Hari minggu berikutnya, setelah selesai mengemas rumah mereka, Hamdi dan Sarah memutuskan untuk menerokai kawasan kondominium mereka. Cuaca petang yang cerah dan nyaman menggamit mereka untuk keluar dari unit kondominium mereka untuk menikmati suasana luar.
Sarah mengenakan pakaian santai yang lebih moden – sehelai blouse putih dan seluar slack, menjadikannya kelihatan lebih bersahaja. Hamdi, mengenakan t-shirt dan seluar track, tampak ceria, teruja untuk menjelajah tempat baru.
"Jom kita pergi ke taman permainan tu! nampak macam menarik je," ajak Hamdi sambil menggenggam tangan Sarah. Dia menyedari bahawa Sarah semakin terbuka dan selesa dengan persekitaran baru ini, dan dia ingin menambah pengalaman itu dengan aktiviti santai.
Setibanya di taman, suasana tenang tetapi meriah. Beberapa penduduk kondominium kelihatan berehat santai, sementara ada yang sedang bersukan bersama anak kecil. Hamdi dapat melihat beberapa pasangan yang sudah mereka temui sebelumnya.
Di situ, dia terlihat Intan dan Reza berbual mesra bersama dua pasangan lain—Irma dan Man, serta satu lagi pasangan india yang belum pernah mereka kenal. Mereka kelihatan sangat akrab, nampak lebih mesra daripada sekadar hubungan biasa jiran atau kawan.
Hamdi perasan bagaimana Irma ketawa sambil menepuk bahu lelaki india itu, manakala Man pula berbual mesra dengan Intan sambil tersenyum manis. Sepintas lalu, ia kelihatan biasa, namun ada sesuatu yang membuatkan ia berasa janggal. Sentuhan-sentuhan kecil, cara pandangan mata mereka bertaut, seperti ada yang lebih daripada sekadar persahabatan.
Ketika Hamdi dan Sarah mendekati mereka, perbualan dalam kelompok itu terhenti seketika. Man tersenyum sambil melambai ke arah mereka.
"Hai, Hamdi, Sarah! Apa khabar? kenalkan ini Mel dan Vijay" sapa Man mesra sambil memperkenalkan pasangan baru itu kepada jirannya.
"Hi Hamdi, Saya Vijay..Sorry tak dapat jumpa you minggu lepas, kami tengah fly masa tu.." dengan ramah Vijay, dengan badannya yang tinggi dan tangan yang berbulu lebat, menghulurkan tangan berjabat mesra.
Mereka semua berkumpul menyambut kedatangan Hamdi dan Sarah dengan penuh keramahan, Hamdi dapat menangkap sejenak perubahan pada wajah mereka—seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
Irma dengan pantas merapatkan diri kepada Man, manakala Reza pula berdiri lebih dekat kepada Intan. Mel pula kelihatan sedikit tersipu-sipu, mengelak dari bertentang mata dengan Hamdi dan Sarah.
"Ada apa-apa rancangan menarik ke yang korang buat weekend ni?" tanya Hamdi sambil tersenyum, membuka bicara sambil cuba menyembunyikan perasaan ingin tahunya.
Reza ketawa kecil. "Tak ada apa-apa sangat. Kami biasanya cuma lepak-lepak, mungkin tengok filem atau main permainan kad bersama."
Sarah mengangguk, tersenyum ramah, sambil matanya melihat-lihat keadaan sekeliling taman permainan itu.
"Kalau macam tu, kami mungkin boleh ikut sekali," Hamdi berseloroh, namun dia sebenarnya ingin juga tahu apa yang sebenarnya berlaku, dan pada masa sama mahu lebih mengenali kejiranan nya itu.
"Boleh juga, kalau ada apa-apa kami akan panggil, makin ramai lagi meriah," jawab Vijay dengan senyuman kecil sambil memandang sosok tubuh Sarah yang di litupi dengan kemas dan rapi.
Perbualan berlangsung beberapa minit, sebelum Sarah menarik lengan Hamdi, mengisyaratkan ingin pulang ke rumah. Sudah hampir masuk waktu magrib, Hamdi mengganguk dan mengikut, sambil meminta diri untuk pulang.
Sebaik sahaja mereka sampai di depan pintu rumah, Sarah meluahkan kegusarannya.
"Awak rasa tak, mereka macam... lain macam," tanya Sarah dengan suara perlahan, hampir berbisik.
Hamdi menarik nafas panjang, "Ya, ke. Mungkin mereka dah kenal lama kot.. sebab tu rapat macam tu" cuba untuk tidak menimbulkan sebarang persepsi.
Sarah mengerutkan dahi. "Iya la, tak elok kita berprasangka kan. Mungkin mereka memang dah lama kenal."
####
Sementara itu di taman kondominium itu, kumpulan itu mula berbicara setelah Hamdi dan Sarah hilang dari pandangan. "Macam mana, nak ajak mereka masuk ke, Hamdi tu macam bertanya-tanya, ada syak something?" Vijay bersuara, memecahkan suasana.
"Tapi nampak macam susah je, isteri dia tu pun ustazah, mau kena tazkirah nanti" isterinya, Mel membalas.
"Alaa, Intan dulu pun bertudung labuh masa baru sampai, tengok sekarang macam mana, ketat bukan main" Man berseloroh sambil memegang punggung Intan. "Hamdi tu macam ok je, belajar oversea, maybe lebih open minded, mungkin boleh tarik dia dulu.." sambungnya lagi.
Reza memandang ke arah mereka dengan senyuman nakal. "Tetapi, bukankah itu juga menjadi cabaran? Jika kita berjaya menarik Hamdi masuk ke dalam kumpulan kita, mungkin Sarah akan ikut sekali. " ujarnya lagi, dia yang kelihatan berminat dengan Sarah setelah pertemuan pertama mereka merencana strategi.
Vijay mengangguk, merasakan idea itu sangat bagus dan dia juga tertarik dengan perwatakan Sarah yang ayu dan sedikit kekampungan itu dengan imej muslimahnya. "Bagaimana kalau kita buat undian? Siapa yang patut mendekati Hamdi dan memikatnya untuk menyertai komuniti kita?"
"Setuju! Mari kita buat undian sekarang!" Azman mencadangkan, penuh semangat. Mereka semua bersetuju dan segera mencatat nama mereka di atas kertas.
Setelah beberapa ketika, undian pun dilakukan. Hasilnya, Irma terpilih untuk menjadi orang yang bertanggungjawab memikat Hamdi. Ada keluhan di wajahnya, dan dia nampak seperti tidak puas hati. "Ala kena lagi, haritu dah kena dah"
Suaminya Man, memandang sambil berkata. "Kacang je sayang, Hamdi tu masa makan-makan aritu pun asyik usha you je."
"A'ah, Irma! Kau paling cantik disini, ayat sikit je, cair laa, senang je tuu," puji Mel.
Vijay menyokong. "A'ah Irma, kalau dia tak nak tak apa, tak perlu paksaan. Tapi kalau dia setuju, lagi lah ok, ramai sikit komuniti kita nanti" sambil mereka bergelak ketawa.
Mereka mula bergerak menuju ke rumah masing-masing, memandangkan matahari sudah pun tenggelam dan keadaan disitu sudah sedikit gelap, dan, Irma tersenyum, melangkah sambil memikirkan idea untuk memikat Hamdi, tanpa pengetahuan Sarah.
- bersambung -
YOU ARE READING
Perjalanan Hidupku
PrzygodoweKisah tentang pasangan yang baru di ijab kabul, dijodohkan oleh keluarga masing-masing dan memulakan hidup di ibu kota. Dengan latar belakang berbeza, mereka menjalani perkahwinan yang penuh cabaran, terutamanya selepas bertemu pasangan kejiranan b...