01: so-called cinderella

5 0 0
                                    

Salah satu perkara yang aku sangat tidak gemar dalam hidup ini ialah majlis pengebumian. Melihat susuk manusia yang aku sayang diletakkan di dalam keranda dan kotak kayu itu kemudiannya ditanam enam kaki di bawah tanah tempat aku berpijak. Melihat mereka meninggalkan aku sendirian di dunia ini. Meninggalkan ruang kosong dalam hati yang tidak akan pernah terisi kembali.

Bukan kali pertama bagi aku, malangnya. Semasa aku berusia tujuh tahun, aku telah menghadiri majlis pengebumian kedua-dua ibu dan bapaku. Hari ini, upacara pengebumian makcik aku pula. Tinggallah seorang anak gadisnya yang muda setahun daripadaku. Menjadi peneman seolah-olah dialah adik yang aku tidak pernah ada.

Orang ramai yang hadir rata-ratanya mengenakan busana serba hitam. Seusai upacara, mereka sempat mengucapkan takziah kepada kami berdua dan mula beransur pulang. Sesetengah daripada mereka pula ada yang masih berbual sesama sendiri, membincangkan nasib kami selepas ini.

Macamlah mereka pernah peduli. Semua orang begitu, bukan? Hanya pada saat kehilangan barulah sedar dan rasa. Masa orang itu masih ada? Tiada siapa peduli pun.

Lama juga aku dan sepupu aku itu berdiri di hadapan batu nisan dengan ukiran nama Aunt Hera. Hera Caroline Harrelson. Mata dikalihkan ke arah Athena di sisi. Jika aku sedih, dia mungkin dua kali ganda lebih sedih daripada aku. Itu ibunya, penjaga aku. Setelah kematian ibu dan ayah, Aunt Hera yang setia menjaga aku. Jika mengikut kehendak ahli keluarga lain, pasti aku sudah dihantar ke rumah anak yatim.

"Athena, jom balik." Bahunya aku sentuh dan usap perlahan. Menyalurkan kekuatan buatnya.

Gadis itu tetap tidak berganjak walau sedikitpun. Menekur tanah dengan air mata yang masih berjuraian menuruni lekuk pipi mulusnya.

"Athena, nanti kau demam. Hari dah lewat, kita balik dulu. Kalau esok kau nak datang ke sini lagi, aku teman." Mana tidaknya, cuaca pada petang ini lebih sejuk dari kebiasaan. Angin yang bertiup mampu membuat bulu roma aku mencanak naik.

Seakan akur, Athena hanya menurut apabila aku menarik bahunya agar merapat ke aku. Belum sempat memulakan langkah, dia pantas melingkarkan tangan sekeliling pinggangku. Wajahnya disembamkan pada bahu aku dan tangisannya pula semakin galak.

Aku hanya mampu membalas pelukannya. Kekok. Telapak tangan, aku usapkan perlahan pada belakang tubuh gadis itu dengan harapan dia akan berubah tenang semula.

"She left me alone." Tangisannya tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Walaupun sentuhan fizikal bukan perkara yang aku gemari dan boleh terima, aku memilih untuk biarkan sahaja kali ini.

Aku akhirnya menjarakkan diri dari dia. Kedua-dua bahunya aku cengkam kuat. Bola mataku menikam irisnya.

"You are never alone and will never be. Aku ada, Athena. Kita ada kita." Ibu jari baik mengusap cairan jernih yang jatuh pada pipinya pula. "Kita akan pastikan kita bahagia, kita berjaya and reach beyond the stars to finally tell her, we made it. Dah, jangan nangis."

Matanya semakin berkaca. Aku salah cakap ke?

Wajahnya disembamkan pada bahu aku. Tangan malah memeluk dengan lebih erat. Boleh lemas aku. Tak apalah, mungkin dia terharu?

Aku memandang nama Aunt Hera yang tertera dengan tulisan emas pada batu nisan hitam itu. Penuh makna, hati mula berbicara. Meyakinkan dia bahawa aku boleh menjaga Athena.

⋆。゚☁︎。⋆。 ゚☾ ゚。⋆

(5 tahun kemudian)

Pantulan diri pada cermin, aku renung lama. Gaun hitam berfabrikkan satin dengan belahan mencecah paras lutut pada bahagian bawah, rambut yang beralun lembut apabila ditiup angin dan kasut dengan warna chrome silver tetapi dihiasi dengan glitter, tampil berkilat pada malam ini. Pada bahagian bibir, jelas teroles gincu berwarna merah dengan tona gelap.

ONCE UPON A SPRINGWhere stories live. Discover now