BAB 25

114 18 3
                                    

"Abang! Kenapa tangan ni?"

Mawar yang sedang menunggu kepulangan Najmi di muka pintu, menerpa laju ke arah si suami yang baru turun daripada kereta. Tak sempat si suami nak tutup pintu kereta. Dia cemas apabila melihat tangan suaminya yang berbalut itu.

"Takde apa. Luka sikit je," jawab Najmi.

Mawar membelek setiap inci badan Najmi mencari-cari jikalau ada luka lagi ditempat lain.

"Tak ada, Yasmeen. Ni je satu luka." Najmi yang seakan faham dengan kegusaran isterinya itu segera berbicara.

"Yeke? Abang jangan tipu Yas!"

Mawar masih lagi membelek badan Najmi membuatkan lelaki itu tertawa halus. Habis dipusing-pusingkan badannya macam gasing. Pening kepala dia dibuat si isteri.

"Yasmeen! Betul. Saya tak ada apa-apa. Ini je sikit." Najmi meyakinkan isterinya itu.

Mata Mawar berkaca. Dia tertunduk. Air mata yang mengalir pantas diseka dengan belakang tangan.

"Nangis ke?"

Najmi menunduk sedikit mencuri pandang wajah Mawar. Juraian air mata sudah menghiasi wajah cantik sang isteri. Baru dia sedar kini betapa cantiknya isterinya itu. Natural beauty gitu.

"Abang nampak Yas tengah berak ke sekarang ni?" Perlahan suara Mawar, namun keras nadanya. Bibir mencebik menahan tangis.

"Kalau berak menangis macamni, mesti sebab sembelit."

"Abang ni kan!" Mawar memukul lengan suaminya yang berbalut.

"Auch! Sakitlah, Yasmeen!"

"Padan muka!" Mawar mengusap-usap perlahan lengan suaminya yang berbalut itu.

Najmi menyimpul senyum melihat seraut wajah yang sedang tercebik-cebik itu. Comel!

"Apa senyum-senyum?!" Mawar menyoal tidak berpuas hati. Senyuman Najmi hilang saat ditegur oleh wanita itu.

"Bi-bila pula saya senyum?" Tergagap-gagap Najmi bertanya.

"Habistu tadi apa?"

"Mana ada. Dah! Tak payah nangis. Awak tolong ambilkan ubat saya kat seat depan tu."

Lambat-lambat Mawar berjalan bersama muncung itiknya. Najmi hanya menggeleng kepala. Kelakar pun ada melihat perangai isterinya itu. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Punggung dihenyak di atas sofa. Helaan nafas berat dilepaskan.

"Nanti Yas cuci luka abang tu."

"Awak nurse ke?" Najmi bertanya.

"Tak, saya chef." Mawar menjulingkan matanya ke atas.

"Sorry, chef tak boleh cuci luka saya ni. Nurse saja dibenarkan." Najmi menjongketkan kening.

"Nurse je ke yang boleh cuci luka tu?" Mawar bertanya lagi tanpa memandang wajah suaminya.

"Setakat cuci macam tu apa la sangat," sambungnya lagi. Terasa hati dengan kata-kata suami. Sensitif pula hatinya sekarang ini.

"Luka ni 10 jahitan. Kena pergi hospital cuci." Najmi merebahkan badan berbaring di atas sofa. Mata dipejam rapat.

Yelah tu 10 jahit, kutuk Mawar dalam hati.

"Abang bawa balik penumpang ke?"

"Huh?" Dahi Najmi berkerut.

"Abang ada bawa balik penumpang lain ke tadi? Abang lupa nak hantar dia orang balik ke?"

Bertambah kerutan di dahi Najmi. Apa pula isterinya melalut ni? Aduh!

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now