kali kedua

4 0 0
                                    

aku, kau, mamak dan stesen lrt
berlegar-legar kita disitu
kita hanya sembang kosong
kerana memang itupun rutin kita

cuma hari itu istimewa kerana kita dapat meraikan pancaindera deria sentuh dan rasa
yang paling istimewa adalah retina kerana aku dapat menatap wajah sang rerama berkelopak merah jambu

ya, kita gemar sembang kosong

kau benar pemalu, comel
apa yang lebih comel apabila kita sudah pun bergaduh pada pertemuan yang kedua hanya kerana mesin pembelian tiket.

dia kecil akan tetapi keyakinan nya sangat besar!
berani dia tidak percaya dengan apa yang aku lebih pakar!
tersipu malu dia disitu apabila dia sudah tersedar yang dia telah salah, ah kamu terlalu comel

mengambil gambar, allergi buat dia
aku ni mudah lupa jadi aku perlu mengambil gambar nya hanya dengan menggunakan mata sebagai lensa dan otak sebagai memori.

kita harus sering berjumpa agar gambaran itu terus melekat.
waktu pertemuan yang singkat tapi aku enjoy,
terima kasih,
jumpa lagi,

tunggu aku ya, sang rerama berkelopak merah jambu

DWhere stories live. Discover now