BAB 02

91 8 0
                                    

Anak mata Irvan dan Ainul kini saling memberi isyarat di antara satu sama lain.Pelik aje melihat Aiman dan Aireen hari ini,siang tadi bergaduh berebut buah mangga.Kini berebut biskut kering pula.Mengalahkan Hud dan Medina.

"Abang,kan biskut ada banyak lagi?" Celah Ainul perlahan melihat AIman dan Aireen dari tadi sibuk menarik-narik bekas biskut kering.Irvan menggelengkan kepalanya perlahan.

"Aku nak yang ni"Aiman masih menarik kuat bekas biskut dari Aireen.

"Kau ni tak boleh beralah aje ke?Bagi lah aku!"Marah Aireen.Aiman masih keras kepala,ditarik bekas itu sekuat hati.

"Kauorang ni kan,cuba jangan bergaduh.Nanti jodoh macam mana?"

"NO!"

"Tak nak!"

Serentak mereka berdua menjawab.Ainul dan Irvan turut terkejut dan memandang satu sama lain.Tidak tahu pula kehadiran Aireen kali ini masih sama seperti dahulu,sentiasa baran aje bila berdepan dengan Aiman yang kuat menyakat.

"Dah lah Aiman,mengalah aje lah.Kau pun dah 30 tahun." Irvan bersuara sambil bangun dari duduk dan terus ke sinki.Terlepas bekas biskut di tangan Aiman apabila Irvan menyebut angka umurnya sekarang.

Aireen cepat-cepat menarik bekas biskut dan dipeluk erat.Dah tua pun tak nak mengalah?Patut lah single.

"Kau ni kan..." Aiman bangun dan terus menapak masuk ke dalam biliknya.Irvan yang baru saja membasuh cawan kini menolehkan kepala melihat Aiman berlalu pergi.

Marahlah tu.Tak boleh langsung orang lain sebut angka umur dia.

"Aireen.." Ainul menarik tangan Aireen.Aireen beralih pandangan ke arah wajah Ainul.

"Hm?"

"Kau okay dekat London?Study kau dekat sana macam mana?Hampir 2 tahun kau tak beritahu aku pun khabar kau di sana.Hari ini mengejut pula kau cakap nak ke sini." Ainul mengusap lembut kulit tangan Aireen.

Kini,hanya Aireen saja kawan perempuan yang Ainul ada.

"Ak..Aku okay lah.Sama aje belajar dekat sana dan dekat sini" Aireen mengukir senyuman nipis.Wajah Ainul ditatap seketika.

"Hmm.Tadi Abang Aiman kata,kau cakap dia dah jadi bapa?Ahahaha kau lupa ke Hud tu anak aku?"Saja Ainul menukar topik perbualan mereka.Aireen tertawa kecil.Malunya!

"Eee! Aku lupa lah yang dia tu orang tua bujang.Aku ingatkan selepas 2 tahun,dia dah ada anak ke?Isteri ke?Rupanya..Masih bujang?"

"Hey!Ahahahahaha tak baiklah Aireen.Entah-entah Abang Aiman tu tunggu kau agaknya?"Usik Ainul.Aireen kini beriak menyampah bila mendengar Ainul berkata begitu.

Memang taklah nak kahwin dengan aiman yang mulut masin tu!

"Taknak aku! Aku lebih rela jadi anak dara tua dari kahwin dengan Abang kau tu.Huh"Aireen bangun dari duduknya dan melangakh terus ke ruang tamu.

"Awak ni,terasa nanti kawan awak tu"Sapa Irvan dari belakang.Bahu Ainul disentuh lembut.Ainul menoleh ke arah Irvan di belakang.

"Hmm..Tapi kan Abang" Ainul menarik tangan Irvan ke hadapan.Irvan kembali duduk di kerusi berhadapan Ainul.

"Hmm?"

"Abang Aiman sesuai dengan Aireen kan?Ke pandangan mata Ainul aje nampak mereka sesuai?"

Irvan tersenyum nipis.Telapak tangan Ainul diusap.

"Kita tak boleh tentukan jodoh diaorang.Tapi kalau betul pandangan mata Ainul bahawa diaorang berjodoh,awak kena lah selalu berdoa"Ujar Irvan lembut.Sama seperti dulu.Ainul menganggukkan kepala.Memang dari dahulu Ainul tidak pernah berhenti mendoakan Aiman agar berjumpa dengan jodoh yang baik-baik.

CINTA UNTUK NUH AIMAN Where stories live. Discover now