aku, kau, mamak dan stesen lrt
berlegar-legar kita disitu
kita hanya sembang kosong
kerana memang itupun rutin kitacuma hari itu istimewa kerana kita dapat meraikan pancaindera deria sentuh dan rasa
yang paling istimewa adalah retina kerana aku dapat menatap wajah sang rerama berkelopak merah jambuya, kita gemar sembang kosong
kau benar pemalu, comel
apa yang lebih comel apabila kita sudah pun bergaduh pada pertemuan yang kedua hanya kerana mesin pembelian tiket.dia kecil akan tetapi keyakinan nya sangat besar!
berani dia tidak percaya dengan apa yang aku lebih pakar!
tersipu malu dia disitu apabila dia sudah tersedar yang dia telah salah, ah kamu terlalu comelmengambil gambar, allergi buat dia
aku ni mudah lupa jadi aku perlu mengambil gambar nya hanya dengan menggunakan mata sebagai lensa dan otak sebagai memori.kita harus sering berjumpa agar gambaran itu terus melekat.
waktu pertemuan yang singkat tapi aku enjoy,
terima kasih,
jumpa lagi,tunggu aku ya, sang rerama berkelopak merah jambu

YOU ARE READING
Dia;Dee-a
Poetrysinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis, tapi tidak bagi aku.