata-kata Khairul, tapi ada benarnya juga. Hubungannya dengan Syafiq masih di tahap awal, kedua-duanya pun sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dan dalam keadaan dirinya sekarang, Althea belum pasti kalau Syafiq masih mampu menerimanya.

"Maksudnya, saya tak perlu lah terima cinta awak?" Balas Althea, cuba mengusir keraguan yang bermain di hatinya ketika itu.

Dahi Khairul berkerut.

"Kenapa pula?"

"Sebab awak kata tadi, hati orang boleh berubah." kata Althea sambil tersenyum kecil.

"Memang betul. Sebab tu saya cakap awal-awal yang saya suka awak. Saya buat yang terbaik untuk awak sebab bila-bila masa Allah boleh tarik perasaan cinta tu. Lainlah kalau awak dah terima cinta saya, masa tu juga saya akan doa supaya Allah tetapkan hati saya hanya untuk Althea Fatima seorang je." ujar Khairul, bangga.

Althea ketawa kecil, lalu bangun dari tempatnya duduk.

"Nak makan apa-apa tak?" Tanya Althea.

"Bring me anything. I'll appreciate it with love." jawab Khairul selamba, membuatkan Althea geli hati. Dia spontan mengambil beberapa bantal sofa dan mencampak ke arah Khairul.

"Stop with your sweet words." Althea menjeling sebelum melangkah ke dapur.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Yang Ku Nanti (OG)Where stories live. Discover now