"Jaga diri tu kat sana...", pesan Bonda kepada Eka.
"iya Bondaaa", balas Eka sambil menyalam tangan Bonda nya.
Ayahanda menghulurkan RM50 kepadanya "tu Ayahanda dah pecahkan tu... apa-apa lagi Ayahanda transfer", Eka menyalam tangan Ayahanda nya.
"wuuuu thank you very very muchhh!"
"Eka!! cepat masuk!!", panggil rakan-rakannya di pintu bas.
"Rana pergi dulu yaa? Assalamualaikum!", Eka melangkah masuk ke dalam bas tersebut.
"Eka! sini sebelah aku!", panggil Tiara. Kelihatan dihadapannya ialah Neelam dan Embun manakala dibelang pula.... Ezequiel dan Zahyan.
Eka mengambil tempat disebelah Tiara.
"memang tak ada tempat lain eh nak duduk?", Tiara tersengih.
"aku yang duduk sini dulu... dia orang tu baru je duduk", ujar Tiara.
"sebenarnya aku tak makan lagi ni tau... dari malam tadi tak makan", ujar Eka.
"hmmm pandaiii! dah tahu diri tu ada gastric makanlahhh Eka oiii", marah Tiara. "kau bawak makanan tak ni??", soalnya.
"bawaaalahh takkan tak pulak... nak aku mati sebab gastric ke?", Tiara menjelingnya tajam.
setelah hampir setengah jam perjalanan, mereka pun tiba di destinasi tersebut.
mereka keluar dari bas dan beratur mengikut kelas.
"Penghulu dan Penghuluwati sila ke hadapan!", jerit Cikgu Nasir.
Ezequiel dan Eka melangkah ke hadapan.
"seperti yang sudah dimaklumkan, Penghulu Kem ini ialah Ezequiel, manakala Penghuluwati nya ialah Eka. Mereka di tugaskan untuk memantau kelakuan pelajar-pelajar disini... Sekiranya ada sebarang kes-kes yang tidak diingini, mereka yang akan bertanggungjawab. Faham?", ujar Cikgu Nasir dengan tegas.
"Faham!!!", balas pelajar-pelajar lain.
setelah itu, mereka semua mengambil bag khemah yang berada di atas meja yang disediakan.
Pelajar-pelajar mula memasang khemah mereka. khemah lelaki dan perempuan di asingkan bagi mengelakkan sebarang maksiat berlaku.
"ha Neelam! kau pengakap kan? pergi pasang", arah Eka.
"aih balik-balik aku! kau pun tolonglah juga!"
"who do you think you talk with? I am the Penghuluwati tau! buat!", marah Eka bersahaja.
"cepuk satgi apa tak dapat", ujar Embun.
selesai sahaja mereka memasang khemah, mereka menuju ke arah dewan makan.
"Aneiii!!! Mee goreng satu taknak bungkus! makan sini!!", jerit Aduka.
"ADUH!", adu Aduka apabila kepalanya ditolak ke hadapan oleh Ezequiel.
"behave lah sikit form 6 punn", ujar Candra. "kita ni abe abe tau"
"bukan kita yang makan... kita yang kena bagi makan kat budak-budak ni", ujar Zahyan.
"NOT FAIRRRRRRRR!! you really know how to make me cry when you don't give me those maakaanannn those maaaakaaanannn", kepala Aduka dicepuk lagi.
"Ya Allah Neelam! sabarlah!", jerit Embun.
Jeritan tersebut membuatkan jejaka-jejaka itu berpaling ke arah pemilik suara tersebut.
"ah! aku nak makan! aku sudah tidak tahan lagi menahan lapar!", balas Neelam lalu mengambil pinggan yang disediakan.
YOU ARE READING
Enchanting Eka | 𝟏
Romantizm𝐄𝐳𝐞𝐪𝐮𝐢𝐞𝐥𝐕𝐚𝐥𝐞𝐫𝐢𝐨|𝐄𝐤𝐚𝐑𝐚𝐭𝐧𝐚 ________________________________ Ezequiel Valerio, pelajar tingkatan 6 yang terkenal dengan penampilan kacak dan berketurunan sepanyol, berkhidmat sebagai ketua pengawas di sekolah, yang menambah popul...