4 pagi

3 0 0
                                    

aku telahpun lena diulit mimpi
penat barangkali
selepas bergaduh emosi dengan abah yang narsisis
tapi tidak mengapa dia tetap raja ku

notifikasi ku berbunyi dan notifikasi itu dari sang rerama berkelopak merah jambu
notifikasi kegemaran aku
notifikasi istimewa
selepas dibuka dan dibaca,

pertama kali dia sebegitu
dia berasa sayu, ragu-ragu dan takut
keliru juga sama ada batu hati tempat dia bertapak dan hinggap ini telus dan tulus ataupun tidak

katanya begitu

hey si cantik, maafkan aku kalau aku buatkan kau rasa ragu-ragu
mungkin disebabkan cara aku yang begini
mungkin disebabkan aku yang terlampau mesra tidak mengikut skema masa
mungkin aku terlampau memberi tanpa aku memberikan ruang untuk kau bertenang-tenang dahulu,

maafkan aku si cantik
sumpah aku tiada niat untuk berbuat sebegitu
kau bilang aku mencari yang lain dalam dirimu?
sini aku ceritakan satu cerita
cuma kau sahaja yang pandang aku kerana aku adalah aku
yang lain hanya memandang aku apabila aku menyarungkan topeng tanpa mengetahui aku disebalik topeng,

aku teruk tapi kau masih terima
jadi terima kasih

shh cukuplah sayang...
jangan dilayankan sangat emosi itu
rehatkan dulu minda kamu
abaikan bisikan-bisikan itu
kau cuma penat
kau cuma rindu
kan?

pintaku selepas ini, jika bisikan-bisikan itu hadir kembali menganggu sayap kau untuk bersinar
membisikkan ratipan palsu agar kau merasakan ragu-ragu terhadap aku, letakkan kedua tanganmu di dada terus kau pinta pada tuhan agar kita bisa bersama

tuhan tidak tidur
dia ada untuk mendengar
jadi tolong bisikkan pada dia tentang aku
agar dia dapat mendengar
dan dia dapat memberitahu kau yang..

aku juga penat
aku juga takut kehilangan
tolong percaya aku, boleh?

DWhere stories live. Discover now