Langkah Aiman tiba-tiba saja terhenti apabila si kecil menarik-narik hujung seluar jeans miliknya.Aiman berpaling ke arah bawah,Hud yang comel itu seboleh-bolehnya mahu didukung oleh Aiman.Bapa saudara yang sangat baik dan tidak pernah penat melayan segala keinginan anak-anak buah.
"Hud...Hud" Aiman merendahkan tubuhnya dan mendukung Hud.Hud tersenyum lebar.
"Nak ikut Pak Long ke hm?" Aiman mengusap kepala si kecil sambil tersenyum.Hud menganggukkan kepalanya laju.Usia baru 3 tahun namun kebijaksanaan Hud kadang kala memeningkan kepala Aiman.
"Okay jom!" Aiman membawa anak buahnya ke kenderaan miliknya.Tubuh kecil itu dimasukkan ke dalam kereta di kerusi penumpang.Pintu di tutup.
"Abang Aiman!" Jerit Ainul dari pintu.Aiman menoleh
"Apa?"
"Abang nak bawa Hud pergi mana?Hud tak makan lagi"
"Ala kejap lah.Dia nak ikut Abang pergi bandar" Aiman menapak ke arah pintu di sebelah pemandu.Ainul menganggukkan kepala saja.Kalau tak beri pun,Aiman akan bawa juga.
"Ainul nak kirim buah naga!" Jerit Ainul lagi.Aiman yang baru saja mahu menarik pintu kereta kini terus berpaling.
"Apahal jerit jerit ni hah? Cakap aje lah nak kirim" Jeling Aiman.Aiman melangkah masuk ke dalam kereta.
Ainul mencebik.Karang kalau cakap perlahan tak dengar pula?Ainul kembali masuk ke dalam rumah semula. Kenderaan yang di pandu oleh Aiman kini meluncur keluar dari perkarangan rumah kampung milik Pakcik Ahmad.
"Abang Aiman ke mana?" Soal Irvan yang baharu saja keluar dari bilik tidur.Terhenti langkah Ainul hendak ke dapur.
"Oh Abang Aiman pergi bandar dengan Hud"
"Hmm..Tu Medina dah tidur.Abang nak ke madrasah sekejap ya?Abang nak jumpa Ayah" Tutur Irvan.Ainul menganggukkan kepala dan menarik telapak tangan suaminya.Ainul mengucup lembut tangan Irvan.
"Jangan balik lewat tau.Nanti tak ada siapa nak tengokkan diaorang"
"Ya sayang.Sebelum maghrib,Abang balik ya?" Irvan tersenyum sebaris sebelum mengucup dahi Ainul.Terus memerah wajah Ainul.
Irvan melangkah keluar dari rumah dan berlalu pergi.Ainul kembali melangkah ke arah dapur untuk membantu Makcik Zaiton untuk memasak makan petang.
Sedang sibuk Aiman mendukung Hud di kedai mainan.Kini pandangannya beralih ke arah mainan kanak-kanak perempuan.Kalau dah belikan untuk Hud pasti perlu belikan untuk Medina.Aiman menapak ke arah permainan kanak-kanak perempuan.Pink!
"Mana satu yang Medina suka ya?" Aiman membelek belek patung bayi.Terkebil-kebil mata Hud melihat bapa saudaranya.
"Ya Encik?Encik cari apa?"Datang suara pekerja wanita dari arah kanan Aiman.Aiman berpaling dan tersenyum.
"Er..Saya cari mainan untuk anak buah saya.Perempuan.Tapi saya tak tahu dia suka yang mana"Aiman menayangkan wajah selamba nya.Pekerja wanita itu tersenyum sebelum mencapai mainan memasak dan di hulur pada Aiman.
"Ini mainan yang selalu kanak-kanak perempuan main.Tapi ada lagi yang lain,kalau Encik nak tengok-tengok dulu pun boleh."
"Oh sa.."
Buk! Lengan Aiman ditolak kasar dari belakang.Hampir saja terlepas dukungannya.Kepala laju di tolehkan ke arah gadis yang merempuh lengannya tadi.Gadis bertudung itu berlalu pergi meninggalkan kawasan mainan kanak-kanak.Mengecil mata Aiman melihat.
"Encik?" Panggil pekerja wanita.
"Sekejap ya." Aiman menapak mengikut langkah gadis tadi.Hud hanya diam dalam dukungan bapa saudaranya itu.Patung dinosaur di peluk erat.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK NUH AIMAN
RomanceMereka tidak pernah bercinta atau menanamkan perasaan.Namun kerana satu insiden di antara mereka,kisah di antara mereka bermula. "Bukan urusan kau.Dan aku tak kenal kau!" "Kalau kau tak kenal aku kenapa kau berhenti waktu aku panggil kau?Kau cakap a...