ℂ𝕙𝕒𝕡𝕥𝕖𝕣 1 : 𝐁𝐞𝐭𝐰𝐞𝐞𝐧 𝐌𝐲𝐭𝐡 & 𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐲

0 0 0
                                    


      Sinar matahari pagi menembusi tirai tingkap pejabat Sophea, memancarkan cahaya samar ke dalam ruang makmal. Bau antiseptik yang segar memenuhi udara, bercampur dengan aroma kertas jurnal dan peralatan elektronik yang aktif. Di sekelilingnya, rak-rak dipenuhi dengan spesimen dan buku-buku tentang hidupan mitos—semuanya tersusun rapi, seperti minda Sophea yang sentiasa teratur.

Sophea duduk di meja kerjanya, mata fokus pada beberapa gambar makhluk mitos yang terpampang di skrin komputer. Terdapat gambar elf dengan telinga panjang dan mata bercahaya, siren yang mempesona dengan rambut berombak dan mata berwarna emerald, serta makhluk-makhluk lain yang hanya wujud dalam legenda, tetapi bagi Sophea, ia lebih daripada sekadar mitos.

“Hidupan seperti ini mungkin wujud di luar sana, cuma sains belum temui cara untuk membuktikannya,” bisik Sophea sambil menaip nota kajiannya. Mitos selalu menjadi minat utamanya, seolah-olah ada sesuatu yang mendekatkannya dengan makhluk-makhluk itu—sesuatu yang dia sendiri tidak dapat jelaskan.

Pintu makmal terbuka tiba-tiba, mengejutkan Sophea dari lamunannya.
“Yo, pagi beb. Dah start kerja tanpa aku lagi, eh?”

Sophea mendongak dan tersenyum nipis. Kang Jaemin, kawan baiknya sejak zaman universiti, melangkah masuk dengan wajah selamba dan senyuman nakal. Seperti biasa, Jaemin memakai hoodie lusuh dan sneakers lama, kelihatan santai walaupun dalam persekitaran formal makmal.

"Macam biasalah, kau lambat," jawab Sophea dengan nada bergurau, sambil menyilangkan tangan.
“Bukan lambat, cuma tahu bila nak masuk waktu yang tepat,” balas Jaemin dengan selamba sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah Sophea. “So, hari ni kau kaji apa lagi? Elf? Siren? Atau  pulak?”

Sophea ketawa kecil dan menunjukkan beberapa gambar di skrin. “Siren. Aku cuba cari pattern kalau-kalau ada kaitan antara mitos ni dengan spesies laut dalam.”

Jaemin mencebik dengan penuh minat, matanya tertumpu pada gambar-gambar tersebut. "Kau tahu, makin hari makin pelik je research kau ni. Tapi aku suka. Macam kita betul-betul sedang bersiap sedia untuk jumpa makhluk-makhluk tu satu hari nanti.”

Sophea tersenyum nipis, tapi ada sesuatu di dalam dirinya terasa kosong. "Entahlah. Kadang-kadang aku rasa macam aku... kenal diorang. Pelik, kan?"

Jaemin memandangnya dengan penuh perhatian. "Pelik ke? Mungkin kau lahir untuk buat semua ni. Sebab tu kau minat gila dari dulu."

Sophea hanya menggeleng sambil menghela nafas perlahan. Walaupun kata-kata Jaemin seperti bergurau, ada kebenaran di sebaliknya yang dia tak mampu nafikan. Dia memang terasa seperti dipanggil untuk mendalami misteri makhluk-makhluk mitos ini.












---

Jaemin membantu Sophea menyiapkan beberapa ujian di makmal. Mereka bekerja bersama dengan lancar, berkongsi cerita dan ketawa sepanjang hari. Di atas meja kerja, terdapat pelbagai spesimen untuk dikaji—tulang haiwan misteri, sisa biologi laut, dan buku lama tentang mitologi Yunani.

“Aku tak faham satu benda,” kata Jaemin sambil memeriksa sampel darah di bawah mikroskop. “Kenapa semua cerita mitos tu ada elemen yang serupa—manusia yang jadi makhluk lain? Macam sumpahan.”

Sophea terhenti seketika, memandang Jaemin dengan kening berkerut. "Itulah persoalan yang aku cuba jawab. Kenapa semua mitos ada persamaan? Kenapa semuanya macam ada unsur transformasi?"

Sebelum Jaemin sempat menjawab, telefon Sophea bergetar di atas meja. Dia mengerling ke arah skrin—mesej daripada ketua makmalnya, Profesor Lee, meminta dia hadir ke mesyuarat tergempar petang itu.

“Mesyuarat lagi?” rungut Sophea sambil mematikan telefon.
“Kau tau kan, ketua makmal tak pernah berhenti cari alasan untuk buat meeting,” jawab Jaemin, ketawa kecil.

Sophea menghela nafas panjang. "Aku pergi dulu. Nanti kita sambung."

Jaemin mengangkat tangan, memberi isyarat selamat jalan. “Jangan lupa ajak aku minum kopi lepas meeting. Jangan tinggalkan aku kat makmal ni sorang-sorang.”

Sophea hanya tersenyum sebelum melangkah keluar dari makmal. Namun, fikirannya terus menerawang kepada persoalan-persoalan pelik tentang makhluk mitos dan impian yang menghantui malamnya. Semakin dia mendalami kajian ini, semakin banyak tanda tanya yang muncul—seolah-olah masa lalunya yang hilang perlahan-lahan cuba merangkak kembali.
















———————————————————————

Ape yang aku buat ni😞

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐢𝐯𝐢𝐧𝐞 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭𝐬 - 𝐵𝑇𝑆 [OG]Where stories live. Discover now