Pedal minyak ditekan dan stering kereta di genggaman kuat dan erat.Kereta seluncur laju membelahi jalan tar.Heyra ketakutan dan dirinya bagaikan pernah melalui situasi yang sama sebelum ni.
"Mira...perlahan Mira....i takut Mira....perlahan oi..."Tangan memukul sedikit lengan Amira
Heyra bagaikan orang gila ketakutan disaat kereta dipandu oleh sahabatnya itu semakin laju membelahi jalan.
"Panggg"
"Miraaaaaa"
Kereta dipandu oleh Amira hampir terlanggar pokok yang terdapat di tepi jalan itu.Kepala Heyra terhentak sedikit dan menyebabkan kepalanya.
"Abiy...anak kita comel macam abiy"
"Abiy..tak comel tapi macho..sayang yang comel"
Heyra memegang kepalanya yang sakit itu.Berkali-kali Heyra memukul-mukul sedikit kepalanya Kerana sakit.Heyra tidak tahan lagi dan dirinya pengsan.
"Mummy..tolong Aiman"
"Awak...lepaskan Aiman...jangan cederakan anak kita"
"Panggg"
"Aiman!!"
"Pukul dia sampai mati!"
"Tapi tuan..dia isteri tuan!"
"Aku kata pukul sampai mati!"
Heyra cuba mencapai tangan anaknya dengan perlahan-lahan.Badannya sakit-sakit kerana dipukul oleh beberapa orang dengan kayu.Disaat Heyra berjaya menggenggam erat tangan anak.Dua peluru menusuk ke tubuhnya.
Perlahan-lahan penglihatannya semakin malap dan tidak bercahaya lagi.Nafasnya terhenti dan tangan anaknya masih digenggam erat.
"Buang mereka ke dalam sungai"
'Baik boss"
Heyra terbangun dari pengsan nya dan melihat ke sekeliling dia.Heyra memanggil nama sahabatnya iaitu Amira.Namun tiada balas.Heyra duduk di atas tilam memeluk lututnya dan menangis.Dia teringatkan perbuatan suaminya Arron Nandra 3 tahun lalu sebelum dirinya hilang ingatan.Selama ini dia mengira Khairul membuat cerita tentang dirinya ternyata itu benar terjadi di dalam hidupnya.Heyra teringat akan cerita yang Khairul ceritakan kepadanya mula-mula menjumpainya dalam keadaan berlumuran darah.
Sungguh kejam perbuatan lelaki yang bernama Arron Nandra kepada isterinya sendiri.Bagaikan tiada hati kasihan.Tubuh Heyra dan anak lelakinya Aiman yang berlumuran darah merah itu diletakkan ke dalam plastik berwarna hitam.
Plastik hitam yang berisi tubuh Heyra dan Aiman diheret oleh tiga orang lelaki berpakaian hitam.Tiga orang lelaki itu merupakan anak buah yang setia dengan Arron dari dulu lagi.
Kepala Heyra terhantuk di batu-batuan banyak kali dan kepalanya berdarah.Plastik hitam itu dilemparkan ke dalam sungai.Plastik itu tenggelam ke dalam dasar sungai dan menyebabkan banyak kali kepala Heyra terhantuk.
Namun selepas tiga lelaki berpakaian serba hitam itu pergi.Seseorang telah menyelam dan mengambil plastik hitam itu dan di bawa ke darat.
Plastik hitam dibuka dan lelaki itu terkejut melihat tubuh wanita yang dikenali nya iaitu sahabatnya bernama Heyra Neyra dan anak sulung nya bernama Aiman Ruhdi yang sudah tidak bernyawa.Dia mencari nadi Heyra dan dia menghela nafas lega Kerana mendapati Heyra masih bernyawa.
Heyra menjerit dan rambutnya susut.kuku digigit dan lututnya dipeluk.Heyra meraung bagaikan sudah gila.Dirinya tidak dapat menenangkan diri.
Amira,Khairu dan isterinya Syarifah yang sedang duduk di ruang tamu terkejut mendengar Heyra menjerit di tingkat atas.Khairul terus berlari menaiki tangga.Syarifah hanya berdiam diri,kerana dia tahu di dalam hati Khairul masih terukir nama cinta pertamanya iaitu Heyra Neyra.
Amira juga turut berlari dan Syarifah hanya berjalan melenggang sahaja.
"Heyra...you buat apa ni..."suara milik Khairul meninggi disaat dia melihat Heyra cuba menoreh tangannya menggunakan pisau nipis di dalam laci meja disisinya.
Khairul mendekat perlahan-lahan dan merampas pisau di tangan Heyra dengan cepat.Heyra menangis dalam keadaan lelah.Khairul terus memeluk tubuh Heyra.
"Khai...aku nak aku Khai... dia jahat Khai...dia bunuh anak aku...dia buaikan diri ku dengan kata-kata manis..dan kebahagian palsu"Heyra menangis di dalam pelukan Khairul.
Khairul menepuk-nepuk lembut belakang Heyra.Syarifah hanya mengangguk sahaja disaat Khairul melihat ke arahnya.Khairul tahu bahawa isterinya sekarang sedang menahan sakit hati.Apatah lagi dia memeluk seorang perempuan di depan isterinya.
Heyra menjadi tenang dan perlahan-lahan Heyra melepaskan pelukan dari Khairul.Heyra melihat ke arah syarifah isteri Khairul dan menunduk.
"Heyra minta maaf"
Syarifah tersenyum dan memeluk tubuh Heyra.Dia membelai lembut rambut Heyra dan mencium kening licin milik Heyra.
"Tak apa lah...kongsi suami pun saya sanggup kalau dengan awak"Syarifah berjujur dengan Heyra.
Heyra dengan cepat menggelengkan kepalanya menandakan tidak setuju dan tidak mahu.Syarifah,Amira dan Khairul hanya ketawa.Heyra berdiam diri sebelum akhirnya dia bercakap.
"Khai tolong aku.."
Khairul memusingkan kembali badannya disaat namanya dipanggil.
"Tolong apa?"
'Tolong aku cari dimana Arron Nandra sekarang.Dimana dia sembunyikan keluarga aku selama ini"
"Okey...tetapi kenapa tak maklumkan kepada pihak polis sahaja?"
"Aku tak nak ..sebab aku nak balas dendam kepada lelaki gila itu"
"Kau gila kah?"
Amira menghalang rancangan bodoh Heyra.Dia tidak mahu sahabatnya itu dibuat seperti dahulu dan disakiti.
"Ya..memamg aku dah bodoh dan gila sebab dendam.Kalau kau ditempat aku kau akan buat benda yang sama Amira"
Amira terdiam mendengar kata-kata keluar dari mulut Heyra.Sentap hatinya dibuat oleh Heyra.
"Baiklah aku akan tolong..."
Khairul mengangguk dan langkah kakinya menuju keluar dari bilik itu.Amira dan Syarifah juga turut mengikuti dari belakang.Mereka bertiga meninggalkan Heyra bersendirian di dalam bilik itu bagi menenangkan fikirannya.
"Khai..i ada benda sikit nak cakap dekat you"
"Apa dia?"
Amira berbisik sesuatu ke telinga Khai.Kening miliknya berkerut memahami apa yang dibisikkan oleh Amira kepadanya.Dia hanya mengangguk tanda faham.
"Kami balik dulu ya..Mira..."
Amira hanya mengangguk dan berpeluk tubuh kerana sejuk.Amira masuk ke dalam bilik tidurnya dan membuka ikatan rambutnya toncang satu miliknya.Amira memusingkan badannya disaat dia merasakan ada seseorang memerhatikannya.Selama ini hanya Haikal nak lelakinya selalu menyorok di dalam biliknya tetapi sudah seminggu Haikal tinggal dengan neneknya.Dia tidak ingin terbawa rasa hatinya.Dia mula merebahkan tubuhnya di atas tilam yang empuk dan menarik selimut hingga ke dada.
Matanya semakin layu dan dia mulai menguap.Perlahan-lahan matanya ditutup rapat.Sepasang mata memerhatikan dirinya yang sedang tidur.Ia mulai mendekat dan naik ke atas tilam.Amira merasakan sesuatu di sebelahnya dan perlahan matanya dibuka.
"Kau siapa...."
Amira terus turun dari tilam dan cepat-cepat mencari pistol.Hujung pistol dihalakan ke arah lelaki itu.Amira semakin bergerak ke belakang disaat lelaki itu cuba mendekat.Amira bergerak kebelakang dan langkahnya terhenti disaat melihat wajah lelaki itu.Pistol ditangannya mulai diletakkan di atas meja.Matanya terbeliak dan berlinang dengan air mata.Takungan air matanya di dalam kelopak matanya semakin berat dan penuh.Seluncur laju air mata membasahi pipi putih miliknya.Amira mendekat dan menyentuh pipi lelaki itu.
"Bagaimana kau"
Bersambung🦋✨
YOU ARE READING
Heyra Neyra
Teen FictionHeyra Neyra telah menyukai seorang lelaki yang bernama Arron Nandra Namun cintanya di tolak oleh lelaki itu. Bertahun-tahun berlalu kini umur Heyra Neyra sudah berusia 24 tahun dan begitu juga dengan lelaki yang dikejarnya dari dulu. "Heyra...ibu na...