Isteri Milik Tuan Carl (13)

167 7 0
                                        

Hari ini,Carl akan balik ke rumah setelah sebulan berada di Langkawi kerana urusan pekerjaan.Dia akan balik ke rumah tanpa pengetahuan sesiapa.Nak buat surprise untuk orang dekat rumah nanti.

Carl masuk ke dalam rumah dengan langkah kaki yang perlahan.Dia menutup mata Puan Kezia yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

“Siapa ni? Ni kamu ke Carl?" Soal Puan Kezia.Aroma maskulin itu, seperti bau wangian yang selalu digunakan oleh anaknya.

“Pandailah Mama ni." Carl memeluk Puan Kezia seketika.

“Tak bagitahu pun nak balik." Tiba tiba dah ada depan mata.

“Carl saja tak bagitahu.Nak buat surprise,mana boleh bagitahu."

“Ha yelah yelah.Kamu naik atas mandi.Kamu dah makan ke?"

“Dah makan dah tadi.Carl nak jumpa Firash kejap.Harap dia belum tidur lagilah ." Sekarangkan dah masuk pukul lapan malam.

“Pergilah tengok dia.Mesti dia happy tengok Papa dia dah balik."

“Cai mana Ma? Dia balik rumah family dia ke?"

“Cai ada dekat atas.Malam ni dia tidur dekat sini."

“Carl naik dululah.Good night Mama."

“Yelah good night."

Carl membuka pintu bilik Firash dan melihat anaknya itu masih belum tidur.

“Kenapa tak tidur ni sayang?"

“Papa dah balik ke? Firash rindulah dekat Papa." Tubuh Carl dipeluk erat.

“Papa lagi rindu dekat Firash tau." Dia membalas pelukan anaknya itu.Dia mencium pipi Firash berkali kali.

“Bukan Firash je rindu dekat Papa.Mama pun rindu dekat Papa sampai mengelamun bagai." Alamak.Dia terlepas cakaplah pulak.

“Apa dia? Mama rindu dekat Papa?" Dia menyembunyikan kegembiraan di hati.Entah kenapa dia rasa bahagia.

“Mama tak suruh bagitahu dekat Papa.Firash dah terlepas cakap tadi."

“Eh macam tu pulak." Kenapa eh Cai tak nak dia tahu?

“Tak apa.Benda ni biar Papa yang settlekan.Sekarang Firash tidur eh.Dah lewat ni sayang." Pandai pandailah dia uruskan nanti.

“Good night Papa.Firash sayang Papa." Dia mencium pipi Carl sebelum tidur.

“Good night sayang Papa.Papa pun sayang Firash sangat sangat." Balasnya sambil mencium dahi anak lelakinya itu.

Carl keluar dari bilik Firash dan menutup pintu perlahan.Bilik tetamu pula dipandang,sejambak bunga ros dibawa masuk ke bilik itu.

Cai tidak perasan akan kehadiran Carl di dalam bilik itu.Dia tertidur lena setelah puas bermain dengan Firash petang tadi.

Carl tersenyum melihat Cai yang masih di alam mimpi.Dia sempat mengambil beberapa gambar Cai yang sedang tidur.

“Ehem."

Satu deheman itu mampu membuat Cai tersedar dari mimpinya.
Mata dibuka perlahan.Cai melihat seorang lelaki di dalam biliknya.Ni mesti perompakkan? Tapi kalau tengok betul betul macam Tuan dia je.
Dia menggosok mata berkali kali.Takut salah tengok pulak.

“Tak percaya ke saya ada depan mata awak?"

“Bila Tuan balik ni?" Jadi betullah apa yang dia tengok tadi.

“Baru sampai tadi.Nah untuk awak." Sejambak bunga ros itu diberi pada Cai.

“Bunga ni untuk saya?"

“Taklah.Bunga ni untuk jiran sebelah."

“Habis tu? Kenapa bagi dekat saya?" Ingatkan untuk dia.

“Dah saya bagi dekat awak,tu maksudnya bunga ni untuk awaklah." Lainlah kalau Carl sendiri yang bagi bunga ni dekat jiran dia.

“Yeke untuk saya?"

“Ye Caisara Diandra.Dah jangan tanya lagi.Awak tanya lagi,saya betul betul bagi bunga ni dekat jiran sebelah." Geram pulak dia jadinya.

“Yelah thank you Tuan Carl." Ucapnya ikhlas.

“Welcome Cai.Saya nak masuk bilik saya dulu.Esok kita sembang lagi."

“Okey Tuan.Selamat malam."

“Selamat malam Caisara Diandra." Balasnya lalu keluar dari bilik itu.

Isteri Milik Tuan Carl (TAMAT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang