BAB 2

1 0 0
                                    

Mawar menghempaskan badannya ke atas katil . Tangannya diletakkan di atas dahi lalu dia mengeluh berat .

“Kenapa kau perlu datang balik ?”desis hati Mawar sambil memandang ke atas siling bilik asramanya .

Sedang dia mengkhayal , tiba-tiba pintu biliknya di hempas oleh seorang lelaki . Lelaki itu tersenyum lalu duduk di katil sebelah . Senyuman sinis diberikan kepada Mawar .

“Awal lagi ni . Macam mana kau boleh tembus ?”soal Mawar sambil cuba bangun dari baringannya .

“Warden tidur awal . Aku dengar budak baru tu , adik kau . Betul ke ?”tanya lelaki itu . Mawar terdiam sejenak . Dia tahu , mesti ada udang di sebalik batu daripada persoalan itu .

“Epul , kau jangan buat taik wei . Budak tu budak baru lagi . Takkan kau nak dia join kau jugak ?”soal Mawar sambil berkerut .

“Hahaha , rilek do . Aku bukannya nak dia ikut aku . Tapi , aku nak tunjuk barang baik dekat kau pasal budak tu .”ujar Epul sambil mengeluarkan telefonnya dari poket seluar .

Epul membuka galeri telefonnya lalu menghantarkan sebuah rakaman video kepada Mawar melalui aplikasi Whatsapp . Seketika telefon Mawar berbunyi menandakan ada mesej yang masuk . Mawar membuka telefonnya lalu video yang di hantar oleh Epul di muat turun .

Kelihatan di dalam video itu , Melur dan ibunya sedang di belasah di dalam sebuah rumah apartmen yang sedikit usang . Tangan Mawar berketar melihat video itu . Jantungnya berdegup kencang , urat di lehernya kelihatan .

“Masa aku nampak budak tu tadi , aku rasa macam familiar sikit . Lah ! Rupanya customer bapak aku . Hahahahahahahaha!”gelak Epul sambil berdiri lalu di sebelah Mawar . Epul merangkul bahu Mawar .

“Aku dah ada bahan . Budak tu dengan mak dia , sama-sama bacul ! Lepas hutang , tak nak bayar . Buat taik dengan bapak aku . So , aku nak tanya dengan kau . Kau nak bertanggungjawab tak dengan benda ni ? Kau kan kakak dia .” ujar Epul sambil memaikan keningnya .

Mawar berdiri . “Yang buat taik , dia . Bukan aku . Pandai-pandailah dia hidup .”ujar Mawar lalu menuju ke arah almari biliknya .

“Rosak hati kau ni .”senyum Epul sambil tergelak sedikit . “Kau tak kisahlah ni aku nak pukul adik kau sebab tak bayar hutang ?”soal Epul sambil tersenyum sinis .

“Dia bukan adik aku .”ringkas Mawar membalas lalu keluar dari biliknya sambil membawa baju dan tuala .

Epul memerhatikan Mawar sambil tersenyum sinis . Di dalam otaknya sudah memikirkan seribu satu cara untuk menghancurkan lagi hubungan 2 beradik ini .

“Haaa ?! Mawar tu kakak engkau ?”lantang suara Sofi terkejut dengan pernyataan dari Melur yang mengatakan Mawar adalah kakak kandungnya . Raka-rakan sebilik mereka juga ikut tercengang .

“Wei , kalau Mawar tu kakak engkau , asal kau miskin tapi dia kaya ?”soal Ain dengan keadaan polos .

“Kau ni , bapak kau peguam tapi asal kau langgar peraturan sekolah?”balas Hana sambil memukul kepada Ain . Ain menggosokkan kepalanya .

“Iman tak dapat diwarisi tapi harta tu boleh diwarisi turun temurun bangang !”ujar Sofi cuba untuk memihak kepada Ain . Hana menjeling lalu memuncungkan mulutnya kea rah Melur tanda meminta Melur meneruskan ceritanya .

“Mak bapak kitorang bercerai . Aku ikut mak aku , dia ikut bapak aku . Sejak dari situ aku dengan dia dah jauh .”ujar Melur sambil menundukkan kepalanya .

Jauh di dalam sudut hati Melur , dia sangat merindukan satu-satunya kakaknya . Hubungan yang sangat akrab sekelip mata berubah kerana kesalahan ibu bapa mereka . Walaupun kata-kata Mawar 10 tahun lepas sangat melukakan hati Melur namun dia tetap memahami hati dan perasaan kakak sulungnya itu . Dia mengakui , kata-kata Mawar benar . Sikap ketidak adilan ibu bapa mereka yang sebenarnya merosakkan jiwa Mawar .

“Takkan sebab tu je kau dengan Mawar sampai jauh macam ni ?”soal Sofi dengan penih tanda tanya .

Baru sahaja Melur mahu membuka mulut , tiba-tiba bilik mereka dihempas . Kelihatan Epul tersenyum sinis di depan pintu .

“Woi , asal pulak kau masuk dorm perempuan ni ?”tengking Hana sambil berdiri .

Epul masuk ke dalam bilik itu lalu menuju ke arah Melur . Matanya memandang Melur dari atas sampai bawah lalu dia tersenyum sinis . Tangannya mencapai telefonnya .  Video Melur dan ibunya di belasah diputarkan .

Mata Melur membesar lalu dia memandang tajam ke arah Epul . Tangannya dengan sergap menarik kolar baju Epul . Sekali lagi , Epul tersenyum sinis .

“Kau nak apa ?”soal Melur sambil mengetapkan giginya .

“Bayar duit aku sebelum benda ni aku sebarkan dalam confession sekolah .”sinis Epul sambil melepaskan tangan Melur dari kolar bajunya dengan perlahan .

 “Untuk pengetahuan kau , kakak kau dah nampak video ni . Dia cakap pandai-pamdailah kau hidup.” Gelak Epul sambil berjalan-jalan di dalam bilik asrama itu dan memandang sekeliling .

“Apa-apa urusan engkau dengan aku , kau jangan pernah bagitahu dengan Mawar . Dia takde kena mengena dengan hal ni dan dengan aku . Faham?”ujar Melur sambil matanya mengekori Epul . Epul tergelak . “Adik beradik rosak .”gelaknya lalu keluar dari bilik asrama itu .

Melur menggenggam penumbuk lalu duduk di katil untuk menenangkan dirinya . Rakannya yang lain segera menutup dan mengunci pintu selepas Epul keluar dari bilik mereka .

Bersambung ..

SIAPA AKU [CERPEN]Where stories live. Discover now