Mata cuba dipejamkan berkali-kali tetapi fikirannya masih bertanya-tanya.Heyra ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalam hidupnya.Bahkan dia berfikir ingin lari dari hospital itu.Namun dia tahu jika dia lari nanti dia akan menyusahkan pihak hospital.
"Kenapa aku di hospital?Bagaimana aku boleh tak sedarkan diri?kenapa fikiran aku kosong sahaja macam tiada memori."satu persatu pertanyaan berada di dalam kepalanya.Heyra menghela nafas dengan berat.
Heyra hanya menghadap siling sahaja.Matanya semakin kabur dan penglihatannya semakin gelap.Matanya kini sudah sungguh layu.Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup.Heyra tertidur lena dibuai mimpi.Heyra menangis di dalam tidurnya.
Jururawat bernama Nancy terdengar suara tangisan seorang perempuan dari dalam wad Heyra.Bulu tengkuk nya mula berdiri.Perlahan-lahan kaki Nancy mendekat ke arah pintu.Dedaun pintu di pulaskan perlahan-lahan.
Nancy berasa pelik kerana suara tangisan itu sudah tidak didengari oleh dia lagi.Dia ingin melangkah keluar dari bilik itu namun langkah kakinya terhenti disaat dia mengetahui Heyra menangis dalam tidurnya.
Nancy mendekat dan cuba membangunkan Heyra.Heyra terbangun dan mendapati dirinya menangis dalam tidurnya.Nancy memberikan tisu kepada Heyra dna air mata di lap olehnya.
"Maaf...saya bangunkan cik Heyra kerana cik Heyra menangis dalam keadaan tidur tadi"Jelas jururawat bernama Nancy itu kepada Heyra yang sedang mengelap air matanya.
"Tak apa..saya okey sahaja...cik Nancy boleh saya tanya?"
"Ya...silakan"
Nancy menantikan pertanyaan dari pesakit di depan nya yang bernama Heyra Neyra.
"Macam keadaan saya masa saya dibawa ke hospital dulu?"
Mata Heyra dan mata Nancy saling bertaut antara satu sama lain.Singkatnya mata mereka bertemu antara satu sama lain.Nancy berdiam seketika sebelum menjawab dengan penuh berhati-hati supaya pesakit di depannya itu tenang.
"Saya tidak pasti sebab masa kejadian itu saya kerja waktu pagi.Saya ada dengar jururawat-jururawat lain bercerita tentang cik Heyra.Masa itu,badan cik Heyra penuh dengan darah dan ada seorang budak lelaki tetapi sayangnya budak lelaki itu sudah meninggal.Masa kami ingin pisahkan cik Heyra dengan budak lelaki itu tangan cik Heyra masih teguh menggenggam tangan budak tersebut.Pada awalnya kami mengira juga cik Heyra ni sudah meninggal tapi atas keajaiban Allah cik Heyra masih ada denyutan nadi lagi"Nancy menceritakan segalanya kepada Heyra dengan teliti.
Heyra teringin ingin mengetahui apa hubungan dia dengan budak lelaki itu.Heyra hanya berdiam sahaja.Nancya memerhatikan yang hanya berdiam sahaja dan Nancy mula menyentuh bahu Heyra.
"Dahlah cik Heyra...awak tidur lah ya ..jaga kesihatan."jururawat bernama Nancy mula menyelimutkan Heyra dengan selimut sampai ke paras dada Heyra.
Heyra hanya melihat Jururawat bernama Nancy itu berjalan menuju pintu dan tiada lagi tubuh perempuan itu di matanya.Heyra tidur lena tanpa mimpi.
Khairul dan Amira terus menuju ke hospital disaat mereka mendapat tahu dari pihak hospital bahawa sahabat mereka Heyra Neyra sudah sedarkan diri dari petang semalam.Berita yang sungguh mengembirakan bagi mereka berdua.
Kedua-dua mereka pun keluar dari perut kereta.Khairul senyum melihat Amira begitu juga dengan Amira.
"Cepat lah sotong...aku tak ni nak jumpa princess snow bear aku tu"Amira menarik tangan Khairul.Khairul hanya mengikut sahaja langkah kaki Amira.
Dedaun pintu dipulas kan perlahan-lahan.Heyra ketika itu sedang tidur lalu Amira berjalan perlahan-lahan dan menegah Heyra yang sedang tidur.
"AIMAN!!"
YOU ARE READING
Heyra Neyra
Teen FictionHeyra Neyra telah menyukai seorang lelaki yang bernama Arron Nandra Namun cintanya di tolak oleh lelaki itu. Bertahun-tahun berlalu kini umur Heyra Neyra sudah berusia 24 tahun dan begitu juga dengan lelaki yang dikejarnya dari dulu. "Heyra...ibu na...