mula semula

2 0 0
                                    

Terbanglah
kan itu memang sifatmu
apa guna tuhan kurniakan kepak merah jambu indah itu jika tidak digunakan

batu hati tempat kau hinggap ini berlumut
banyak kerenahnya banyak hal nya
namun aku mahu kau tahu yang
dia itu tulus

Terbanglah
nikmati segala ruang yang tuhan ciptakan untuk kau kembali bernafas
nikmati juga segala rasa yang ingin kau bebas
nikmati hari-hari hidup kau untuk pulih
ambiklah selama mana masa yang kau perlu

aku tidak akan menganggu
aku hormat keputusan itu
apa yang aku ingin kau tahu
aku tetap ada disini menunggu
seperti batu yang sedang merindu

Terbanglah sepuas kamu
cuma jikalau perlu tempat untuk berehat
bersandarlah di pohon-pohon yang kukuh
sambil mengingati hari-hari indah kita dahulu
walaupun tidak banyak
walaupun cuma sebentar
itu yang paling bahagia sepanjang aku mengenalimu
sang rerama berkelopak merah jambu

aku tunggu sambil merindu
jangan toleh kalau masih
belum cukup rasa dan masa
hadirkan diri bila sudah berasa sedia
walaupun masa itu memakan masa
tidak mengapa
aku sedia

Dia; Dee-aWhere stories live. Discover now