Hari berlalu dengan begitu cepat dan kini Reina sudah pun menguasai ilmu bela diri dan sihir dasar yang telah diajarkan oleh nenek kepadanya. Hari yang ditunggu oleh Reina setelah sekian lama neneknya menutup mulut tentang kejadian silam tragis yang menimpa keluarga dan kaum mereka.
Pada suatu malam di hadapan unggun api, Reina dan adiknya duduk bersama nenek mereka. Angin malam yang sejuk menyeliputi kulit mereka , namun api yang membara memberikan kehangatan sekaligus semangat kepada mereka bertiga.
Nenek: Reina....Ryusei...
R&R:Ya nenek...?
Sahut mereka serentak
Nenek: Kita semua tahu yang raja dan ratu adalah pemimpin yang adil sebelum kerajaan itu jatuh ke tangan pengkhianat yang kejam.
Mereka berdua mengangguk mengiyakan.
Nenek: Tetapi bukan itu tujuan utama yang nenek ingin beritahu kalian...
Reina dan Ryusei berpandangan sesama sendiri. Nenek menarik nafas yang dalam nenek mula bercakap dengan suara yang lirih.
Nenek: Raja dan ratu yang telah meninggal itu.... Adalah ibu bapa kamu berdua....
Reina dan adiknya berpandangan sesama sendiri lagi seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh nenek baru sahaja tadi.
Reina: Be-betul ke nenek? Raja dan ratu yang telah meninggal dunia tu.... adalah.... ibu bapa kami?..
Dengan lemah nenek mengangguk, mengiyakan kata-kata Reina.
Reina: Jadi.... ibu bapa kami lah yang terbunuh semasa mempertahankan kita semua?
Nenek: Ya. Mereka berdua lah yang memberi nyawa mereka agar kita semua dapat melarikan diri. Mereka juga tahu bahawa kamu Reina mempunyai potensi besar untuk mengubah takdir dunia ini...
Dengan suara teragak-agak Ryusei berkata...
Ryusei: Jadi.... Mereka mati untuk kita?
Reina menggenggam tangan adiknya dengan tekad dimatanya.
Reina:Mereka tidak akan mati sia-sia. Aku bersumpah, aku akan pastikan keadilan ditegakkan, dan pengkhianat itu tidak akan terus berkuasa."
Malam itu, Reina dan adiknya tidur dengan hati yang semakin dipenuhi tekad. Pagi esoknya, mereka bersedia untuk meninggalkan nenek mereka dan memulakan perjalanan mereka. Nenek memberikan Reina sebuah gelang pusaka, yang katanya adalah peninggalan ibunya dan konon membawa keberanian dan kekuatan.
Nenek: (sambil memakaikan gelang itu di tangan Reina) "Ini adalah tanda keberanian ibu kamu. Pakailah, dan ingatlah, walau apa pun yang terjadi, roh ibu bapa kamu ada di sisimu."
Reina: (menggenggam gelang itu erat, matanya berkaca-kaca) "Terima kasih, nenek. Saya akan buat yang terbaik."
Dengan langkah yang penuh tekad, Reina dan adiknya memulakan perjalanan mereka untuk mencari kebenaran dan menghancurkan kekuasaan pengkhianat yang kejam itu.
YOU ARE READING
The Forsaken Tribe [Malay Sub]
ActionReina Takashi, seorang gadis muda yang menyaksikan kematian ibu bapanya akibat pengkhianatan penasihat istana, kini kembali untuk membalas dendam dan memerdekakan kerajaannya. Dibesarkan oleh neneknya, Reina dewasa sebagai pejuang yang menentang kez...