"Tuanku ada apa-apakah dengan puteri Kerajaan Averna, Seroja?" Soal hulubalang itu. Siapa lagi kalau bukan Bayu. Hulubalang yang paling rapat dengannya. "Eh, mengarut sajalah kau ni Bayu!" Menolak sangkaan Bayu itu. "Beta hanyalah ibarat kanda kandung Puteri Seroja, tidak apa yang melebih dari itu" Sambungnya lagi.
"Tapi, rapat betu-" Satu pandangan maut dihadiahkan kepada Bayu. Terus senyap Bayu dan berpura-pura sibuk. "Eh, jangan main-main lah. Itukan tadi Tuan Hamba sudah kata letak semula tong itu di sana" Tukar topik Bayu sambil berjalan meninggalkan Enzio. Sikap Bayu yang kurang serius itu sangat disukai Enzio. Orang kata penghibur ketika berduka.
Air yang bergelora itu dipandang lama. Perlahan-lahan Putera Enzio menghampiri hujung dek. Dia memandang lautan yang bagai tidak bertepian itu dengan lama.
"Tuan puteri, janganlah lari nanti jatuh pula" Kata Dzulaikha sambil berlari anak mengikut kelajuan Puteri Lilian yang sedang berlari. Apabila jarang keluar inilah yang terjadi. Macam kanak-kanak ribena. Taman itu bergema dengan gelak-ketawa mereka. "Alahai, Dzu. Bukan selalu beta keluar seperti ini. Asyik perpustakaan sahaja yang beta hadap tau!"
Puteri itu duduk ditepi tasik yang digelar Tasik Chinta. Puteri Lilian pun menarik tangan Dzulaikha duduk di sebelahnya. Dzulaikha melabuhkan punggungnya dan termenung melihat tasik itu. Lilian menyandarkan kepala dibahu Dzulaikha. Hubungan mereka sangat rapat seperti adik dan kakak. Dari kecil lagi, mereka sentiasa bersama walaupun pergi kemana-mana. Sehinggalah mereka dewasa, tidak pernah berenggang walaupun sekali. Meskipun ramai hulubalang di dalam istana menolak kerana darjat Dzulaikha dan Lilian tidak sama. Lilian bertegas bahawa dia sayangkan Dzulaikha bagaikan kakaknya sendiri.
"Tuan puteri tahu tentang kisah legenda tasik ini?" Lilian sekedar menggelengkan kepala. "Kononnya, seorang puteri terjatuh cinta dengan seorang hulubalang disini. Puteri itu hampir setiap hari datang kesini semata-mata hendak melihat hulubalang itu sehinggalah suatu hari puteri itu memberanikan diri untuk bertanya dengan hulubalang itu. 'Mengapa tuan hamba selalu berdiri ditepi tasik ini setiap hari?' lalu hulubalang itu pun menjawab 'Kerana mahu melihat purnama' puteri itu pun mengerut kening dan menanya 'Purnama? Beta tidak tahu pun disini kita boleh liat purnama pada waktu siang?' hulubalang itu ketawa dan berkata 'Tuan Puterilah purnama itu. Mungkin lebih jelita dan indah dari purnama' balas hulubalang itu"
Dzulaikha berdiam seketika dan memandang Lilian. "Janganlah berhenti" Gesa Lilian yang kurang bersabar dengan sikap cakap tidak habis Dzulaikha.
"Mereka pun mula bercinta. Tetapi sayang, ikatan yang diikat terungkai apabila puteri dijodohkan dengan putera kerajaan lain. Hulubalang itu kecewa dan bersumpah bahawa keturunan puteri itu tidak akan mempunyai waris lelaki. Dikatakan bahawa hulubalang itu berasal dari kerajaan Lorentia" jelas Dzulaikha dengan satu nafas dan mengeluh. Apabila dia kenangkan kisah itu, bukankah ianya menyedihkan apabila kita kehilangan seseorang yang kita sayangi? Mengapa cinta itu harus dipandang dari segi darjat? Mengapa tidak pandang dari segi perasaan?
"Beta sangat tidak setuju dengan peperangan Lorentia dan Estrella ini. Mengapa kita perlu berperang jika kita boleh berunding?" Soal Lilian. Dzulaikha menelan satu-persatu kata-kata Lilian, ada benarnya. Tetapi siapalah dia untuk menyuarakan perihal itu?
"Entahlah, tuanku. Hamba tidak pasti" Ulas Dzulaikha dengan nada perlahan. "Apa kata kalau tuan puteri pulang ke kamar dan istirehat dahulu? Tuan puteri pasti penat. Mari saya damping tuan puteri" Dzulaikha menukar cerita.
"Ala, awal lagi Dzu" Rengek Lilian sambil mendongak pandang ke atas. "Marilah tuan puteri, nanti marah pula ayahanda puteri. Esok, hamba bawa tuan puteri berjalan-jalan di tasik Merpati, mahu?" pujuk Dzulaikha. Sudah seperti kanak-kanak pula rasa. Lilian pun bangun dan berjalan dengan senang hati kerana mendengar janji Dzulaikha.
Dzulaikha berjalan mengambil masa. Bukan selalu dia berjalan seorang diri. Dia mengambil nafas dalam-dalam dan menghembus.
"Nah, unutk Dzu saya" kata Lilian sambil menghulur sebuah kotak. "Buka dirumah tahu? Esok pakai, kalau tak pakai saya akan membawa diri" Kata Lilian sambil berpura-pura merajuk.
"Lai, ini ibu jahitkan baju untuk Lai. Nanti pakai ye nak? Kalau tidak ibu bawa diri dan pergi ke batu belah batu bertangkup" Kata ibunya sambil berpura-pura merajuk. Lilian dipandang dengan rasa sayu. Penglihatannya mula kabur kerana air mata. "Eh, Dzu. Lilian tidak bermaksud berbuat begitu. Lilian bergurau sahajalah" Pujuk Lilian.
'Runtunan kasih
Rindu dan sayang
Ilham berkasih dalam bercinta
Semoga kasih tak kunjung hilang
Secebis rindu hanya yang kupinta
Semoga kasih tak kunjung hilang
Secebis rindu hanya yang kupinta'
Senandung Dzulaikha secara tiba-tiba dan menangis.
"Rindu sungguh Lai dengan suara ibu. Lai rindu ibu...sangat" Sedunya dengan sayu. Dia berjalan sambil memegang erat kotak itu dan setitis air mata jatuh dari mata kelopaknya. Entah mengapa, perasaannya ketika itu sayu rasanya. Tiada siapa pernah melayannya dengan baik sebelum ini. Hanya Lilian sahaja yang selalu menjadi peneman setia disisi.
Krik!
Dzulaikha menoleh kearah hutan. Dia dapat merasa bagaikan ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Terus laju dia menapak ke arah rumahnya. Pintu dikunci dan tingkap ditutup degan rapi sekali. Tidak tidur lenalah dia malam ini.
"Putera Enzio! Tuanku tidak apa-apa?" soal Bayu sambil memegang lengan Enzio yang tadi hambir terjatuh akibat mendengar nyanyian tadi. "Kau dengar suara itu tadi Bayu? Sayu sungguh suaranya. Pasti berat masalahnya" Kata Putera Enzio tanpa menjawab persoalan Bayu. "Iya, sayu seperti Bayu" Gurau hulubalang lain yang membuat Bayu dan Putera Enzio ketawa. Mereka pun sambung bergerak. Putera Enzio memandang ke arah bunyi nyanyian itu tadi.
"Walau apa pun duka dikau, aku harap dikau bahagia"
YOU ARE READING
SEDETIK LEBIH
Historical FictionDalam dunia dimana pakatan kerajaan adalah penting, Putera Enzio Andreas menghadapi krisis dan tekanan untuk menculik seorang puteri dari kerajaan Estrellia demi memeras ugut kerajaannya. Walaubagaimanapun, semasa penculikan puteri terseut ke Lorent...