BAB 04

18 3 0
                                    

"Macam mana aku nak dapatkan info tentang dia?" Soal Marsya pada Bella.Rakan sekerjanya.Bella,gadis yang tidak bertudung dan bersikap lebih polos dan licik dari Marsya.

Jika Marsya dalam kesusahan,Bella lah orang yang akan menjadi pendengar sekaligus membantu Marsya walaupun segala idea dicurahkan semuanya tidak masuk akal.
Bella mengukir senyuman nipis.

"Bertahun-tahun kau bersama Najmi,tiba-tiba kau tukar cita rasa nak ke mamat yang terlanggar kau tu aje?" Soal Bella pada Marsya.Seketika Marsya terdiam dan mengetap rahang.

"Ak..Aku dah bosan dengan Najmi!"

"Tapi kauorang dah nak kahwin.Tak ke nanti jadi isu besar kalau tiba-tiba kau sukakan lelaki lain?"

"Lepastu?Kira okay lah aku nak batalkan semua ni sebelum aku jadi isteri dia.Kalau aku dah jadi isteri dia nanti?Makan pasir."

Marysa mencebik.Kedua tangan di silangkan paras dada.
Bella melepaskan nafas berat.Tubuh di sandarkan.

"Kau nak aku buat apa?"

"Cari dia.AKu cuma nak tahu di mana tempat tinggal dia.Dan paling penting apa hubungan dia dan Irvan."

"Wait..wait.Irvan?Ex crush kau yang kau pernah katakan 3 tahun lepas?"Seketika Bella tercengang selepas menyoal Marsya.Marsya mengangguk perlahan.

Senanglah kalau Bella sudah tahu.Pasti mudah untuk Marsya mendapatkan segala info tentang lelaki kacak itu.

"Esok aku carikan info." Bella bangun dari duduknya dan melangkah ke pintu utama rumah kondo milik Marsya.Baharu saja Bella menarik pintu untuk melangkah keluar.

Tiba-tiba wajah Najmi menjelma.Bella terkedu dan membeku.Marsya yang berada di sofa ruang tamu kini berpaling ke arah Najmi.Najmi mengukir senyuman misteri dan terselit pandangan tajam pada Marsya di dalam.Ke mana Marsya mahu larikan diri?

"Aku nak jumpa Marsya." Najmi mengalihkan pandangannya ke arah Bella.

"Tak boleh!" Bella mengundur dan terus menutup pintu semula.Pintu dikunci.

Tok tok tok!!
Pintu diketuk kuat berkali-kali.Bella terus mengundur dan mendekati Marsya.Wajah Marsya mula cemas apabila mendengar ketukkan pintu itu sangat kuat.Aura NAjmi kali ini lain,lain sangat.Seakan lelaki obsesif yang mahukan seorang wanita menjadi miliknya.

"Bella.."

"Jangan risau,semua akan selamat.Pengawal keselamatan pasti akan bawa dia turun dari tingkat rumah kau ni." Bella cuba untuk memenangkan Marsya.Marsya hanya diam.






Aiman mencekak pinggang memandang Aireen yang dari tadi sibuk mengutip buah kelapa.Jam sudah 5 petang namun Aireen masih di rumah jiran hadapan dan sibuk mengutip buah kelapa dengan penuh semangat.Orang bandar datang kampung kan?

"Aireen! Balik!" Pekik Aiman dari hujung sekan abang-abang memanggil adik pulang.Aireen menolehkan kepalanya.Comot!

Separa seluar dan baju Aireen kelihatan kotor dengan lumpur.
Aiman terkedu seketika.Apa dia buat?Kutip kelapa ke berenang dalam parit?Nak tak nak,Aiman terpaksa mendekati Aireen yang berada di bawah pokok kelapa rendang itu.Jelas garang dan beku wajah Aiman hari ini.

"Kau buat apa ni?Semalam kau nak aku bawa kau ke bandar kan? Ni satu badan berlumpur ni kenapa?"

"Oh tadi kelapa bergolek masuk ke parit.Tu yang aku pergi ambil." Aireen tersenyum manis.

Aiman mengelengkan kepalanya perlahan.Kepala di dongakan memandang Pakcik Idris yang berada di atas pokok.

"Pakcik Idris! Man bawa Aireen balik dulu ya?" Jerit Aiman dari bawah.Aireen tercengang.Kerja belum habis lagi,tiba-tiba kena balik?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 7 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA UNTUK NUH AIMAN Where stories live. Discover now