Bab 07

60 7 0
                                    

Syafiq mengerling skrin telefonnya yang sepi, menanti penuh harap akan panggilan atau mesej daripada Althea. Dia merindui gadis itu, namun sejak seminggu kebelakangan ini, dia perasan ada sesuatu yang berbeza. Althea seakan-akan cuba menjauhkan diri atau sengaja mencipta jarak dengannya.

"My dad and mum are coming." ujar Maya lembut sebaik sahaja tiba di ruang tamu tempat Syafiq menunggu.

Syafiq pantas menoleh sebelum bangkit berdiri. Senyuman lebar menghiasi wajahnya apabila ibu bapa Maya menyambutnya dengan mesra.

"How are you, Syafiq?" tegur Puan Aini ramah.

"Alhamdulillah, sihat, auntie. Auntie sihat?"

"Alhamdulillah, everything is well." jawabnya sambil tersenyum sebelum duduk. Kini, ayah Maya, Encik Zamarul, pula menumpukan perhatian pada Syafiq. Seketika, dia melirik ke arah wajah Maya yang berseri-seri, hatinya yakin anak perempuannya telah jatuh hati pada lelaki ini.

"Maya banyak cerita tentang awak. Dia juga beritahu kami yang awak selamatkan dia waktu kemalangan setahun lalu. Terima kasih banyak-banyak." ucap Encik Zamarul penuh syukur.

Puan Aini mengangguk tanda setuju.

"Betul tu, Syafiq. Kalau tak sebab kamu, mungkin kami sudah kehilangan anak kami satu-satunya. Kami tak tahu macam mana nak balas budi awak." sambung Puan Aini, suaranya penuh rasa terima kasih.

Syafiq tersenyum segan, memandang wajah kedua-dua orang tua itu bergilir-gilir.

"Alhamdulillah, saya hanya bantu apa yang saya mampu, uncle, auntie. Semua ini atas kehendak Allah, saya cuma jadi perantaranya." jawab Syafiq dengan nada lembut. Maya sempat mencuri pandang ke arahnya sebelum tunduk, menahan senyum.

"I'm sorry, Althea. best woman win." desis Maya dalam hati.

"Maya bagitahu uncle yang awak sedang tunggu keputusan permohonan latihan PASKAL. Dah lama ke tunggu?" tanya Encik Zamarul dengan penuh minat.

Syafiq mengangguk perlahan.

"Dah lima bulan saya tunggu, uncle. Tapi sampai sekarang, masih belum ada panggilan lagi. Mungkin belum rezeki kot." jawab Syafiq, cuba menguntum senyum walaupun jelas ada kesedihan yang cuba disembunyikan.

Encik Zamarul mengangguk penuh pengertian.

"InsyaAllah, kalau dah tertulis rezeki kamu, pasti ia akan diterima. Banyakkan doa." nasihatnya sambil tersenyum.

Syafiq hanya mampu membalas senyuman lelaki berusia itu. Bagaimanapun fikirannya sudah pergi jauh, kembali memikirkan Althea. Hatinya masih gelisah mengenangkan gadis itu yang mengabaikan segala panggilan dan mesej daripadanya.

"Kenapa?" bisik Maya, risau melihat wajah Syafiq yang resah.

Syafiq memerhati sejenak ke arah Encik Zamarul dan Puan Aini yang sedang berbual sesama sendiri sebelum dia menjawab perlahan.

"Althea ada mesej awak?" tanyanya dengan keraguan.

Maya menggeleng perlahan. "Tak ada, kenapa?"

"Dah lebih seminggu dia tak bagi khabar. Saya risau." luah Syafiq, suaranya hampir tenggelam.

Maya menahan sesak di dada, mengawal perasaannya yang mula diselubungi rasa cemburu.

"You nak I jumpa dia ke?" tanya Maya, suaranya sarat dengan harapan.

Syafiq sedikit terkejut, keningnya berkerut.

"Jumpa? Maksud awak?"

"I can fly to Russia to meet her, for you." ujar Maya, matanya bersinar, penuh harapan.

Kau Yang Ku Nanti (OG)Where stories live. Discover now