Tidak terasa sudah satu tahun Cai bekerja sebagai babysitter di rumah Puan Kezia.Dia juga sudah terlalu hafal akan segala kerenah Firash. Lebih lebih lagi Tuan Carl yang handsome itu.Semakin lama berada di rumah itu,semakin dalam dia jatuh pada pesona seorang Carl Nathaniel.
“Awak nak pergi mana ni?" Carl melihat Cai yang menggandeng tangan Firash.
Carl sudah tidak 'berkau aku' dengan Cai.Mungkin sebab panggilan itu terlalu kasar kot.
“Saya nak bawa Firash pergi pantai.Kitorang nak healing tepi pantai." Jawabnya santai.
“Nak healing? Korang pergi dengan siapa?" Dia risaukan keselamatan keduanya.
“Naik grab jelah." Dah kenapa pulak Tuan dia yang seorang ni.
“Naik grab? Habis tu,apa fungsi saya dalam rumah ni?" Kalau suruh dia hantar,tak ada masalah pun.
“Saya tak nak susahkan Tuan.Tak apalah,saya tak jadi bawa Firash pergi pantai." Dia mula melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah.
“Cakap sikit,nak merajuk.Tak payah nak merajuklah." Satu hal pulak nak kena pujuk ni.
“Mana ada merajuk.Saya masuk dalam dululah."
“Sorry sebab marah marah awak.Saya risaukan keselamatan korang tau.Bukan saya sengaja pun nak marah macam ni." Kalau hilang,dia yang susah nak cari.
“Bukan salah Tuan pun.Salah saya jugak tak minta kebenaran tadi."
“Tak payah nak salahkan diri sendiri."
“Hmm sorry."
“Saya maafkan awak.Dah pergi masuk kereta saya.Saya hantar pergi pantai."
Sejak bila seorang Carl jadi baik ni.Mesti ada something yang tak kena dengan dia.“Tak payahlah Tuan.Buat susah susah je."
“Masuk jelah cepat.Saya dukung kang,baru tahu." Ugutnya sambil menyembunyikan senyum.
“Main ugut orang pulak Tuan ni." Bencilah macam ni.
“Berdiri lagi dekat sini,saya betul betul dukung."
“Yelah saya masuk kereta." Bahaya betul berada di sekitar Carl ni.
“Dengar cakap boss awak ni."
Angin pantai membuat Cai rasa lebih tenang.Segala masalah yang ada di kepala,perlahan lahan mula menghilang.
“Seronoknya tengok orang tu healing tepi pantai."
“Biarlah saya nak healing ke apa.Tuan pergilah jauh sikit dari saya.Saya nak bersendirian ni." Dia duduk di bawah pokok kelapa sambil menikmati angin pantai.
“Halau orang pulak.Saya dah baik hantar awak pergi sini,ucap terima kasih pun tak." Dia tidak berpuas hati.
“Terima kasih Tuan Carl yang handsome." Mengada betullah Tuan dia ni.
“Ha macam tulah." Dia mula melangkah untuk meninggalkan Cai sendirian di situ.
“Tuan duduklah dekat sini." Dia menepuk tempat duduk di sebelahnya.
“Bukan tadi halau saya ke?"
“Itukan tadi,sekarang tak halau dah." Dia tersengih macam kerang busuk.
“Kenapa ubah fikiran?"
“Sebab saya nak sembang dengan Tuan lah."
“Nak sembang pasal apa ni?" Soalnya lagi.Sesekali dia memerhati anaknya yang bermain pasir.Takut kalau budak tu hilang.
“Kalau saya tanya Tuan pasal something,jangan marah tau." Dah lama dia nak tahu benda ni.
“Ermm tengoklah nanti.Kalau soalan tu okey,saya pun okey." Jawabnya sambil berfikir.
“Kenapa Tuan bercerai dengan isteri Tuan?"
Carl terkedu dengan soalan itu. Banyak banyak soalan,soalan ni jugak Cai nak tanya.Perlu ke dia jawab atau biarlah hanya dia dan keluarganya sahaja yang tahu.
“Kenapa awak nak tahu pasal benda ni?"
“Sebab saya nak tahu semua tentang Tuan." Lebih tepatnya dia ingin mengenali Carl dengan lebih dalam lagi.
“Kalau nak tahu semua tentang saya,awak kena kahwin dengan sayalah."
“Ish main main pulak Tuan ni.Saya seriouslah Tuan."
“Mana ada saya main main." Dari wajahnya kelihatan dia tengah serious.
![](https://img.wattpad.com/cover/377127550-288-k70355.jpg)
YOU ARE READING
Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)
RomanceTidak pernah terbayangkan dalam hidup seorang Caisara bahawa dia akan menjadi seorang babysitter.Menjaga dan mengasuh anak kepada seorang duda.Kira beruntunglah jugak dapat pekerjaan ni.Pakej cuci mata sekali nampak duda handsome dan hot macam ni.Ka...