Apa kata kita ikut haluan masing-masing. Kata itu masih berbekas di dalam hati Raisa. Siapa tidak sedih putus selepas tiga tahun bertunang? Nak-nak putus lepas konvo. Raisa pasrah. Lagi pasrah apabila si ibu memaksa dia bertunang dengan orang lain. Dalam hatinya hanya ada nama seorang lelaki, walaupun ditinggalkan tanpa penjelasan, dia tetap tidak mampu memadam nama lelaki itu. Sedaya upaya memujuk hati untuk membenci. Namun, perasaan sayang kekal dihati. Dia memilih untuk bertunang dengan pilihan ibunya. Mana tahu nanti dia mampu padam nama jejaka itu? Putus dengan orang yang dicintai? Ya, Zuhayr buat keputusan yang gila. Zuhayr ada sebab yang tidak dijelaskan. Apakah pengakhiran kisah mereka? Mampukah mereka kecapi bahagia bersama atau terima takdir yang mereka tidak dicipta untuk bersama?