🦢7

3 1 0
                                    

"SELAMAT PAGI DUNIA!!!" Laung Arwa pagi².Dia memang nak kena penampar kaki Aira kot rasanya.

"Tak pagi dah sekarang,Arwa" sampuk Puan Fateema.Tangan sibuk mengacau air teh bagi melarutkan gula.

"Really?" Tenang sahaja dia menjawab.Tangan mencapai iPhone untuk dilihat masa.Ya,12 tengahari.

"Ouh....ha ah lah" dia mencampak kembali henpon canggihnya ke atas sofa.Nasib sofa bukan lantai.

Gurau gurau.

"Pergi kejut kakak kamu tu.Dah tengahari dah pon tak bangun lagi.Anak dara apa lah anak-anak aku ni" auchh terasa pulak author

"Okey" dia berlari laju ke atas.Sampai sahaja di depan pintu bilik Aira.Arwa tersenyum senget.Idea!

PANG PANG PANG PANG PANG PANG PANG PANG PANG PANG PANG!!!!!!

"استيقظ!!!"

Laung Arwa kuat sambil tangannya mengetuk kuat daun pintu bilik Aira.Boleh lekang pintu tu cik oi!! Nasib masih sihat walafiat.

"ISH BENDA APA KAU NI!?" Terbuka daun pintu bilik Aira.geram betul!Rambutnya yang serabut dibiarkan.

"Hehe,Umi suruh bangun" Arwa tersengih menampakkan gigi arnabnya.

"KAU NI!" Aira menarik rambut Arwa yang diikat tinggi.

"WOI SAKIT!!" Arwa memegang tangan Aira dari menariknya lebih kuat.

"ARWA AIRA!! ASTAGHFIRULLAHALAZIM,ISH BUDAK BUDAK NI!" Sampuk Puan Fateema garang.Puan Fateema cuba menyelit dalam pergaduhan itu dan meleraikannya dengan senang sekali.wow!

"Apa ni?" Garang sahaja muka Puan Fateema bertanya

"Dia ni!"

"Dia ni!"

Serentak mereka berkata.Puan Fateema memandang mereka bersilih ganti.

TING TING TING TING!

bunyi telefon memecahkan kesunyian disitu.

"Arwa,pergi ambik telefon umi" kata Puan Fateema

Sempat lagi Arwa menjeling kakaknya tajam.

Dalam beberapa minit sahaja,tangannya sudah memegang telefon bimbit umi nya.

"Nah umi" Arwa menghulurkannya dengan confident ke kenal.

Gurau gurau.

"Hello, Assalamualaikum" ucap umi selepas meletakkan telefon bimbitnya di telinga

"Waalaikumsalam,ni Adeel"

"Ouh Adeel kenapa ni? Adelia ok?"

"Adelia tak sihat ni sebab tu Adeel call" kata Adeel dalam nada risau

"Tak sihat? Kenapa tu?" Soal Puan Fateema

"Nanti Adeel cerita dekat Umi"

"WOI KAU BASUH BALIK MUNTAH ADIK KAU NI!!" Terselit suara garang wanita di telefon Puan Fateema.Berlapis dahi Puan Fateema mendengar suara itu

"Adeel Adeel? Kenapa tu???" Sampuk Puan Fateema

TIT TIT TIT TIT TIT TIT

"Ait?" Dilihat screen telefonnya.

"Sapa tu, Umi?" Tanya Arwa curiga

"Adeel"

"Ou....kenapa?" Tanya Arwa lagi

"Adelia tak sihat"















"WOI KAU BASUH BALIK MUNTAH ADIK KAU NI!!" Bentak Makciknya, Puan Karina

"AKU TAK NAK BAU APA LANGSUNG BALIK JAPGI KALAU AKU BAU APA-APA,SIAP KORANG!" Ditunjal kuat kepala Adeel.Puan Karina terus meninggalkan mereka dan pergi ke tempat 'syaitan'

"B-baiklah..." Gumam Adeel

"Adik,pergilah rehat dalam bilik.adik demam ni" kata Adeel risau.Dia melangkah ke dapur.

Diambil terus mop dan air untuk mop lantai yang penuh dengan muntah Adelia.Orang tak sihat macam tula.

"Adik,bangun jom" Adeel memegang tangan adiknya yang jatuh terduduk di atas lantai untuk membantunya bangun.kesian pulak ya Allah.

"A-abang, Adelia tak larat la" gumam Adelia perlahan.Mukanya berkerut- kerut.

"Assalamualaikum" pintu masuk diketuk-ketuk menyentak Adeel dan Adelia.

Adeel terus berlari membuka pintu dan menjengulkan kepalanya.

"Arwa?"

"Ye,saya.Adelia ada? Dia tak sihat kan? Boleh saya tengok dia?" Soal Arwa bertubi tubi.

Terus dibuka luas pintu masuk itu oleh Adeel.

"Adelia,Allah...kenapa ni?" Arwa terus berlari anak mendapatkan Adelia yang terduduk di atas lantai.

"Jom naik bilik Adelia tau?" Arwa memimpin Adelia ke atas.Adeel juga di situ mengikut sahaja mereka.

"Adelia demam ni" Arwa meletakkan belakang tangannya di atas dahi Adelia.
















Vote🎀















"Ana Uhibbuka,Arwa"Where stories live. Discover now