Jarum jam sudah menunjukkan pukul tujuh malam.Cepatnya masa berlalu hari ini.Cai masih berada di rumah Puan Kezia kerana Firash belum tidur.
“Firash kenapa tak tidur lagi ni?" Dia baring di sebelah Firash sambil mengusap kepalanya.
“Boleh tak Firash nak minta something?"
“Nak minta apa tu?" Kecil kecil dah pandai speaking.
“Firash nak Mama bacakan buku cerita untuk Firash."
“Boleh je." Dia mengambil buku cerita di atas meja.
“Betul ke ni Mama?" Tanya Firash seakan tidak percaya.
“Betullah sayang.Sebelum ni siapa yang selalu bacakan buku cerita untuk Firash?"
“Sebelum ni Papa yang bacakan.Itupun jarang sebab Papa selalu busy kerja." Katanya dengan satu keluhan berat.
“Mama bacakan buku ni untuk Firash eh?" Dia mula membuka satu persatu helaian buku cerita itu.
Firash hanya mendengar setiap cerita yang di baca oleh Caisara.Perlahan lahan matanya mula memberat dan dia pun tertidur.
Caisara yang melihat Firash tertidur, meletakkan buku cerita itu di atas meja yang ada di tepi katil.Matanya juga ikut mengantuk melihat Firash tertidur.Dia mengambil tempat disebelah Firash dan tidak lama kemudian,dia pun masuk ke alam mimpi.
Carl yang baru sahaja menyiapkan kerjanya masuk ke dalam bilik Firash.Dia melihat Cai dan Firash tidur berpelukan.Dah macam Mama dengan anak.Senyuman terbit di bibir nya.
“Cai bangun." Tertidur pulak perempuan ni dekat bilik Firash.Kasihan pulak tengok perempuan ni.
“Tuan buat apa dekat sini? Sesuka hati je masuk dalam bilik saya." Dia masih tidak perasan yang dia ada di rumah Puan Kezia.
“Kau ingat aku berselera ke tengok kau.Kau bukan taste aku langsunglah." Jawabnya sinis sambil berpeluk tubuh.
“Habis tu,Tuan buat apa berdiri depan saya ni?"
“Aku bangunkan kau sebab sekarang ni dah malam.Kau tertidur dekat rumah family aku."
Cai baru tersedar.Dia menepuk dahinya perlahan.Buat malu jelah dia ni.
“Sorry saya tertidur tadi." Dia bangun dan mengambil barang-barangnya.
“Ni kau nak pergi mana pulak?"
“Saya nak balik rumah family sayalah.Takkan saya nak tidur dekat sini pulak."
“Ikut aku." Arahnya sambil keluar dari bilik Firash.
“Kenapa saya kena ikut Tuan pulak.Mesti Tuan nak culik sayakan?" Tuduhnya sambil menuruni anak tangga.
“Buat apa aku nak culik kau,bukan boleh buat apapun.Nak cakap cantik pun,kau biasa je aku tengok."
“Tuan nak cakap saya tak cantiklah ni.Sampai hati Tuan cakap saya macam tu."
“Tak payah nak mengada sangatlah.Cepat sikit,dah malam ni.Aku nak hantar kau balik." Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.
“Saya boleh balik sendirilah." Katanya sambil duduk di sebelah tempat memandu.
“Memanglah kau boleh balik sendiri tapi kau tu perempuan.Kalau apa apa jadi,aku yang salah tau." Jawabnya sambil memandu ke arah rumah Cai.
“Saya boleh jaga dirilah Tuan."
“Kau boleh jaga diri? Hari tu pun,kau cuai sampai tangan kena sup panas." Ejeknya sambil menyembunyikan senyum.
“Ni mesti nak perli sayakan?"
“Mana ada saya perli." Carl buat muka tak bersalah.
“Tak mengaku pulak.Jahatlah Tuan ni." Dia merajuk dan memandang ke luar.
“Jahat? Kalau aku jahat,aku takkan hantar kau balik.Biar kau kena culik."
Sepatutnya Cai berterima kasih dengan dia.“Yelah Tuan Carl yang baik." Malas dia nak bergaduh dengan orang macam ni.Dia tahu dia takkan menang.

YOU ARE READING
Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)
Storie d'amoreTidak pernah terbayangkan dalam hidup seorang Caisara bahawa dia akan menjadi seorang babysitter.Menjaga dan mengasuh anak kepada seorang duda.Kira beruntunglah jugak dapat pekerjaan ni.Pakej cuci mata sekali nampak duda handsome dan hot macam ni.Ka...