Suamiku, Jun. Dia satu-satunya cintaku, aku sangat bahagia bahawa aku merupakan isterinya. Jun yang kucintai.
"Kau boleh hidup sendiri, kan? Aku tinggalkan kau sini, jangan call aku."
Namun, Jun membuangku.
"Kenapa baru sekarang awak cari saya? Awak...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"MAAFKAN aku, July,"
Mengingatnya lagi, aku semakin tertanya-tanya. Aku sebenarnya tak tidur pun. Setelah sampai ke rumah Jun, hari sudah gelap. Masuk je dalam kediaman ini, aku rasa aku jejak kaki dalam istana. Setiap kali aku melangkah, benda-benda yang menyilaukan terus mengusik mataku. Terlalu berkilau!
Jun menoleh ke arahku yang dari tadi memandang setiap pelusuk kediaman ini, sehingga aku sedar Jun memandangku. Automatik wajahku berubah merah.
Malunya.
"Ju... Jun, saya tidur mana?" Aku bertanya untuk menghilangkan rasa maluku. Dia suamiku, tetap sahaja aku gugup apabila berhadapan dengannya.
"Kau tahu kau tidur mana." Berkerut dahiku tidak mengerti. Apa yang Jun cuba sampaikan?
Dari tadi Jun memandangku dengan dingin, apa itu perasaanku sahaja? Aku jadi tak senang untuk terus berbual lama. Jun sangat menakutkan.
Apa Jun tidak boleh memandangku dengan lembut sedikit?
"July, kau mandi dulu."
Tengok, Jun mengusirku. Aku mengangguk lemah.
____________________________________
SEPERTI yang disuruh Jun, aku mandi. Bahkan tempat mandinya juga besar. Kakiku menuju kamar tidur yang dikatakan Jun, jadi ini kamar tidurku. Tetapi apa maksud kata-kata Jun sebentar tadi? Aku sudah tahu aku tidur mana?
"July, kau dah selesai?"
Ternaik kedua-dua bahuku. Kenapa Jun ada dalam kamarku? Wajahku mulai terasa panas. Aku baru sedar ini pertama kali Jun memandangku tanpa tudung.
Tetapi apa itu maksud 'kata-kata' Jun?
"Kau tahu kau tidur mana."
Apa aku harus tidur bersamanya? Bersama suasana yang canggung ini?
"Jun... saya tak sedia lagi..." Aku membalas dengan wajah semerah tomato.
"Apa maksud kau?" soal Jun buat aku terkebil-kebil. Merah padam wajahku dibuatnya.
Rasa nak menjerit kuat-kuat. Apa aku dah gila?
"Mari sini, July," ajak Jun seraya menepuk tempat di sebelahnya. Wajahku merona merah, Jun mengajakku tidur bersama.
Apa perasaanku sahaja?
Aku naik ke atas katil, dengan degupan jantungku yang berdegup kencang. Dapat dirasakan tubuh Jun menghalang pandanganku, menutup suis lampu yang berada di sebelahku. Apa kami benar-benar akan tidur bersama?
"Kau tak tidur?" Suara Jun menyoalku, entah kenapa aku dapat mendengarnya dengan jelas. Aku baring menghadapnya dan Jun juga sama.
Aku menggelengkan kepalaku. Aku tidak dapat melihat Jun kerana gelap, tetapi aku dapat rasakan nafas kami berdua saling berhembus. Degupan jantungku terasa lebih nyata, buat aku merasakan bahang di wajah semakin hangat.
Apa Jun juga merasakan yang sama?
"Jun... apa kita boleh berbual sekejap?" ajakku.
"Ya, July?"
"Apa awak boleh pandang saya dengan lembut sedikit? Awak terlihat... menakutkan. Saya bukan nak menyakitkan hati awak... cuma awak buat saya takut," ujarku berhati-hati.
"Pandang yang macam mana?" tanya Jun serius.
Aku menelan liur. Apa Jun marah?
"Hah... July." Ternaik kedua-dua bahuku saat Jun memelukku seraya menyembamkan wajahnya pada leherku. Kenapa Jun begini?
"Apa aku sangat menakutkan?" Wajahku merona merah, aku dapat rasa nafas Jun berhembus pada leherku.
"Bukan begitu... Jun."
"Tapi kau kata aku menakutkan. Aku tak berniat nak buat kau takut."
Nafas Jun dan degupan jantung Jun. Aku dapat merasakannya. Begitu jelas sehingga telingaku memanas. Dapat dirasakan tangan Jun melingkar pada pinggangku, memelukku erat.
"Kau tak nak tanya kenapa aku buang kau?" Pertanyaan Jun buat hatiku terusik. Aku ingin tanya, tetapi entah kenapa lidahku kelu. Aku tidak tahu mengapa aku tidak menanyakannya.
Setelah lama berdiam diri, aku mendengar bunyi dengkuran halus daripada Jun. Apa Jun tidur? Jun memelukku dengan begitu hangat.
Aku jadi lupa rasa takutku.
____________________________________
maaf tak update semalam, sy malas menulis huhu TT nah chap baru! 💌