Melur memandang di sekitar dewan makan cuba untuk mencari kelibat Mawar .
“Khaira , kau ada nampak Mawar tak ?”soal Melur kepada teman sebilik Mawar , Khaira .
“Tulah aku nak bagitahu kau , semalam kakak kau tak balik tau . Sampai pukul 5 pagi tadi aku tunggu dia balik tapi batang hidung pun tak nampak .” Balas Khaira dengan risau .
Wajah Melur berubah dengan drastik . Di fikirannya tertanya-tanya ke mana kakaknya pergi . Dalam pengetahuannya Mawar berjumpa dengan ibunya semalam kerana dia yang menghubungi ibunya untuk bertemu dengan kakaknya semalam .
Pelbagai benda bermain dalam fikiran Melur . Sedang dia memikirkan kakaknya , tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk . Dia membuka aplikasi Whatsapp dan kelihatan ada nombor yang tidak dikenali menghantar video kepadanya . Melur memuat turun video tersebut . Seketika matanya membesar apabila melihat kandungan video tersebut .
“Melur , kau kenal tak siapa yang ada dengan aku ni ? Hahahahahahhahaha . Kalau kau nak kakak dan mak kau yang tak guna ni selamat , kau datang sini , bawa duit kau . Kalau tak , aku pecahkan kepala dua ekor mangkuk ni .”ujar Epul di dalam video tersebut .
Mata Melur membulat . Dengan segera , nombor telefon ayahnya ditekan . Tidak sampai berapa saat , panggilan itu terjawab .
“Ayah , Melur nak minta tolong dengan ayah .”
=====
Tangan dan kaki yang diikat terasa sangat pedih . Wajahnya yang lebam menyebabkan tubuhnya lemas dan tidak berdaya . Mawar memandang ke sekelilingnya . Tempat yang asing dan sangat busuk . Dari kejauhan dia dapat melihat ibunya yang diikat dengan cara tergantung .
“I-ib-ibu.”panggil Mawar dengan lemah . Epul yang mendengar itu segera ketawa kecil .
“Kau tak payah panggil mak kau sangat . Kau tahu tak , perempuan tu sebenarnya dah jual kau dekat aku tau . Semalam , aku datang situ sebab dia yang suruh aku datang ambik kau . Tapi , kalau setakat kau ni , mana cukup . Belum langsai lagi hutang mak kau ni sebenarnya .”ujar Epul sambil membakar rokok yang ada di mulutnya .
“Mak-maksud kau?”soal Mawar dengan lemas .
“Mak kau yang tak guna ni , jual kau dekat aku untuk langsaikan hutang dia . Tapi , tak cukup . Kau faham tak ? Mak kau jual kau dekat sebab dia tahu , kau ni banyak benda boleh jual . Harta bapak kau kan banyak .”selamba Epul .
Mawar memandang ke arah ibunya yang sedang tergantung itu . Air matanya mulai jatuh .
“Ibu , ibu jumpa kakak semalam sebab ibu rindu kakak kan ? Apa yang Epul cakap tu tak betulkan ?”soal Mawar yang cuba menafikan kata-kata dari Epul .
Ibunya memandang ke arah Mawar . Dia hanya diam dan menangsi . Mawar menggelengkan kepalanya tidak percaya .
“Kenapa ibu ?! Apa salah kakak ?!”tengking Mawar . Epul menutup telinganya .
“Wei bodoh . Kau tak payah tanya dekat perempuan tak guna tulah . Dia memang macam tu . Menurut sumber bapa aku , dia ni kena cerai dengan bapak kau sebabkan perangai dia ni lah . Tak guna dijadikan bini.”gelak Epul .
Mawar hanya mampu menundukkan wajah . Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi .
Sedang Epul menghisap rokok , tiba-tiba Melur datang bersama dengan beg bimbit .
“Wah ! Heroin sudah mari woo .”teruja Epul sambil menepuk tangan .
Melur berjalan ke arah Epul lalu menyerahkan beg yang berisi duit itu . Epul mengambilnya lalu membuka . Ikatan duit yang tebal itu membuatkan Epul tersenyum .
YOU ARE READING
SIAPA AKU [CERPEN]
Short StoryMengisahkan tentang kisah 2 beradik yang terpisah akibat penceraian ibu bapa mereka . Namun , selepas 10 tahun terpisah , tanpa sengaja mereka berdua telah bersekolah di tempat yang sama iaitu Kolej Aksara . Konflik di antara mereka berdua semakin m...