BAB 7

12 4 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Nayra membuka matanya, bangun dari katil dengan malas sebelum melangkah ke bilik air. Usai mandi, dia mengambil wuduk dan menunaikan Solat Subuh. Selepas itu, dia mula bersiap untuk hari pertamanya bekerja.

Pagi ini, Nayra memilih untuk tampil serba putih: blazer putih elegan dipadankan dengan sneakers putih, shawl putih yang rapi, dan handbag Gucci kegemarannya. Tidak ketinggalan, cermin mata Prada melengkapi penampilannya.

Setelah memastikan semuanya sempurna, dia menuruni tangga dan bertemu dengan abang Mirul, di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah memastikan semuanya sempurna, dia menuruni tangga dan bertemu dengan abang Mirul, di ruang tamu.

“Good luck, adik,” ucap Mirul sambil tersenyum. Tangannya menghulurkan kunci kereta. “Kau guna ni hari ni. Kunci Lambo Huracan, ambil kat garaj.”

Nayra mengangkat kening, terkejut. “Lambo? Tak ada kerja katanya, tapi boleh beli Lambo?” gumamnya sambil tersenyum sinis.

Mirul hanya ketawa kecil. “Kau tak faham lagi, kan? Dah, pergi cepat. Jangan lambat.”

Dengan rasa bercampur baur, Nayra keluar ke garaj, menekan kunci kereta itu. Lampu kereta sport hitam berkilat menyala. Dia mengangguk sendiri, sedikit kagum, lalu masuk ke dalam dan menghidupkan enjin. Deruman halusnya memenuhi ruang garaj.

Beberapa minit kemudian, dia sudah memecut menuju The Hanz Empire

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa minit kemudian, dia sudah memecut menuju The Hanz Empire. Setelah memarkir keretanya, dia melangkah keluar dan memandang bangunan pencakar langit itu dengan rasa berdebar.

“Hari pertama, Nayra. Kau boleh buat,” bisiknya kepada diri sendiri sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut, bersedia untuk menghadapi cabaran hari itu.

HANZ I : AMORE MIO [OG]♡Where stories live. Discover now