sumpah

2 0 0
                                    

kebelakangan minggu ini
aku hancur
tidak boleh melelapkan mata
jasad aku tidak merestui aku untuk berehat
meskipun matahari sudah hampir tiba
ufuk aku bergelora
berbolak-balik bercampur rasa
aku tidak bisa apa-apa
hanya mampu berdusta sekiranya ditanya tentang keadaan aku,
aku sakit
sakit kerana rindu
sakit kerana sayang
sumpah tidak pernah aku begini
sesakit ini kah sekiranya sudah terlalu menyayangi

sang rerama berkelopak merah jambu
pulang lah, sini kemari
aku rindu

aku tidak mahu apa-apa
aku cuma mahu kau
aku tidak mahu kau berbuat apa-apa pun
aku cuma mahu meminjam pelukan kau
untuk menenangkan aku

please

Dia; Dee-aWhere stories live. Discover now