BAB 5

0 0 0
                                    

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir  pada majlis Anugerah Kecemerlangan ini . Sesungguhnya , kehadiran tuan puan ke majlis ini telah menjadi salah satu simbol penghargaan kepada anak-anak Kolej Aksara yang telah melakar kecemerlangan di dalam akademik mahupun sukan . Sekali lagi , saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua .”ucap pengetua Kolej Aksara pada ucapan alu-aluan .

Selepas sahaja Tuan Pengetua mengakhiri ucapan , majlis itu telah diteruskan dengan watika perlantikan jawatan-jawatan yang diduduki oleh pelajar .

Sedang Ahli Jawatankuasa Kerja di umumkan , Melur memerhati sekeliling ingin mencari kelibat ayah dan ibunya . Dia cuba untuk menafikan kata-kata Mawar yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka tidak akan datang .

“Kini , majlis ingin mengumumkan Ketua Pengawas Kolej Aksara telah di sandang oleh Mawar Eryna Binti Abdullah . Untuk pengetahuan semua , saudari Mawar Eryna merupakan pelajar cemerlang Kolej Aksara selama 4 tahun berturut-turut dan telah mewakili Kolej Aksara di dalam pelbagai pertandingan akademik di peringkat antarabangsa . Sebagai tanda penghargaan , beliau telah dipilih untuk menjadi ketua pengawas Kolej Aksara dan telah dijadikan Tokoh Pelajar Berprestasi Tinggi di Kolej Aksara . Dengan segala hormat , majlis menjempur saudari Mawar Eryna .”

Pengumuman yang diucapkan oleh pengacara majlis telah membuatkan Melur memandang ke atas pentas . Kelihatan Mawar naik ke atas pentas dengan mata yang sembab dan bibir kanan yang lebam . Semua mata memandag ke arah Mawar .

Dalam waktu yang sama , Melur masih belum melihat kelibat ayah mereka namun , dari jauh Melur dapat melihat ibunya yang sedang menjengukkan kepalanya melihat ke arah Mawar yang berada dia atas pentas . Senyuman tipis mulai terbit di bibir Melur melihat ibunya .

Selepas sahaja majlis itu selesai , ibu bapa telah diberikan peluang untuk bertemu dengan anak-anak mereka . Dalam pada itu , tiba-tiba Melur melihat kelibat Mawar yang sedang berdiri melihat ke satu arah . Melur turut memandang ke arah itu dan kelihatan Mawar sedang memerhatikan ibu mereka dengan pandangan yang kosong .

Baru sahaja Melur ingin menuju ke arah Mawar , Mawar telah beredar dan cuba mengelak dari kekecohan di ruang itu .

Melur berjalan ke arah ibunya lalu mencium tangan ibunya . Seketika terbit senyuman di bibir Suri .

“Melur , Melur ada nampak kakak tak ? Dari tadi ibu cari dia tapi ibu tak jumpa .”Kata suri sambil memegang tangan anaknya itu .

“Tak tahu ibu . Melur pun cuba cari dia tapi tak nampak . Mungkin dia takt ahu ibu ada datang .”balas Melur .

“Kenapa dengan bibir Melur ?” tanya Suri . Melur terdiam kaku .

Mawar duduk di meja belajarnya sambil menghadap komputer ribanya . Sedang dia asyik membuat kerja , tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar . Mawar berdiri lalu membuka pintu . Kelihatan warden asrama sedang berdiri di hadapan pintu . m

“Mawar , awak ada pelawat . Saya tak tahu siapa tapi dia perempuan . Nama dia Suri Katrina”ujar warden kepada Mawar .

Mawar terdiam . Kenapa ibu mahu bertemu dengannya ?

Mawar mengambil jaket dan telefon bimbitnya lalu keluar dari bilik . Dari balkoni , Mawar boleh melihat keberadaan ibunya di gazebo asrama . Dengan hati yang berat , Mawar turun ke bawah untuk bertemu dengan ibunya . Dari kejauhan , Mawar dapat melihat wajah ibunya yang teruja melihat kedatangannya . Mawar dengan perlahan mendekati ibunya tanpa menunjukkan sebarang ekspresi .

Segera ibunya memeluk tubuh anak sulungnya itu . Hembusan nafas lega kedengaran di gegendang telinga Mawar .

“Mawar sihat ?”soal Suri dengan air matanya yang sudah mulai bergenang . Mawar menganggukkan kepalanya lalu . Suri menarik tangan Mawar meminta untuk Mawar duduk di kerusi gazebo .

“Mawar , ibu bawakan makanan kesukaan Mawar . Ni , ibu yang masak tau . Penat ibu masak tapi sebabkan Mawar , ibu usahakan juga untuk masak dan bawak pergi sini . Kita makan ya.”ujar Suri sambil membuka satu persatu mangkuk Tingkat yang ada di hadapannya .

Dengan segera Suri menyuapkan makanan yang dibawanya ke dalam mulut Mawar . Tanpa sedar , air mata Mawar mulai mengalir . Selama 10 tahun dia mendahagakan kasih sayang seorang ibu . Akhirnya , dia dapat merasai Kembali setelah sekian lama .

Tiba-tiba , Mawar memeluk erat ibunya . Tangisannya pecah .

“Kenapa ibu tinggalkan kakak? Kakak sakit ibu . Kakak sakit sangat . Kakak rindukan ibu sangat .”tangis Mawar sambil memeluk ibunya . Tangisan Suri turut pecah . Dia tidak menyangka bahawa tindakannya melarikan diri 10 tahun lalu telah menghancurkan hati anaknya .

“Maafkan ibu , kakak . Ibu cuma takut kalau ayah dapat tahu yang adik ada dengan ibu , dia akan ambik adik . Ibu taknak kehilangan adik .”ujar ibunya sambil mengusap belakang badan Mawar .

Namun , kata-kata ibunya itu telah mematikan perbualan itu . Segera Mawar melepaskan pelukan itu . Mawar berdiri sambil memandang ke arah ibunya .

“Jadi selama ni , ibu lari sebab taknak ayah ambik Melur ? Habistu , macam mana dengan Mawar ? Ibu lari tanpa Mawar ! Ibu teruskan hidup ibu tanpa Mawar!”bentak Mawar sambil menunjukkan dirinya .

“Mawar , bukan macam tu . Ibu—”belum sempat Suri menghabiskan kata-katanya , Mawar telah mencelah .

“Ibu decide untuk lari sebabkan ibu taknak ayah ambik Melur . Lepas tu ibu anggap dengan Melur je , hidup ibu dah lengkap . Habistu Mawar ni siapa ibu ? Siapa Mawar dalam hidup ibu ?! Kenapa asyik Melur , Melur , Melur ?!” bentak Mawar .

Baru sahaja Mawar ingin meninggalkan tempat itu , tiba-tiba langkahnye terhenti apabila melihat Epul berada di hadapan mereka .

“Hai , Puan Suri . Pusing-pusing jumpa kat sini jugak ke ?” ujar Epul sambil melihat ke arah belakang Mawar . “Lama aku cari kau . Rupanya 2 ekor mangkuk ni anak kau.” Sambung Epul .

Epul berjalan mendekati Mawar . Lalu , bahu Mawar ditepuk .

“Bukan ke aku dah cakap dengan kau , biar aku yang langsaikan hutang diorang . Aku dah hantar dah barang budak-budak kau petang tadi . Asal kau ganggu mak aku lagi?”bisik Mawar kepada Epul .

“Kerja yang kau buat tu , untuk bayar bunga je tau . Belum pokok.”sinis Epul .

Dengan segera , Epul menarik rambut Mawar lalu kaki Mawar di tendang sehinggakan dia melutut .

“Kakak !”jerit Suri yang cuba berlari ke arah Mawar . Namun, Suri dipukul oleh salah seorang pengikut Epul sehinggakan dia tidak sedarkan diri .

Bersambung ..

SIAPA AKU [CERPEN]Where stories live. Discover now