Kereta yang membawa Cai dan Firash,selamat sampai di lokasi shooting.Hari ini Cai memasak makanan kegemaran untuk Carl.Dia membawa Firash bersamanya untuk berjumpa dengan Carl.
Mereka masuk ke dalam dan melihat banyak pelakon pelakon terkenal sedang berehat dan mengisi perut masing-masing.Cai berharap sangat Carl gembira dengan makanan yang dibawanya.
Senyuman yang terbit di bibir Cai,tidak berlangsung lama apabila melihat Carl bersama seorang pelakon perempuan.Dia cuba untuk tersenyum walaupun menahan rasa cemburu.
“Awak buat apa dekat sini Cai? Firash pun ada sekali ni?" Carl tidak sangka mereka akan menemuinya di situ.
“Salah ke saya datang?" Salah dia ke sebab tak bagitahu Carl,dia nak datang sini.
“Saya tak cakap pun salah.Cuma saya terkejut jugaklah." Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
“Kalau awak tak suka saya datang,tak apalah.Saya datang bawa makanan untuk awak ni."
“Bawa makanan?" Carl dihuni rasa bersalah.Dia sudah berjanji ingin keluar lunch bersama Lara tadi.
“Ini makanan favourite awak tau.Bolehlah awak makan lepas ni."
“Carl siapa perempuan ni?" Lara menunjuk ke arah Cai.
“Dia babysitter.Nama dia Caisara Diandra." Jawab Carl.
“Ouh babysitter?" Dia memandang Cai dari atas hingga bawah.Pandangan yang seakan menghina.
“Cai sorry tau,saya tak dapat makan makanan yang awak bawa ni.Saya dah janji dengan Lara sebelum awak datang tadi." Dia tahu dia dah kecewakan Cai.
“Ouh faham." Cai mengangguk faham dengan sebuah senyuman palsu yang dia pamerkan.
“Jom Carl kita pergi lunch.Saya dah laparlah." Lara memegang perutnya.
“Saya keluar lunch dulu.Bye." Carl pergi melewati Cai dan Firash yang berdiri di situ."
“Mama sedih ke?" Firash memegang tangan Cai.
“Mama tak sedih pun sayang." Dia berpura-pura kuat di depan Firash.
“Eh Firash ada dekat sini?" Zafir mendukung Firash.
“Uncle dah makan ke belum? Mama ada bawa bekal ni."
“Awak nak makan ke? Tadi saya nak bagi bekal ni dekat Carl tapi dia keluar lunch dengan Lara." Cai menunjuk bekal yang dibawanya. Daripada makanan itu dibuang,baik dia bagi dekat Zafir.
“Rezeki sayalah ni nampaknya.Jom pergi taman belakang." Ajaknya sambil menggandeng tangan Firash.
“Okey jom." Ada juga orang yang sudi makan bekal yang Cai bawa.
Sambal udang itu cukup membuat Zafir terliur.Makanan ini favourite Carl dan juga Zafir.Zafir makan dengan penuh berselera.
“Sedapnya awak masak Cai.Rugi Carl tak makan bekal ni tadi."
“Terima kasih puji saya.Jarang tau orang nak puji masakan saya."
“Masakan sedap macam ni jarang orang puji? Tekak dia bermasalah tu kot." Sambungnya sambil menghabiskan sambal udang yang ada di dalam bekal.
“Tak baik tau cakap macam tu." Boleh pulak dia cakap tekak orang bermasalah.
“Betullah apa yang saya cakap.Tekak dia memang bermasalah."
“Memandai je awakkan." Cai menepuk dahinya.

YOU ARE READING
Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)
RomanceTidak pernah terbayangkan dalam hidup seorang Caisara bahawa dia akan menjadi seorang babysitter.Menjaga dan mengasuh anak kepada seorang duda.Kira beruntunglah jugak dapat pekerjaan ni.Pakej cuci mata sekali nampak duda handsome dan hot macam ni.Ka...