"Oh I have been waiting! Yang kat pintu tu mesti konco-konco kau kan? Nampaknya malam ni akan jadi tajuk utama berita for months. I'm so excited!" Raymond menyeringai kemudian laju dia ke pintu depan.
Nafas Maria melaju dan matanya mulai kabur. Darah yang sudah membasahi lantai menjadi punca. Perlahan matanya mulai pejam.
"Maria! Kau jangan berani nak pejam mata! Stay with me!" suara Hafiy yang separa berbisik itu buat Maria kembali membuka matanya.
Dia dapat rasai kehadiran Hafiy dibelakang dan melepaskan ikatan di tangannya.
"Jom! Tempat ni ada bom." Kata Hafiy dan dia mengendong Maria sambil dia membuat isyarat pada Theo untuk menangkap Raymond yang sedang berada di pintu.
Theo mengangguk namun belum sempat dia berbuat apa-apa, tiba-tiba seluruh rumah itu-
BOOM!
+++
Perjalanan dari tempat kejadian ke hospital ibarat satu penyeksaan bagi Maria. Kesedarannya makin hilang, telinga berdesing tanpa henti, badannya sakit dan pedih, dan tangan kanannya tidak dapat digerakkan lagi.
Am I going to die?
Is this the end?
Maria menarik nafasnya yang tersangkut.
Tok wan, papa, mummy, Ifah... Maria minta maaf. Maria tak dapat jadi anak, cucu dan kakak yang baik. I'm so sorry...
Perlahan mata Maria terpejam. Air matanya mengalir dan wajah Hui bermain di pandangannya.
Hui, aku minta maaf. Aku tak dapat bagi jawapan pada proposal kau. I'm sorry for not showing you how I really feel about you. Honestly, I really really love you. I regret for not being honest. I like your smile the most. You are like a light in my dark life. So when I die, please keep smiling and be happy.
+++
Hospital
Bilik Pembedahan
Suasana tegang di dalam ruang pembedahan ini dapat dirasai oleh semua jururawat dan doktor yang bertanggungjawab saat ini.
"Patient losing blood! BP drop!"
"Ask for more bag!"
"Oxygen drop!"
"Increase the saturation!"
"Cardiac arrest!"
"Prepare defibrillator!"
"Doctor!"
"200 volt!"
"400 volt!"
"500 volt"
+++
Wad VVIP
"Alhamdulillah pembedahan berjaya dan Maria sudah melepasi tempoh kritikal. Yang tinggal sekarang ini, adalah untuk dia sedar. Cuma, tentang tangan kanan dia-"
+++
Sejak Maria ditempatkan ke wad selepas pembedahan, Hui menjadi penunggu setia hospital ini. Tempat tidurnya adalah sofa di wad VVIP itu, bilik mandi nya di tandas di luar koridor VVIP, dan makannya di cafeteria hospital.
Rutin harian Hui hampir sama - Celik mata, mandi, solat subuh, sarapan di cafeteria, duduk di sisi katil Maria, solat zuhur, makan tengah hari di cafeteria, duduk di sisi katil Maria, solat asar, duduk di sisi katil Maria, mandi, solat Maghrib, baca Yasin, solat hajat, solat isyak, duduk di katil Maria sehingga dia mengantuk dan tidur di sofa - dan begitulah seterusnya, selama lima hari.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Maria Anne ✅
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...