𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝟏

14 2 0
                                    

             " EKA RATNA !! CEPAT LAA KAKKK!!!", jerit si Arjuna dari luar sambil mengetuk pintu biliknya berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" EKA RATNA !! CEPAT LAA KAKKK!!!", jerit si Arjuna dari luar sambil mengetuk pintu biliknya berkali-kali. Lalu Eka pun membuka pintu biliknya dengan kasar.

"pagi-pagi dah memekak! awal lagi kan? apa tak menyabar sangat?", marahnya.

"hehe alolo sorry-sorry...", ujar Arjuna sambil tersengih-sengih. "Juna nak pergi awallah kak... lagipun Juna sudah kejutkan along... dia dah tunggu dalam kereta dah tu"

"aih kenapa tak bagitahu malam tadi nak pergi awal?", marah Eka lalu mengambil beg sandangnya.

"Jom", Eka dan Arjuna melangkah keluar dan menuju ke arah kertas abang sulung mereka. Kebiasaannya mereka akan menyalam bonda dan ayahanda terlebih dahulu tetapi bonda dan ayahanda berada di Australia atas asbab urusan kerja.

Eka duduk di sebelah driver manakala Arjuna di belakang. Eka melihat Tuah dengan perasaan yang pelik.

"Along tak kerja ke hari ini? pakai kain pelikat dengan t-shirt je ni", soal Eka.

"malas lah... lagipun ayahanda kan tak ada kat sini... dia bukan tahu along masuk kerja ke tak hehehe", ujar Tuah lalu mula memandu pergi.

"Rana dengan Juna jangan nak report kat ayahanda pulak eh?", ujar Tuah.

"kalau kita orang tak report... kita orang dapat apa?", soal Arjuna mengharapkan sesuatu.

"alah... nanti along bagi card along kat kau orang... beli la apa-apa", balas Tuah selamba.

Eka dan Arjuna mengukir senyuman lebar.

"dah sampaiii", Tuah memberhentikan keretanya di hadapan sekolah mereka.

Eka dan Arjuna menyalam tangan Tuah lalu mencium kedua belah pipinya.

"belajar rajin-rajin...", ujar Tuah lalu mencium dahi adik-adiknya.

Mereka pun melangkah keluar dari kereta Tuah lalu melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Eka!!!", jerit seorang yang membuatkan langkah Arjuna dan Eka terhenti.

Eka berpaling ke arah pemilik suara tersebut iaitu Tiara.

"hmm sampai dah kawan kesayangan akak ni", ujar Arjuna sebaik sahaja Tiara berada di sebelah Eka.

"Juna pergi dulu lah yee", ujar Arjuna lalu menyalam tangan kakaknya itu dituruti dengan ciuman di dua belah pipinya beserta dahi.

"yelah... bye", Arjuna melangkah pergi.

"alahaii sweet nyaaa", Eka menjeling Tiara yang berada di sebelahnya.

"dah jomlah... berhenti kat tengah jalan ni kenapa", ujar Tiara lalu menarik tangan Eka.

"sabarlah! jalan slow-slow boleh tak? laju-laju nak pergi mana?", marah Eka.

"jangan lah marah...", Tiara mencebik.

Enchanting Eka | 𝟏Where stories live. Discover now