sang rerama berkelopak merah jambu berangkat lagi,
ingin ruang untuk bertenang dan sendiri
kerana itu memang kemenjadiannya
jadi aku perlu faham
jadi aku perlu tenang
kerana
apa yang ditakdirkan buat kau memang takkan pergi
walaupun sejauh mana dia pergi
pasti dia akan kembaliseperti dalam movie,
aku terbaring di atas katil menyendiri
menghabiskan masa
menikmati sepi
tiba-tiba rerama itu datang
kecil sahaja berkelopak hijau hinggap betul-betul
di atas jariku
seperti ingin menyapa memberitahu yangdia disana sedang merindu
sepertinya dia menyuruh aku tunggu kepulangan dia
kerana dia masih memerlukan akuya sayang,
aku juga merindu
tidak mengapa disini aku baik-baik sahaja
kita masing-masing memulih diri
agar nanti kita bertemu dengan versi kita
yang paling bersemi

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia;Dee-a
Şiirsinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis, tapi tidak bagi aku.