Raisa berjalan menuju ke arah pejabatnya.
"Rai ke? " Tiba-tiba ada orang yang menegurku dari belakang. Raisa menoleh ke belakang sebelum senyum manis melihat tuan empunya suara yang menegur.
"Assalamualaikum. " Raisa menyapa dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
"Waalaikummussalam. Dah lama Rai tak jumpa mama. " Sapa Raisa kepada Datin Intan Raiesya, ibu kepada Zuhayr.
"Rai sibuklah mama, jom duduk kat sana dulu? " Raisa menunjuk ke arah kerusi meja yang tersedia di kafe hospital ini.
"Jom sayang. " Datin Intan memegang erat lengannya.
"Rai buat apa kat sini? " Soal Datin Intan sebaik sahaja kami duduk. Dari segi pemakaian, Datin Intan dapat mengagak jawapan dari Raisa.
"Rai kerja sini. " Raisa tenang menjawab.
"Mama tak pernah nampak pun. " Raisa hanya tersenyum. "Kenapa Rai tak jumpa mama lagi? Kalau Rai masih marah dengan Hayr, mama minta maaf sangat. Mama pun tak tahu apa sebab dia. " Datin Intan berbicara sambil menggenggam tanganku lembut.
"Mama tak salah pun. Rai bukan tak nak jumpa mama. Rai pun dah tak kisah pasal tu. " Raisa membalas perlahan. "Apa mama buat kat sini? Sakit ke? " Soal Raisa.
"Tak tahulah. Hayr yang suruh mama datang sini. Lepas tu ternampak Rai. Ouh, tadi Rai nampak sibuk. Nak pergi mana? " Zuhayr memang sengaja ke suruh Datin Intan datang sini?
"Tak pergi mana-mana pun. " Raisa membalas sebelum telefon Datin Intan berbunyi.
"Rai, sekejap ya. " Datin Intan mengambil telefon bimbitnya dan mengangkat panggilan.
"Mama ada dekat kafe ni. "
"Hmm, okay. Lambat-lambat sikit bawa kereta. Mama nak borak dengan kawan mama. "
Talian dimatikan. Raisa dapat meneka gerangan yang menelefon Datin Intan.
"Zuhayr ke, mama? " Datin Intan mengangguk kepala perlahan.
"Rai dah jumpa dia ke? " Soal Datin Intan dengan nada yang teruja.
"Minggu lepas, Rai ada jumpa dia. " Datin Intan tersenyum lebar. Walaupun gadis ini sudah putus dengan anaknya, dia masih berharap Raisa menjadi menantunya. "Mama, Rai nak beritahu something. " Datin Intan melihat Raisa dengan wajah sedikit berkerut.
"Apa tu sayang? " Raisa tahu Datin Intan masih berharap dia menjadi menantunya. Dia tidak mahu Datin Intan kecewa, tetapi dia mesti beritahu juga.
"Rai dah tunang. " Raisa tunduk menekur lantai.
"Padanlah muka anak mama tu, terlepas orang yang manis macam kamu. " Datin Intan akur dengan takdir.
"Mama, Rai minta maaf kalau dah kecewakan mama. "
"Taklah. Kalau bukan jodoh nak buat apa? Mama pun malas nak layan perangai Hayr. Mama tahu Rai dah cuba baiki balik. " Datin Intan memegang pipi gadis di hadapannya lembut.
LIMA TAHUN YANG LEPAS
Raisa terbangun dari tidurnya dengan mata yang sembap disebabkan dia menangis kerana mengingati peristiwa petang semalam.
TING
Bunyi notifikasi telefon bimbit menghentikan pergerakannya ke bilik air untuk membersihkan diri.
Mama
Assalamualaikum, Rai. Mama nak jumpa Rai pukul 8:30 pagi boleh? Dekat Aise's Cafe. Kalau tak boleh tak apa.
YOU ARE READING
𝙷𝙰𝚃𝙸 𝚃𝙴𝚃𝙰𝙿 𝙼𝙴𝙼𝙸𝙻𝙸𝙷 𝙳𝙸𝙰[VERY SLOW UPDATE]
Roman d'amourApa kata kita ikut haluan masing-masing. Kata itu masih berbekas di dalam hati Raisa. Siapa tidak sedih putus selepas tiga tahun bertunang? Nak-nak putus lepas konvo. Raisa pasrah. Lagi pasrah apabila si ibu memaksa dia bertunang dengan orang lain...