BAB 3

0 0 0
                                    

Badan Mawar dihempas ke dinding dan pipi kanannya di tampar.

“Kenapa Mawar tak bagitahu ayah yang Mawar dah jumpa Melur ?”ujar Marsidi sambil menggoncang bahu Mawar .

Melur yang melihat itu terus turun dari tangga asrama lalu menenangkan ayahnya yang sedang marah itu .

“Ayah , Melur yang tak suruh Mawar untuk bagitahu ayah . Melur takut ayah akan marah Melur .”Ujar Melur sambil cuba untuk menenangkan ayahnya .

Mawar masih menundukkan wajahnya . Malu . Seorang ketua pengawas di tampar di khalayak orang ramai di Tengah-tengah dewan asrama . Semua mata memandangnya .

“Kenapa ayah nak marah Melur ? Ayah cari Melur dah berapa tahun . Sebab tu ayah kesal sangat bila kakak tak bagitahu yang dia dah jumpa Melur .”sayu Marsidi sambil memeluk Melur .

Melur membalas pelukan ayahnya namun, jauh di sudut hatinya rasa bersalah mulai membuku . Sekali lagi , dia telah melukakan perasaan kakaknya . Dia tahu apa perasaan Mawar sekarang ini . Marsidi segera menarik Melur untuk duduk di meja dewan makan itu sambil mengusap lembut kepala anaknya . Rindu terhadap anaknya akhirnya terbenam . Selama 10 tahun dia berusaha untuk mencari anak bongsunya itu .

“Melur , Melur nak tak balik dekat ayah ? Ayah sanggup bagi apa je yang Melur nak asalkan Melur balik .”katanya sambil memegang tangan anak bongsunya .

Melur tersenyum tipis tapi segera senyumannya mati selepas melihat Mawar yang keluar dari dewan makan sambil memegang wajahnya . Melur melepaskan pegangan tangan ayahnya .

“Ayah , Melur jumpa Mawar kejap . Ayah tunggu sini .”ujar Melur lalu berlari keluar dari dewan .

Kelihatan Mawar berjalan dengan laju menuju ke tangga asrama . Dia tahu , jiwa Mawar sedang berapi-api sekarang ini.

“Mawar !”panggil Melur sambil berlari . Bahu Mawar di tahan namun dengan sergap Mawar memusingkan badannya dan menumbuk wajah Melur .

“Aku dah cakap kau memang perosak ! Tak sampai seminggu kau kat sekolah ni tapi sekelip mata kau hancurkan hidup aku . Kat mana aku nak letak muka aku lepas ni , setan ?!”tengking Mawar . Melur tergamam . Walaupun mereka pernah bergaduh sebelum ini, namun tidak pernah keluar dari mulut Mawar menggelarnya dengan gelaran yang sangat kasar .

Mawar meninggalkan Melur sendiri di tangga itu dengan amarah di hati . Melur hanya memerhati bayangan Mawar yang semakin menghilang dari pandangannya .

Tanpa mereka sedari ada seorang lelaki memerhatikan mereka dari pintu dewan makan . Epul tersenyum melihat pertengkaran itu lalu masuk ke dalam dewan dengan selamba .

Mawar mengkhayal sambil lidahnya dimainkan di bahagian dalam pipi kanannya . Tamparan ayahnya itu masih terngiang-ngiang dalam fikirannya . Sedang dia mengkhayal tiba-tiba kerusi di sebelahnya ditarik oleh seorang lelaki .

“Aik , baru kena tampar sikit dah koyak ke ?”soal Epul sinis . Mawar menjeling lalu mengambil gelasnya yang masih berisi air .

“Koyak mende?”balas Mawar lalu menyedut minumannya . Kekecohan di kafeteria itu sedikit sebanyak mengisi kekosongan fikirannya .

“Macam nilah Mawar . Apa kata , kau join aku untuk tagih hutang adik kau tu . Nampak macam berdendam sangat kau ni .”ujar Epul sambil menongkatkan dagunya .

“Aku dah cuci tangan dah Epul . Ini hal keluarga aku , kau tak payah nak jadi batu api . Itu urusan kau dengan dia , jangan nak babitkan aku sekali . Aku tak pernah ajar dia untuk hutang AhLong . Pandai-pandailah dia urus hal tu sendiri .”balas Mawar lalu menyandarkan badannya di kerusi .

Epul menggulingkan biji matanya ke atas lalu dia tergelak kecil . Drama betul 2 beradik ni .

“Kau tahu tak hutang adik kau 10 ribu tau . Tak masuk bunga lagi . Kau kan kaya , bayarkanlah .”sinis Epul berkata lalu memegang batang leher Mawar .

“Epul , yang buat hal dengan kau , Melur . Bukan Mawar . Kau blah.”ujar Nazri sambil memandang ke arah Epul . Epul melepaskan pegangan tangan .

“Macam ni lah Mawar . Aku bukan nak batu api kau atau apa . Tapi , kau kena fikir pasal diri kau juga . Kau jangan pegang sangat tittle kau sebagai anak sulung yang nak protect adik atau keluarga kau sebab diorang tak fikir pun pasal benda tu . Kau ada atau tak ada diorang takkan kisah pun . Kau je melebih nak fikirkan pasal diorang . Kalau betul bapak kau sayangkan kau , dia takkan tampar kau depan orang ramai macam tu lah .”ujar Epul sambil mengerutkan dahinya .

Seketika Mawar terdiam . Kata-kata Epul menyedarkannya ke alam realiti . Ada benarnya kata-kata Epul . Mawar terlalu menagih kasih sayang dari ayahnya sehingga tidak memikirkan tentang dirinya sendiri . Nazri dan Mawar saling bertatap tatapan . Nazri juga memikirkan hal yang sama . Pertama kali nasihat Epul kedengaran berguna di telinga mereka .

“Dahlah , aku cakap panjang-panjang pun bukannya kau nak dengar . Kau kan orang yang sayang sangat dengan family walaupun broken home .”Ujar Epul lalu beredar dari situ bersama rakan-rakannya .

Nazri memandang Epul sehingga Epul hilang dari pandangan mereka .

“Sejarah tercipta bila kata-kata dia boleh pakai . Lebih baik aku ambik nombor ekor sebab janggal sangat ni bila otak-otak dia berfungsi .”sindir Nazri sambil mencicip teh Tarik nya.

Namun, fikiran Mawar melayang jauh . Kata-kata Epul  benar-benar menampar dirinya . Dia segera menghabiskan minumannya lalu beredar meninggalkan Nazri yang belum habis makan Tengah hari .

Mawar terus melaju menuju ke perpustakaan untuk menenangkan fikirannya yang sedang kusut . Pandangan orang kepadanya tidak diendahkan langsung .

Bersambung ..

SIAPA AKU [CERPEN]Where stories live. Discover now